Covid-19: Sikap, Motivasi dan Halangan Dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) Pelajar Kolej Komuniti Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Abstract
Situasi pandemik COVID-19, menjadi cabaran utama bagi kebanyakan institusi pendidikan termasuk Kolej Komuniti dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) secara atas talian. Faktor kejayaan pelaksanaan PdPDT bergantung kepada pemahaman faktor-faktor pendorong dan juga halangan utama yang dihadapi semasa sistem pembelajaran dilaksanakan. Oleh itu satu kajian dijalankan bagi menilai sikap, motivasi dan halangan-halangan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) bagi pelajar Kolej Komuniti Jelebu (KKJU) dan Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seramai 176 orang responden yang sedang mengikuti pengajian di KKJU dan KKHL telah menjawab sebagai responden. Data diperolehi melalui soal selidik bagi analisis deskriptif untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap sikap dan motivasi pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan 2.51. Dari segi halangan didapati keseluruhan halangan adalah berada pada tahap rendah dengan min antara 1.77 (rendah) hingga 2.88 (sederhana) di mana halangan personaliti dan halangan organisasi berada pada tahap rendah sementara halangan gaya pembelajaran, arahan, teknologi dan situasi adalah pada tahap sederhana. Didapati tiada hubungan diantara halangan-halangan dengan demografi kecuali dua faktor iaitu pendapatan ibu bapa dan keyakinan mengenai PdPDT. Mempelbagaikan kaedah dan bahan pengajaran oleh pensyarah akan dapat menambahkan minat dan motivasi pelajar semasa PdPDT supaya pembelajaran lebih berkesan. Kebajikan pelajar perlulah dijaga dengan menyediakan khidmat sokongan seperti kaunselor atau pembimbing sekiranya menghadapi kesulitan yang melibatkan pembelajaran dalam talian atau perkara yang berkaitan dengan pengajian.
References
Abdul Hakim Abdullah, Ab. Aziz Sulaiman & Wan Ismail Wan Abdullah. (2015). Faktor- Faktor yang Mempengaruhi Motivasi terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 10(2), 82-97.
Asan Ali Golam Hassan, Nanthakumar Loganathan, Maznieda Mahjom, Nor Asiah Muhamad, Aminuddin Mohamed & Johari Alwi. (2020). Impak Covid-19 ke atas status sosioekonomi dan kesihatan masyarakat Orang Asli. Laporan Teknikal Penyelidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Azhar Harun dan Nawi Abdullah (2004). Metodologi Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial. Singapore: Thomsom Learning
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon and Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
Bibi Noraini Mohd yusuf and Jihan Ahmad 2020. “Are We Prepared Enough? A Case Study of Challenges in Online Learning in a Private Higher Learning Institution during the Covid-19 Outbreaks.” Advances in Sosial Sciences Research Journal 7(5): 205-12
Bloom, B.S. (1956) Taxonomy of Educational Objectives, Handbook: The Cognitive Domain. David McKay, New York
Briliannur Dwi, Aisyah Amelia, Uswatun Hasanah, Abdy Mahesha Putra & Hidayatur Rahman. (2020). Analisis keefektifan pembelajaran online di masa pandemik Covid-19. Mahaguru: Jurnal Pendidikan Guru Sekolah Dasar, 28-37.
Buja, A., Paganini, M., Cocchio, S., Scioni, M., Rebba, V. & Baldo V. (2020) Demographic and socio-economic factors, and healthcare resource indicators associated with the rapid spread of COVID-19 in Northern Italy: An ecological study. PLoS ONE 15(12): e0244535
Cassidy, S. & Eachus, P. (2002). Developing the Computer Self-Efficacy (CUSE) Scale: Investigating The Relationship Between Computer Self-Efficacy, Gender, And Experience With Computers. Journal of Educational Computing Research, 26(2), 133-153.
Ee Ah Meng. Psikologi Pendidikan II (Semester II) Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Faris Danial Razi. (2020). PKP: Teknologi Jadi Kekangan Kerja dan Pembelajaran di Rumah, tetapi Ada 'Jalan' Lain. Berita Astro Awani. 13 April. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-teknologi-jadi-kekangan-kerja-dan-pembelajaran-di-rumah-tetapi-ada-jalan- ain-238178
Giles, 1999; Giles, I.M. (1999). An Examination of Persistence and Dropout N the Online Computer-Conferenced Classroom. Virginia Polytechnic Institute and State University: Doctoral dissertation
Krejcie, R. and Morgan, D. (1970) Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610
Ting, Kung Shiung and Saud, Muhammad Sukri (2007) Kajian Mengenai Penggunaan E-pembelajaran (e-learning) Di kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik Dan vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Losius Goliong, Ahsly Kasin, Marcelus Johnny & Nazarius G. Yulip. (2020). Cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Pejabat Pendidikan Daerah Ranau. Sabah. 6 Mei
Makhtar, N. N., Rosli, S. N. A., & Taha, H. (2021). Kesan Jenis Pembelajaran Dalam Talian Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Pelajar Bagi Subjek Fizik.Journal of Science and Mathematics Letters,9(1), 60-76. https://doi.org/10.37134/jsml.vol9.1.6.2021
Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof & Hapini Awang. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19. Prosiding Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, 404-410
Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai, Johor: UTM
Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi pengajaran dan pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu semasa pandemik Covid-19. Shah Alam: SIG:e-Learning@CS.
O’Connor, C., Sceiford, E., Wang, g., Fourcar, Scocki, D., & Griffin, O. (2003). Departure, abandonmment, and dropout of e-learning: Dilemma and Solutions. Retrieved November 16, 2003, from www.masie.com
Oxford, R., & Shearin, J. (1994). Language Learning Motivation: Expanding The Theoretical Framework. The Modern Language Journal, 78, 12-27
Rohaida Mazlan, Norziah Amin, Mohd Zaki Abd. Rahman & Zamri Mahamod. (2020). Tahap penguasaan membaca dan menulis murid B40 dari perspektif guru bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2): 54-73.
Rowntree, D. (1981). Statistics Without Tears: A Primer for non-Mathematicians. London: Penguin
Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults: Updating Garland’s model of barriers to persistence in distance educational (Doctoral dissertation, Northem Illinois University
Shazarina Zdainal Abidin, Suziana Hanini Sulaiman, Suhana Mohamed Lip, Norshilawani Shahisdan, Natasha Ariffin, Mohamas Fuad Ishal & Sapie Sabilan. (2020). Tekanan emosi pensyarah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atas talian di era pandemik Covid-19. Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan (ISPEN). 289-296.
Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults: Updating Garland’s model of barriers to persistence in distance educational. (Doctoral dissertation, Northem Illinois University.
Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan-menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru. (6 Januari 2021)
Siti Hajar Bidin et al. (2019). Faktor Sikap, Motivasi dan Jantina Mempengaruhi Penguasaan Pembelajaran Bahasa Jepun Tahap 1 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 16. Issue 1: 105-115.
Siti Norbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran talian melalui pendekatan Home based Learning semasa pandemik Covid-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, Edisi Khas, 46-57
Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. 2020. COVID-19: Impak dalam pengajaran dan pembelajaran. Dlm. Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (Pnyt.) Sistem Pendidikan di Malaysia: Sejarah dan Cabaran Abad Ke-21, 449-486. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia