Tahap Penerimaan Guru-Guru Tadika Swasta Terhadap Murid Berkeperluan Khas (MBK) Di Negeri Melaka

  • Noor Diyana Yaacob
  • Mohd Mokhtar Tahar

Abstract

Realitinya persepsi negatif dan kurang penerimaan guru prasekolah terhadap murid berkeperluan khas (MBK) masih berlaku pada era globalisasi ini kerana hakikatnya masih terdapat penolakan penempatan mereka di dalam kelas bersama murid tipikal. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap, dan amalan guru prasekolah terhadap penerimaan MBK. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Teknik persampelan rawak mudah digunakan bagi mendapatkan 80 orang responden yang terdiri daripada populasi guru-guru tadika swasta di sekitar negeri Melaka. Instrumen borang soal selidik adalah hasil adaptasi daripada kajian lepas. Analisa dinyatakan dalam bentuk frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan yang sederhana terhadap MBK di kalangan guru prasekolah swasta. Oleh itu, pentingnya guru prasekolah mengikuti kursus, seminar atau bengkel berkaitan MBK supaya dapat meningkatkan pengetahuan, emosi dan kesediaan dalam merancang program pembelajaran yang lebih berkesan kepada semua murid termasuklah MBK. Justeru itu, sokongan daripada pelbagai pihak merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, latihan, kemudahan khas dan lain-lain supaya dapat memberikan kualiti pengajaran yang maksimum kerana guru merupakan komponen penting untuk menjayakan matlamat ini.

References

Sukkyung You, Eui Kyung Kim, Kyulee Shin.2019. Teacher’s Belief and Efficacy toward Inclusive Educatin in Early Childhood Settings in Korea. Sustainability Journal. Vol. 11
Lee kah Chian, Suziyani Mohamed.2021.Tahap Pengetahuan Guru dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di kelas Prasekolah.Jurnal Dunia Pendidikan. Vol.3(2), pp. 253-260
Mohammad Azman Jongkulin, Roslee Talip, Muhamad Suhaimi Taat. 2019. Pendidikan Inklusif: Efikasi Kendiri Guru Prasekolah. Malaysian Journal of Social Science and Humanities (MJSSH). Vol 4 (7), pp. 87-95
Nusaibah Wan Fatul.2020.Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Ciri-Ciri Murid Bermasalah Pembelajaran. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs. Vol 4(2), no. e-ISSN 2590-3799
Anis Shahirah Zulkifli. 2019.Tahap Pengetahuan Guru dalam Mengurus Tingkah Laku Murid Berkeperluan Khas (MBK). Jurnal Wacana Sarjana. Vol 3 (4), pp.1-7
Ruwaida Rosli. 2020. Pengetahuan Guru Pra Sekolah terhadap Ciri-ciri Murid Berkeperluan Khas. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs.Vol 4(2), no. e-ISSN 2590-3799
Noor Aini Ahmad.2014. Pengurusan program Pendidikan Inklusif Bagi Murid Bermasalah Pembelajaran: Kajian Secara Naratif Inkuiri. Management Research Journal. Vol. 3, pp.38-52
Frances Lai Mui Lee, Danielle Tracey, Katrina Barker, Jesmond C. M. Fan.2014.What Predict Teacher’s Acceptance of Students with Special Education Needs in Kindergarten?.Australian Australian Journal of Educational & Developmental Psychology. Vol 14, pp. 60-70
Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi. Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015
Daniela Dimitrova-Radojchikj,Natasha Chichevska-Javanova.2015.Teacher’s Acceptance of Students with Disability. Chemistry: Bulgarian Journal of Science Education. Vol. 24
Published
2021-12-31
How to Cite
YAACOB, Noor Diyana; TAHAR, Mohd Mokhtar. Tahap Penerimaan Guru-Guru Tadika Swasta Terhadap Murid Berkeperluan Khas (MBK) Di Negeri Melaka. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 4, p. 265-275, dec. 2021. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/16694>. Date accessed: 21 may 2022.
Section
Articles