Penggunaan Modul ADDIE Dalam Merekabentuk Perisian Khusus Pemikiran Algebra Bagi Matematik Tahun 4

  • Susila Devi Chelliah
  • Nasir Masran

Abstract

Matematik sentiasa menjadi salah satu mata pelajaran teras dalam sukatan pelajaran sekolah di seluruh dunia. Menurut PISA 2012 (Abdullah, 2012) Algebra adalah salah satu tajuk yang menjadi asas kepada pengajaran matematik bagi negara-negara maju seperti Singapura, China, Korea dan Finland. Rasional kajian ini memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 4 dalam bidang Algebra tentang pemahaman pembolehubah, ungkapan dan persamaan. Perisian Pemikiran Algebra digunakan sebagai alat bantu pengajaran bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran. Penyelidikan ini melibatkan pemahaman dan penguasaan pemikiran Algebra dalam bidang Algebra bagi mata pelajaran matematik Tahun 4. Objektif kajian pertama ialah merekabentuk dan menghasilkan perisian multimedia interaktif dengan menggunakan model ADDIE (Analyze, Design, Develop, Implement, and Evaluate). Objektif kedua pula, mengkaji kesan perisian pemikiran multimedia interaktif dengan menggunakan rangka kerja Kieran (2016) dalam membantu meningkatkan pemikiran Algebra dalam kalangan murid-murid Tahun 4. Reka bentuk kuasi-eksperimen digunakan ke atas kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 4 dari Sekolah SJKT Menglembu dan Sekolah SJKT Desa Pinji sebanyak 84 sebagai sampel kajian. Dapatan kajian akhir intervensi jelas menunjukkan peningkatan dalam tahap pemikiran Algebra. Pencapaian dalam ujian pra adalah 6.76 (SD:2.750) bagi kumpulan rawatan manakala min purata bagi ujian pasca meningkat kepada 14.69 (SD:2.694) bagi kumpulan rawatan. Kajian terhadap pemikiran Algebra perlu dilanjutkan dengan melibatkan sampel yang lebih besar dan memastikan kajian seperti ini boleh digunakan melalui media teknologi maklumat bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah.

References

Aadzaar, R. M., & Widjajanti, D. B. (2019, October). Multimedia: An Alternative To Improve Self-Regulated Learning And Mathematical Problem-Solving Skills. In Journal Of Physics: Conference Series (Vol. 1320, No. 1, P. 012086). Iop Publishing.
Adawiyah, R., Muin, A., & Khairunnisa, K. (2017, January). Mathematical Inductive-Creative Reasoning, A Theoretical Study. In International Conference on Mathematics and Science Education. Atlantis Press
Ansari, B. I., Sulastri, R., & Apriana, E. (2019). The development of mathematics higher order thinking learning using metacognitive strategies in term of model effectiveness. Journal on Modern Education, 9(3), 218-229.
Appah, M. K., Brown, I. G., & Baidoo, S. R. (2020). Algebraic Thinking among Primary Pupils: A Boost for Interest in Mathematics. Pedagogical Research, 5(2).
Ariffin, N. E., & Azid, N. H. (2017). Persepsi Pelajar Tahun Lima Terhadap Penggunaan Kaedah Model Bar Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Tajuk Pecahan. Proceedings of the ICECRS, 1(1).
Dwi, I., Dan, P., & Probandari, A. (2003). Rancangan Penelitian Eksperimental Murni Dan Kuasi-Eksperimental, 164–168.
Grønmo, L. S., Lindquist, M., Arora, A., & Mullis, I. V. (2015). TIMSS 2015 mathematics framework. TIMSS, 11-27.
Kieran, C., Pang, J., Schifter, D., & Ng, S. F. (2016). Early Algebra. Research into its nature, its learning, its teaching. Londres: SpringerOpen.
Kieran, C., Kieran, C., & Ohmer. (2018). Teaching and learning algebraic thinking with 5-to 12-year-olds. Springer.
KPM. (2017). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr). In B. P. Kurikulum, Matematik Tahun Empat (p. 46). Putrajaya.: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,.
Malaysia, K. P. (2012). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Murid-muridan Malaysia.
Pardimin, A., Ninsiana, W., Dacholfany, M. I., Kamar, K., Teh, K. S. M., Huda, M., ... & Maseleno, A. (2018). Developing Multimedia Application Model for Basic Mathematics Learning. Journal of Advanced Research in Dynamical and Control Systems, 10(14), 1347-1356.
Rahayuningrum, R. H. (2011). Penggunaan Media Pembelajaran Multimedia Interaktif Berbantuan Komputer Untuk Meningkatkan Motivasi Belajar Dan Kemampuan Pemecahan Masalah Matematika Siswa Kelas Viif Di Smp Negeri 2 Imogiri. Peran ICT Untuk Mendukung Implementasi Pendidikan Karakter Dalam Pembelajaran Matematika.
Sinclair, N., & Baccaglini-Frank, A. (2016). Digital technologies in the early primary school classroom. arXiv preprint arXiv:1602.03361.
Somasundram, P., Akmar, S. N., & Eu, L. K. (2019). Pattern Generalisation by Year Five Pupils. International Electronic Journal of Mathematics Education, 14(2), 353-362.
Standard, K., & Rendah, S. (2011). Kurikulum standard sekolah rendah 1., 1–26.
Yusof, S. M., & Ibrahim, N. (2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Daerah Kluang. Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38.
Published
2021-12-31
How to Cite
DEVI CHELLIAH, Susila; MASRAN, Nasir. Penggunaan Modul ADDIE Dalam Merekabentuk Perisian Khusus Pemikiran Algebra Bagi Matematik Tahun 4. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 4, p. 228-238, dec. 2021. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/16691>. Date accessed: 21 may 2022.
Section
Articles