Hubungan Pendedahan Teknologi Dengan Sikap Pelajar

  • Jegatheswary Perumal
  • Saemah Rahman
  • Shahlan Surat

Abstract

Teknologi merupakan satu medium pembelajaran yang penting pada era modenisasi ini tetapi beberapa kajian lepas melaporkan adanya isu yang timbul di kalangan sikap pelajar dalam pembelajaran berasaskan teknologi. Hal ini mencetuskan idea dan keinginan untuk pengkaji bagi mengkaji amalan guru dalam pendedahan teknologi dengan sikap pelajar. Tujuan kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pendedahan teknologi dengan sikap pelajar dan sikap pelajar terhadap pendedahan teknologi. Objektif kajian ini bagi mengenal pasti tahap pendedahan teknologi kepada pelajar, mengenal pasti perbezaan sikap pelajar terhadap teknologi mengikut jantina dan mengenal pasti hubungan pendedahan teknologi dengan sikap pelajar terhadap teknologi.  Seramai 370 orang pelajar tingkatan 1 dipilih sebagai respondan dari tiga buah sekolah menengah harian di zon bangsar/pudu di wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Perisian komputer SPSS versi 22 digunakan untuk menganalisis data. Analisis statistik deskriptif telah dilaksanakan untuk mendapatkan min, peratus dan kekerapan, diikuti analisis ujian-t dan korelasi Pearson dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan tahap pendedahan teknologi adalah pada tahap sederhana di kalangan pelajar. Seterusnya, keputusan ujian-t pula menunjukkan perbezaan yang signifikan sikap pelajar terhadap pendedahan teknologi mengikut jantina. Dapatan kajian ini juga telah membuktikan bahawa wujudnya hubungan positif dan sangat lemah antara pendedahan teknologi dengan sikap pelajar. Kesimpulannya pelajar masih mempunyai minat dan semangat apabila teknologi digunakan dalam PdPC di dalam kelas tetapi guru perlu mempelbagaikan aktiviti dan strategik pengajaran yang berasaskan teknologi. Kajian ini boleh dilanjutkan dengan mencari sikap pelajar secara spesifik terhadap pembelajaran berasaskan teknologi.

References

Alhumaid, K. (2019). Four Ways Technology Has Negatively Changed Education. Journal of Education and Social Research.
Burnett, C. (2010). Technology and literacy in early childhood educational settings: A review of research.
D.Finn, J. (1960). Automation and education: III. Technology and the instructional process.
Diane Wentworth,June H.Middleton. (2014). Technology use and academic performance.
Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mc Graw Hill Education (Malaysia) Sdn.Bhd.
Iskandar Ab Rashid dan Zaitun Ismail. (2006). Rakan Internet; Panduan Penggunaan Internet.
Jan Ardies,Sven De Maeyer, David Gijbels,Hanno van Keulen. (2014). Students attitudes towards technology.
Jonathan Osborne,Shirley Simon,Sue Collins. (2003). Attitudes towards Science: A Review of the Literature and its Implications. International Journal of Science.
Matthew Andrew,Jennifer Taylorson ,Donald J Langille,Aimee Grange,Norman Williams. (2018). Students Attitude towards Technology and Their Preferences for Learning Tools/Devices at Two Universities in the Uae. Journal of Information Technology and Education:Research, 309-344.
Miller, Shannon McClintock. (2011). Student Voices for Change.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbit UTM.
Mohd Izham ,Mohd Hamzah, Noraini Attan. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi, 45-60.
Muhammad Sabiq Mohd Noor,Megat Aman Zahiri Megat Zakaria. (2018). Tinjauan Motivasi, Sikap dan Peningkatan Prestasi Murid Sekolah Rendah Melalui Penggunaan Halaman Celik Akal (VLE).
Nina Bergdahl, Jalal Nouri. Uno Fors. (2020). Disengagement, engagement and digital skills. Education and Information Technologies.
Piaw, C. Y. (2014). Asas Statistik Penyelidikan. MC Graw Hill Education (Malaysia) Sdn.Bhd.
Saettler, P. (1990). Evaluation of American Educational Technology.
Tariq Hussain, Mumtaz Akhter. (2016). Students’ Attitude towards Technology: A Study from Pakistan. Bulletion of Education and Research.
Zakiah Mohamad Ashari,Alifa Aliya Ngadiman,Nurul Farhana Zainudin, Nurul Farhana Jumaat . (2018). The Relationship between Knowledge and Attitudetowards Technology Gadget Usage with Students’ SocioEmotions Development.
Published
2021-08-31
How to Cite
PERUMAL, Jegatheswary; RAHMAN, Saemah; SURAT, Shahlan. Hubungan Pendedahan Teknologi Dengan Sikap Pelajar. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 3, p. 83-91, aug. 2021. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/15131>. Date accessed: 24 oct. 2021.
Section
Articles