Covid 19: Impak E-Pembelajaran Terhadap Kesihatan Pelajar Universiti

  • Izyan Izzati Kamsani
  • Aishah Mahat

Abstract

Penularan wabak Covid-19 mula dikenalpasti di daerah Wuhan, China pada sekitar bulan November 2019. Wabak ini telah merebak ke seluruh pelusuk dunia dengan begitu pantas. Kesan wabak ini mengakibatkan penutupan semua sektor termasuk institusi pendidikan tinggi. Rentetan penutupan itu, sistem pengajaran dan pembelajaran diaplikasikan secara dalam talian atau dikenali sebagai e-pembelajaran. Terdapat pelbagai platform e-pembelajaran dilaksanakan pada masa kini seperti aplikasi Zoom, Webex, Google Meet, Google Classroom, Telegram, Whatsapp dan Youtube. Platform ini juga dapat membantu pelajar mengikuti e-pembelajaran dengan lebih teratur dan tersusun. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti impak e-pembelajaran terhadap tahap kesihatan pelajar di universiti sewaktu pandemik Covid-19. Seramai 192 orang pelajar universiti terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap pelaksanaan e-pembelajaran. Berdasarkan kajian ini, didapati keempat-empat aspek iaitu fizikal, persekitaran, emosi dan refleksi kendiri menunjukkan hubungan antara pelajar dan e-pembelajaran adalah berkaitan antara satu sama lain.

References

Abdul Hamid, S. (2019). Tahap Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi: Kajian Literasi Mental Health Level Among Student Institute of Higher Education. Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9), 1689–1699.
Abu Hassan, S. A., Zainol Abidin, S., & Hassan, Z. (2021). Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian (E- Pembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar Di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 2(10), 1–14.
Asmuni, A. (2020). Problematika Pembelajaran Daring di Masa Pandemik Covid-19 dan Solusi Pemecahannya. Jurnal Paedagogy, 7(4), 281. https://doi.org/10.33394/jp.v7i4.2941
Bahari, F. B. B. (2009). Sumber stres, strategi daya tindak dan stres yang dialami pelajar universiti. Jurnal Kemanusiaan, 13(2000), 46–62.
COVID-19 - China. (2020). https://www.who.int/emergencies/disease-outbreak-news/item/2020-DON233
Desmita, D. (2009). Psikologi perkembangan peserta Didik: Panduan bagi orang tua dan guru dalam memahami psikologi anak usia SD, SMP dan SMA. PT Remaja Rosdakarya.
Jafar, M. F., Amran, Z. A., Yaakob, M. F. M., Yusof, M. R., & Awang, H. (2020). Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID 19. Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan (SEDAR’20), October, 404–411. https://doi.org/10.1155/2010/706872
Jena, P. K. (2020). Impact of Pandemic COVID-19 on Education in India RESEARCH ARTICLE IMPACT OF PANDEMIC COVID-19 Pravat Kumar Jena. International Journal of Current Research, 12(7), 12582–12586. https://doi.org/10.24941/ijcr.39209.07.2020
Johar, S. S., & Amat, M. I. (2020). Krisis impak pandemik covid-19 dari dimensi dan perspektif kesihatan mental sejagat. 3rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020), 339–352. https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6825
Johari, M. A., & Ahmad, S. (2019). Persepsi tekanan akademik dan kesejahteraan diri di dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 5(1), 24–36. https://doi.org/10.37134/ejoss.vol5no1.4
Rashid, A., Aziz, A., Al, A., Shafie, H., Hamidaton, U., Soffian, M., & Nur, R. (2020). Strategi Pembangunan Aspek Kesejahteraan Kendiri bagi Mendepani Tekanan Akademik Semasa Wabak COVID-19 Abstrak Development Strategy of Self Well-Being to Overcome Academic Stress During COVID-19 Abstract Pengenalan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 16–30.
Saidi, M. Z. I. (2019). Pendekatan Kuantitatif dalam Penggunaan R. https://www.researchgate.net/publication/337593143_Pendekatan_Kuantitatif_dalam_Penggunaan_R
Salleh, M., Jamaludin, M. F., Syaheeda, N., & Safie, M. (2021). Tinjauan Keberkesanan Pembelajaran Secara dalam Talian Ketika Pandemik Covid-19 : Perspektif Pelajar Sains Kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan ( An Overview of the Effectiveness of Online Learning During the Covid-19 Pandemic : The Perspective of Engin. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 374–384.
Santoso, H., & Wyn, W. . (2014). Primary School e-Learning Development as a Social Study Learning Model in the 5th Grade Primary School. International Journal of E-Education, e-Business, e-Management and e-Learning, 350–360. https://doi.org/10.7763/ijeeee.2014.v4.350
Sumartini, S., Harahap, K. S., & Sthevany, S. (2020). Kajian Pengendalian Mutu Produk Tuna Loin Precooked Frozen Menggunakan Metode Skala Likert Di Perusahaan Pembekuan Tuna. Orphanet Journal of Rare Diseases, 21(1), 1–9.
Published
2021-09-01
How to Cite
KAMSANI, Izyan Izzati; MAHAT, Aishah. Covid 19: Impak E-Pembelajaran Terhadap Kesihatan Pelajar Universiti. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 3, p. 53-60, sep. 2021. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/15124>. Date accessed: 24 oct. 2021.
Section
Articles