Tahap Penerimaan Murid Sekolah Menengah Rendah Terhadap Elemen Keusahawanan dalam Pembelajaran

  • Siti Hawa Suhaili Student
  • Nurfaradilla Mohamad Nasri

Abstract

Bidang keusahawanan merupakan antara aspek penting dalam merealisasikan hasrat Malaysia bagi melahirkan modal insan kelas pertama seterusnya mampu membantu menjana ekonomi negara. Menyedari hal ini, pihak Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif untuk mengintegrasikan elemen keusahawanan dalam pembelajaran melalui pengenalan mata pelajaran-mata pelajaran tertentu serta penerapan elemen merentas kurikulum berkaitan keusahawanan dalam topik-topik pengajaran. Jadi kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh mana para murid sedar akan kewujudan elemen ini serta penerimaan mereka terhadap elemen keusahawanan dalam pembelajaran mereka, sekaligus untuk melihat impak pengenalan elemen keusahawanan ini kepada para murid. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Lokasi kajian ialah Sekolah Menengah Lodge, Kuching. Responden yang terdiri daripada 50 orang murid menengah rendah dipilih secara rawak mudah. Instrumen pengumpulan data ialah borang kaji selidik skala lima likert yang diedarkan menggunakan google form. Data yang diperoleh dianalisis untuk melihat peratusannya. Dapatan kajian mendapati majoriti murid sedar akan kewujudan elemen keusahawanan dalam pembelajaran mereka tetapi banyak yang mempelajarinya hanya kerana elemen tersebut terdapat dalam silibus. Kebanyakan daripada mereka tidak berminat untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya mereka pada masa akan datang. Hasil kajian ini mungkin boleh digunakan untuk membolehkan pihak tertentu merangka strategi bagi memupuk minat para murid untuk menceburi bidang keusahawanan. Jadi sebagai cadangan kajian akan datang, kajian tentang pemupukan atau penerimaan murid terhadap elemen keusahawanan dalam pembelajaran mereka mungkin boleh dilakukan.


Kata kunci: penerimaan murid, elemen keusahawanan, pembelajaran

References

Ab Wahid, H. (2019). Membangunkan Sosio-Ekonomi Komuniti Menerusi Keusahawanan
Sosial: Peranan dan Peluang. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices.2(8). 13-26.
Akhsan, E. M., & Othman, N. (2019). Hubungan antara Kemahiran Keusahawanan dengan
Tekad Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama (SMKA). International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(31), 305-317.
Husaini, H. & Ahmad, K. A. (2020). Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Analisis
Kandungan Buku-buku Teks.
Mishra, C. S. & Zachary, R. K. (2015). The Theory of Entrepreneurship. Entrepreneurship
Research Journal 5(4): 251- 268.
Othman, N., & Misman, S. S. B. (2015). Persepsi Terhadap Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Minat Pelajar 4sph dalam Bidang Keusahawanan. Fakulti Pendidikan, eprints.utm.my.
Yatim @ Mohd Yatim, R., & Idris, M. S. (2016). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Perniagaan Dan Keusahawanan Dalam Kalangan Guru Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah Di Daerah Batu Pahat Dari Persepsi Pelajar. Online Journal for TVET
Practioners, 1(1).
Wan Nawang. W. M. Z. & Mamat, I (2019). Faktor-Faktor Penentu Kecenderungan
Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Akademika 89(2), Julai
2019: 3-15
Published
2021-12-31
How to Cite
SUHAILI, Siti Hawa; MOHAMAD NASRI, Nurfaradilla. Tahap Penerimaan Murid Sekolah Menengah Rendah Terhadap Elemen Keusahawanan dalam Pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 4, p. 276-284, dec. 2021. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/16487>. Date accessed: 30 may 2023.
Section
Articles