Halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Aliran Perdana Dalam Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif

  • Norramlah Ali
  • Nurfaradilla Mohamad Nasri

Abstract

Artikel ini merupakan kertas konsep yang membincangkan berkaitan dengan faktor-faktor halangan yang dihadapi dalam melaksanakan program pendidikan inklusif oleh guru aliran perdana. Program pendidikan inklusif telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi peluang kepada murid berkeperluan khas bagi mendapakan akses kepada pendidikan di kelas aliran perdana serta memupuk keyakinan dan jati diri yang tinggi. Berdasarkan kepada laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk menambah murid berkeperluan khas dalam model program pendidikan inklusif. Dalam menjalankan PPI, guru aliran perdana merupakan penggerak utama yang bertanggungjawab secara sepenuh bagi memastikan program pendidikan inklusif mencapai kejayaan, namun terdapat halangan dan permasalahan yang timbul bagi melaksanakan PPI telah dikenalpasti yang mempengaruhi proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Antara salah satu faktor yang menghalang yang telah dikenal pasti ialah guru tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan latihan yang sewajarnya mengenai pendidikan khas serta mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran yang sama antara MBK dan murid yang normal. Berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh guru aliran perdana, penulis mencadangkan agar bengkel secara bersama antara guru aliran perdana dan guru pendidikan khas diadakan secara berkala untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru aliran perdana dalam mengendalikan MBK. Diharap dengan kerjasama dan sokongan antara guru aliran perdana dan guru pendidikan khas akan dapat memperbaiki faktor-faktor yang menjadi halangan dan meningkatkan keberkesanan program pendidikan inklusif serta dapat mencapai objektif yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

References

Anizam Mohamed Yusof, Manisah Mohd Ali & Norhayati Mohd Noor. (2020). Penerapan KemahiranKebolehgajian Terhadap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Journal Secara Talian Penyampaian TVET, 5 (1), 36-42.
Fathmath Nishan. (2018). Challenges Of Regular Teachers In Implementing Inclusive Education In Schools Of Maldives. International Journal of Education, Psychology and Counseling Vol 3 (10), 88-102.
Hazlin Haris & Khairul Farhah Khairuddin. (2021). Pelaksanaan Pedagogi Inklusif bagi Murid Berkeperluan khas Masalah Pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Vol 6 (2), 197-210.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). https://www.moe.gov.my/pendidikan/khas/ppi/konsep-program. 25. 5. 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Intergrasi. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Iklusif. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Manimeegalai Govindasamy. (2018). Persepsi Terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) Oleh Guru Aliran Perdana Dan Guru Pendidikan Khas Di Daerah Seberang Perai Tengah, Jurnal Paradigma. Vol (17), 172-89.

Norliah Mohd Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2015. Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke 6.
Surat Persekeliling Ikhtisas, Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Menengah Atas) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020. Putrajaya: Jabatan Pendidikan Malaysia.
Saiful Azam Khoo Abdullah. (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas di Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. file:///C:/Users/user/Downloads/PPIbagiMBK-saifulazam%20(3).pdf 21 Jun 2021.
Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru dalam Program Pendidikan Inklusif di Sekolah. Asian People Journal. Vol 1(2), 243-263.
Siti Rubiyani & Abd Aziz Sulaiman. (2018). Implementation of Inclusive Education Programme for Special Education Need Students with Learning Disabilities in Malaysia. International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences. 1(14), 85-95.
Zalizan Mohd Jelas. (2012). Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep & Amalan, 109-138. Bangi: Universiti
Published
2021-09-01
How to Cite
ALI, Norramlah; MOHAMAD NASRI, Nurfaradilla. Halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Aliran Perdana Dalam Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 3, p. 74-82, sep. 2021. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/15130>. Date accessed: 24 oct. 2021.
Section
Articles