Kesan Psikologi Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran di Sekolah

  • Faizah Che Mat Zi
  • Zanaton Iksan

Abstract

Kajian Pembelajaran merupakan satu amalan guru di Negara Jepun yang memberi kesan positif terhadap kualiti profesionalism pendidik. Pendekatan ini juga menggalakkan guru bekerja secara kolaboratif dalam perkongsian ilmu dan pengalaman serta penelitian sepanjang sesi pengajaran guru. Namun begitu, pembudayaan Kajian Pembelajaran masih belum diterapkan secara meluas di Malaysia walaupun ianya telah bertapak di sini sejak 9 tahun yang lalu.  Hal ini kerana, kebanyakan guru mengganggapkan pendekatan ini adalah satu bebanan tugas tambahan yang menyebabkan terganggunya emosi dan dapat menimbulkan tekanan dalam kalangan guru. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara penerimaan guru dalam pelaksanaan Kajian Pembelajaran dengan tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Seramai 186 orang guru yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan harian dipilih untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru dan tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran adalah tinggi. Walaubagaimana pun, tahap tekanan guru berkaitan dengan amalan pelaksanaan Kajian Pembelajaran pula berada pada tahap yang rendah. Hasil daripada analisis inferensi pula didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran berdasarkan tahun pengalaman guru mengajar. Manakala terdapat hubungan yang negatif dan sangat lemah antara penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran dengan tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Secara kesimpulannya, guru-guru perlu diberi pendedahan yang lebih efektif terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran supaya mereka dapat meningkatkan lagi kualiti profesionalism keguruan pada masa hadapan.

References

Baharin Abu, & Mariam Aziz. (2010). Stress dalam Kalangan Guru di Dua Buah Sekolah Menengah di Kawasan Skudai. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Banda, B., Mudenda, V., Tindi, E., & Nakai, K. (2014). Lesson Study Practice of Science Teachers in Zambia: It’s Effects, Enhancing and Hindering Factors. New Perspective in Science Education, 8, 3–7.
Bitty Ansawi, & Vincent Pang. (2017). The Relationship between Professional Learning Community and Lesson. Sains Humanika, 9(1–3), 63–70.
Chiew, C. M., Mohd Hasani Dali, & Lim, C. S. (2016a). Issues Relating to the Implementation of Lesson Study in the Malaysian Education Context. Journal of Research & Method in Education, 6(3), 77–85.
Chiew, C. M., Mohd Hasani Dali, & Lim, C. S. (2016b). Implementation of Lesson Study as an Innovative Professional Development Model among Malaysian School Teachers. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13(1), 83–111.
Copriady, J. (2013). The Implementation of Lesson Study Programme for Developing Professionalism in Teaching Profession, Asian Social Science, 9(12), 176–186.
Fadilah Mohd. (2012). Stres dalam Kalangan Guru Sekolah Tunas Bakti Jerantut: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Helen Malaka, Rojiah Abdullah, Nora’azian Rohani, Eldrana Augustin Daniel & Mustafa Kamal Mohammad. (2005). Hubungan Punca Stres Dan Tahap Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Johor Bahru. Prosiding Seminar Pendidikan, 1–12.
Katina, M., Khalid Johari, & Ovelyn, M. (2013). The Perception of Teachers and Students toward Lesson Study Implementation at Rural School of Sabah: A pilot study. Procedia-social and behavioral sciences, 90, 245-250.
Lamibao, L.S. (2016). Enhancing Mathematics Teachers’ Quality through Lesson Study. Springerplus, 5, 1590.
Lander, B. (2015). Lesson study at the Foreign Language University Level in Japan: Blended Learning, Raising Awareness of Technology in the classroom. Emerald Insight, 4(4), 362–382.
Lia Indah Ahmad, & Ruslin Amir. (2018). Tekanan Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan 2018, April, 82–95.
Md Yusoff Daud, Zanaton Iksan, Fariza Khalid, & Roslinda Rosli. (2014). Refleksi Pendekatan Lesson Study Dalam Menjalani Latihn Mengajar oleh Bakal Guru Sains di Beberapa Sekolah Terpilih. World Association of Lesson Studies International Conference.
Nik Nur Salwa & Zanaton Iksan. (2012). Pendedahan, pengetahuan dan kesediaan guru sains menggunakan model pengajaran lesson study. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Malaysia-Indonesia, Oktober, 309- 312.
Noor Mala. (2015). Pengaruh Tahap Stres Terhadap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pengajar Kolej Vokasional Di Negeri Pahang. Tesis Sarjana, Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Norashid Othman, & Hamzah Md. Omar. (2014). Beban Tugas dan Motivasi Pengajaran Guru di Sekolah Menengah Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan, 5, 35–57.
Nurul Shafinaz Halim. (2012). Menentusahkan Faktor Tekanan Kerja Guru Sekolah Menengah Gred A Daerah Batu Pahat. Tesis Sarjana, Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Radin, M. & Yasin, M. A. M. Z. (2018). Perlaksanaan Pendidikan Abad ke-21 di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Sains Humanika, 21, 1–6.
Rogers, E. M. (1962). Diffusion of innovations. New York: Free Press.
Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations. Ed ke-5. New York: Free Press.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil, & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar : Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 61–69.
Siti Malikhah Towaf. (2016). Integration of Lesson Study in Teaching Practice of Social Study Student Teachers to Improve the Quality of Learning and Promote a Sustainable Lesson Study. Journal of Education and Practice, 7(18), 83–91.
Tajulashikin Jumahat, Fazura Mohd Noor, & Mohd Burhan Ibrahim. (2013). Faktor-Faktor Penentu Stres Dalam Kalangan Guru: Sekolah Rendah Mubaligh Di Kuala Lumpur. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1, 1–11.
Tan, A. L., Ooi, S. Y., & Teh, H. L. (2017). Lesson Study: Amalan Berkolaborasi Untuk Pembelajaran Berkesan Di Institut Pendidikan Guru. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 21–30.
Zanaton H. Iksan, & Marziah Md. Rahim. (2017). Reflections on Teaching and Learning of Mathematics through Lesson Study and Video Critique. Advances in Social Sciences Research Journal, 4(1), 50–61.
Zanaton H. Iksan, Aidah Abdul Karim, Fariza Khalid, Effandi Zakaria, Rosseni Din, Md Yusof Daud, & Roslinda Rosli. (2014). Lesson Study (Jogyoukenyu): Kajian Perbandingan Jepun dan Malaysia. The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014), 271-278.
Published
2021-09-01
How to Cite
CHE MAT ZI, Faizah; IKSAN, Zanaton. Kesan Psikologi Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran di Sekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 3, p. 135-147, sep. 2021. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/15136>. Date accessed: 24 oct. 2021.
Section
Articles