Impak Perintah Kawalan Pergerakan Terhadap Tahap Kecergasan Pelajar dari Kawasan Pinggir Bandar Malaysia
Abstract
Situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara kita ini merupakan isu utama dan sering dibincangkan oleh warga pendidik dalam memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bebas daripada penularan wabak ini. Maka, kajian ini ingin mengkaji impak perintah kawalan pergerakan terhadap tahap kecergasan pelajar sekolah menengah dengan melihat status perubahan tahap kecergasan pelajar dan Indeks Jisim Tubuh (BMI). Situasi yang mewujudkan kekangan dalam melaksanakan aktiviti pendidikan jasmani dan aktiviti luar bilik darjah juga menjadi faktor utama kajian ini dilaksanakan. Tahap kecergasan pelajar yang dijadikan sampel dinilai dan dianalisa berdasarkan kepada keputusan Ujian SEGAK yang dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2020. Data keputusan Ujian SEGAK ini diperolehi melalui sistem atas talian Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK-SEGAK) yang telah disahkan oleh guru yang bertanggungjawab. Data yang diperolehi ini melibatkan seramai 373 orang pelajar dari 3 buah sekolah menengah di negeri Perak, Terengganu dan Sarawak. Dapatan data telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kemerosotan tahap kecergasan daya tahan otot dan kekuatan otot melalui dapatan bateri ujian tekan tubi dan ringkuk tubi separa. Selain itu, Indeks Jisim Tubuh (BMI) telah menunjukkan corak perubahan yang kurang baik terutama bagi sampel yang mempunyai lebihan berat badan dan juga obes. Dicadangkan kajian akan datang dapat melihat kepada program peningkatan tahap kecergasan fizikal dalam meningkatkan tahap kecergasan pelajar sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.
References
Corbin, C.B., Lindsey, R. (2002). Concept a/fitness and wellness. A comprehensive lifestyle approach (4th ed.). Boston:McGrawHill
Gunathevan Ellumalai (2012). Obesiti, kandungan lemak abdominal, daya tahan kardiovaskular dan literasi aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar Semenanjung Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Hemavathi Shanmugam, Johan Ariff Juhari, Pritiss Nair, Chow Soon Ken & Ng Chong Guan (2020). Impacts of COVID-19 Pandemic on Mental Health in Malaysia: A Single Thread of Hope. Malaysia Journal of Psychiatry Online Early. 29 (1).
Holmes EA, O’Connor RC, Perry VH, Tracey I, Wessely S, Arseneault L, et al. (2020) Multidisciplinary research priorities for the COVID-19 pandemic: a call for action for mental health science. Lancet Psychiatry,7 (6), 547–60.
Ibrahim, H. & Abu Bakar, O. (2008). Tanggapan kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah menengah (Edisi Pertama). Skudai: Penerbit UTM.
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI). (April 25, 2020). Status pelaksanaan PDP secara atas talian [Data slide]. Retrieved from http://www.moe.gov.my/ipgkpi
Ismail, W.A.W. & Muhamad, T.A. (2016). Kepentingan dan halangan dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah orang Asli. Jurnal Penyelidikan MUADDIB, 1(1), 1-10.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2016). Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Pekeliling Ikhtisas Bil. 4
Liukkonen, J., Barkoukis, V., Watt, A., & Jaakola, T. (2010). Motivation climate and student’s emotional experiences and effort in physical education. The Journal of Education Research, 103(5), 295-308.
Mohd Nazul Ismail (2020). Cabaran Kepimpinan dalam Pengurusan Pembelajaran Digital. Jurnal Refleksi Kepimpinan, 3, 20-24
Pavlova, L., Vynogradskyi, B., Kurchaba, T., & Zikrach, D. (2017). Influence of leisure physical activity on quality of life of Ukrainian students. Journal of Physical Education and Sport, 17(3), 1037-1042.
Polizzi, C., Lynn, S.J., Perry, A. (2020). Stress and Coping in the Time of COVID-19: Pathways to Resilience and Recovery. Clinical Neuropsychiatry, 17(2), 59-62
Rafidah Mat Ruzki & Mohd Nasaruddin Parzi. (19 Mei 2020). Covid-19: Masalah Emosi Isu Utama Kesihatan Mental Rakyat. Berita Harian Online. Capaian pada 1 November 2020 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690727/covid-19
Starc, G. & Strel, J.L. (2012). Influence of the quality implementation of a physical education curriculum onyhe physical development and physical fitness of children. Public Health, 12(6), 1-7.
Surat, S. & Abu Bakar, N.S. (2015). Keterlibatan pelajar dalam aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah menengah. Kertas dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, Malaysia, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, 16-17 Disember 2015.
Veloo, A. & Md. Ali, R. (2016). Physical education teachers challenges in implementing school based assessment. International Review of Management and Marketing Journal, 6(8) 48-53
World Health Organization (31 Mac 2020). Coronavirus disease (COVID-19) advice for the public. Dicapai pada 15 Januari 2021 daripada https://www.who.int/emergencies/ diseasesnovel-coronavirus-2019/advice-for-public