Minat, Tingkah Laku Distruptif Dan Gaya Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran Di Sekolah Rendah

  • Dayang Julida Abang Tar
  • Muhd Izwan Mahmud

Abstract

Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan tentang minat, tingkah laku distruptif dan gaya pembelajaran bagi murid bermasalah pembelajaran di sekolah rendah. Masalah tingkah laku yang amat membimbangkan di kalangan murid sekolah rendah menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seterusnya menyebabkan pencapaian pelajaran kurang memuaskan. Kertas konsep ini menggariskan kepentingan gaya pembelajaran yang sesuai untuk murid bermasalah pembelajaran agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Penyampaian guru di dalam kelas adalah salah satu daripada punca masalah tingkah laku ini kerana guru tidak mengambil berat tentang gaya pembelajaran murid yang menimbulkan rasa kebosanan dan kurang berminat untuk belajar. Pendekatan pengajaran guru hendaklah sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Seterusnya gaya pembelajaran yang dikenalpasti melalui kajian-kajian lepas dapat membantu guru memilih gaya yang sesuai dengan murid dengan mengambil kira faktor tahap perkembangan murid, penguasaan, latar belakang dan minat murid. Terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Kegagalan guru memilih gaya pembelajaran yang sesuai untuk digunakan di dalam kelas semasa mengajar akan menimbulkan kebosanan seterusnya murid tidak berminat untuk mengikuti PdPc. Faktor minat sangat penting, dimana seseorang individu melakukan sesuatu tanpa dorongan . Sebaliknya jika tidak berminat terhadap sesuatu akan mencetuskan kepada masalah tingkah laku yang akhirnya mengganggu pelajaran mereka. Cadangan bagi memperbaiki amalan ini juga turut diketengahkan oleh pengkaji yang memfokuskan kepada amalan gaya pembelajaran VAK yang digunakan oleh guru yang mengajar murid bermasalah pembelajaran di aliran perdana sekolah rendah.

References

Adibah Hanim Ab Latif, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar. (2016). Modifikasi Masalah Tingkah Laku Mengganggu di Dalam Bilik Darjah Menggunakan Intervensi “The Good Behavior Game”. Fakulti Pendidikan, UKM.
Alhaadi Ismail, Norimah Zakaria. (2019). Faktor Yang Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid di SJKC Chong Hwa Teluk Kemang. International Journal Of The Malay World and Civilisation 7 (3), 23-30
Christina Andin, Rosmiza Mohd Zainol, Wong Hock Chuo, Rohana Hamzah. (2019). Minat Murid Berpencapaian Rendah Terhadap Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, Jilid 20.
Maharam Mamat, Maznah Ibrahim, Zulkifli Mohamad. (2017). Perbaikan Tingkah Laku Bermasalah Sekolah Rendah Melalui Teori Kognitif-Tingkah laku. Southeast Asia Psychology Journal Vol.5, 1-11
Manisah Mohd Ali* & Norizza Sahal. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 41 (1), 1-6.
Mardiah Mahmor, Kamariah Abu Bakar. (2021). Kesan Intervensi Terhadap Tingkah Laku Distruptif Dalam Kalangan Kanak-kanak Prasekolah. Jurnal Dunia Pendidikan e- ISSN: 2682-826X/ Vol.3, No.1, 442-453.
Mohd Farid Hassan, Azniah Ismail. (2020). Pengaruh gaya Pembelajaran dan Kecekapan Murid Dalam Penggunaan E-Pembelajaran. Journal of ICT in Education (JICTIE) ISSN 2289-7844/Vol.7/Issue 1/2020/58-64.
Mumpuniarti Mumpuniarti, Rendy Roos Handoyo, Diajeng Tyas Pinrupitanza. Dewi Barotuttaqiyah. (2020). Teacher’s Pedagogy Competence And Challenges In Implementing Inclusive Learning In Slow Learner. Cakrawala Pendidikan , Vol.39.
Nadziroh Md Zubir, Ku Suhaila Ku Johari, Zuria Mahmud, Nor Hazimah Ab Razak, Sabihah Johan. (2018). Cabaran Aplikasi Modul Terapi Filial dalam Kalangan Ibu Bapa bagi Menangani Isu Tingkah Laku Kanak- kanak. Jurnal Pendidikan Malaysia SI 1(1), 21-30.
Puteri Roslina Abdul Wahid, Nur Azimah Bukhari. (2016). Gaya Pembelajaran Kanak-kanak Lembam Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa Jilid 16 Bil 2.
Siti Fatimah Salleh, Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru Dalam Program Pendidikan Inklusif Di Sekolah. Asian People Journal (APJ) eISSN: 2600-8971 Volume 1, Issue 2, PP 243-263.
Sohaina Binti Mohd Salleh, Maimun Aqsha Lubis, Aisyah Sjahrony. (2017). Pembangunan Gaya Pembelajaran Satu Analisis Keperluan Di Sekolah Kebangsaan. Asian Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1), 54-63.
Suppiah Nachiappan, Barathy Sinnasamy & Sandra Suffian. (2017). Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Menengah dan Penyelesaian masalah Melalui Kaedah Hermeneutik. Journal of Research, Policy &Practice of Teachers & Teachers Education Vol. 7, No 2, 58-68.
Zaleha Damanhuri. (2017). Perkembangan Main Dalam kalangan Kanak- kanak Awal. Jurnal Sains Sosial Jilid 2, 144-155.
Published
2021-12-01
How to Cite
ABANG TAR, Dayang Julida; MAHMUD, Muhd Izwan. Minat, Tingkah Laku Distruptif Dan Gaya Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 4, p. 49-64, dec. 2021. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/16365>. Date accessed: 21 may 2022.
Section
Articles