Aplikasi Model Praktis Studio Seramik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Terhadap Penerokaan Kreatif Dan Kritis Berasaskan Tanah Liat Alternatif

  • Muhammad Safwan Mohd Shariff
  • Tajul Shuhaizam Said
  • Harozila Ramli

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaplikasian model praktis studio seramik(MPSS) dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah(PdPR) terhadap penerokaan kreatif dan kritis berasaskan tanah liat alternatif (TLA). Panduan utama kajian ini berlandaskan MPSS dengan membuat penilaian fenomonologi kreatif semasa kaedah kualitatif dijalankan dengan mengaplikasikan kajian TLA secara PdPR . Sampel TLA diperolehi dari pelbagai kawasan. Namun begitu setiap sampel akan menunjukkan kebolehgunaan yang berbeza mengikut kandungan mineral dalam tanah liat serta faktor geografi yang berbeza. 5 aspek utama dalam MPSS diaplikasikan dalam PdPR iaitu, aplikasi, praktis, teknik, meneroka dan produk dalam menerapkan nilai estetika dan pembentukan kreatif pelajar.  Pengaplikasian 3 teknik asas seramik iaitu lingkaran,picitan dan press mould bagi menghasilkan karya seni kreatif daripada TLA. Dapatan kajian menunjukkan hasil TLA terhadap PdPR dapat dijalankan dengan berkesan melalui pengadaptasian MPSS ini dapat membina dan membentuk pemikiran dan penerokaan kreatif dalam penghasilan karya kreatif. Kesimpulannya, MPSS boleh dijadikan satu model rujukan untuk PdPR didalam darutat atau pendamic. MPSS ini sesuai digunakan untuk PdPR tanpa bersemuka. Selain itu, refleksi MPSS terhadap penggunaan TLA dapat menanam minat dan ikuiri kepada pelajar untuk mendalami dengan penuh pengamatan dan estetik. Impak hasil kajian ini dapat menyumbangkan satu bentuk model yang boleh diterapkan dalam mana-mana bidang PdPR baik sekolah, IPT atau swasta dalam melahirkan pelajar yang kreatif tanpa batasan.

References

Ahmad Fauzi Mohd Noor.2007. Labu hitam Sayong dan seramik maju: Pemangkin kelestarian kehidupan masyarakat.Siri Syarahan Umum. Pulau Pinang:Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Arifin. A, M. L. A.Rahman & T. Masron (2010) Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak: Sejarah, Perkembangan dan Masa Depan
Asyaari Muhammad.1998. Sejarah seni tembikar di Perak. Tesis Sarjana Persuratan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Brazil anak mission (2007), Kombinasi seramik dan bahan buangan industry dalam penghasilan karya seni.
Buntat, Y., & Yusof, A. (2010). Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Jurnal Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Pelajaran 2020, https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/manual-pdp-di-rumah/3727-manual-pdpdr/file
Pusat Perkembangan Kurikulum 2020, Bahagian Pembangunan Kurikulum BPK MOE
Shamsu Mohamad. 2005. The Malay pottery in Malaysia. Asia Ceramics Network Conference. Seoul, South Korea. 12-18 January.
Shariff. S (2018), Mendakan Tanah Lumpur Sungai sebagai tanah liat alternatif untuk penghasilan seramik kontemporari, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Shariff. S, 2020, Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari, Kupas Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Shariff. S 2021, Model Praktis Studio Seramik Menerusi Aplikasi Tanah Liat & Warisan Melayu, Perwara Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tajul Shuhaizam Bin Said, Nov 2007. Estetika Tembikar Tradisi Mambong ,Kelantan.
Wray,L. 1903. The Malay Pottery of Perak. The Journal of the Anthropological Institue of Great Braitin and Ireland 33:24-25.
Yahya Buntat & Norhusna Mohamed (2017). Aplikasi Pemikiran Kreatif Dan Kritis Dalam Pengajaran Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Published
2021-09-01
How to Cite
MOHD SHARIFF, Muhammad Safwan; SAID, Tajul Shuhaizam; RAMLI, Harozila. Aplikasi Model Praktis Studio Seramik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Terhadap Penerokaan Kreatif Dan Kritis Berasaskan Tanah Liat Alternatif. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 3, p. 35-41, sep. 2021. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/15121>. Date accessed: 24 oct. 2021.
Section
Articles