Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Kualiti Pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak

  • Zil Afiqah Abd Aziz
  • Suziyani Mohamed

Abstract

Kualiti pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) di Malaysia kini mula mencapai pertumbuhan positif yang meliputi kesedaran terhadap pembelajaran awal bagi kanak-kanak. Kini, keperluan PAKK menjadi hal utama kepada ibubapa bagi merancang keberhasilan pembelajaran kanak-kanak apabila memasuki alam persekolahan. Kepentingan itu, turut memberi kesan terhadap keberkesanan pengajaran guru prasekolah. Dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap persepsi guru prasekolah terhadap kualiti pengajaran pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) berdasarkan beberapa domain kajian. Pemilihan domain kajian diperolehi daripada Model Kerangka untuk Pengajaran Charlotte Danielson (2007). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Pembentukan item soal selidik kajian diadaptasi daripada kajian lepas. Selain itu, pemilihan responden seramai 50 orang guru prasekolah dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah di Zon Bangi Daerah Hulu Langat. Dapatan dua domain kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif bagi melihat skor min dan sisihan piawai manakala peratusan dan min digunakan bagi melihat hasil dapatan profil responden. Hasil dapatan menunjukkan kedua-dua domain ini iaitu i) perancangan dan persediaan (min = 4.30 dan SP = 0.419) serta ii) persekitaran bilik darjah (min = 4.57 dan SP = 0.402) adalah berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa kualiti pengajaran guru prasekolah cemerlang mampu mempengaruhi proses pembelajaran dalam bilik darjah demi melahirkan kanak-kanak berkemahiran dan berimpian tinggi. Oleh itu, guru prasekolah perlu sentiasa berdaya maju, kreatif dan bersemangat untuk menghasilkan aktiviti pengajaran yang komprehensif.

References

Abdul Halim Masnan, Nur Ellina Anthony & Nur Arifah Syahindah Zainudin. 2019.
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak (8): 33-41.
Abdul Halim Masnan & Nor Mashitah Mohd Radzi. 2015. Pengetahuan persediaan
pengajaran Guru prasekolah baru. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4): 90-108.
Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih, & Mohd
Hairy Ibrahim. 2013. Pengaruh persekitaran fizikal bilik darjah terhadap tahap keselesaan pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI (6).
Che Nidzam Che Ahmad. Saidatul Ainoor Shaharim & Asmayati Yahaya. 2016. Kesesuaian
Persekitaran Pembelajaran, Interaksi Guru-Pelajar, Komitmen Belajar Dan Keselesaan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Biologi. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia (6) 1: 101-120.
Chew Fong Peng & Mohd Fikri Ismail. 2020. Pelaksanaan pendekatan bermain dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (9) 1: 14-25.
Danielson, C. 2007. Enhancing Professional Practice: A Framework for Teaching. 2nd
Edition. Alexandria, VA: ASCD.
Fakhri Abdul Khalil & Mohd Isa Awang. 2016. Isu kesediaan guru dalam amalan
melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. EDUCATUM – Journal of Social Science (2): 1-7.
Hashimah Hussein. 2013. Perasaan dan pendapat pelajar diploma pendidikan prasekolah
Terhadap kursus sains untuk murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (2): 83-100.
Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. 2018. Pengaruh Kesediaan Guru Terhadap
Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (3) 4: 6-22.
Jo Thomas. 2010. Analising Thurstone And Likert Attitude Scales as Data Collection
Methods. Journal of Paramedic Practice (3) 5: 250-255.
Juliana Osong & Norafidah Noralidin. 2017. Persediaan pengetahuan dan kemahiran guru
abad ke-21. Diakses pada 14 Mei 2019 dalam laman sesawang www.academia.edu/12502783/persediaanpengetahuandankeahiranguruabadke-21.
Low Suet Fin. Amiruddin Zainuddin & Rafidah Ruhani. 2016. Standard guru malaysia: tahap
Pengetahuan guru pelatih PISMP IPG Kampus Ilmu Khas. Jurnal Penyelidikan Tempawan (31): 62-78.
Kementerian Pendidikan Malaysia (a). 2017. Dokumen Standard dan Penaksiran Kebangsaan
(Pendidikan Prasekolah).
Kementerian Pendidikan Malaysia (b). 2017. Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2012-2025) Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020.
Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah: satu
penilaian. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Liza Isyqi Ramli. 2017. Attitudes of preschool teachers towards the introduction of inclusive
Education (IE) in Malaysia Government Preschools. Degree of Doctorate of Philosophy: The University of Leeds School of Education.
Mariani Md. Nor. 2006. Reality Trend Dan Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Masalah Pendidikan 2006: Universiti Malaya. 81-90.
Mohd Nazri Abdul Rahman & Wan Nurul Baizura Wan Mohamad Noor. 2018. Pelaksanaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017: Retrospeksi Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan (5) 3: 59-71.
Mohd Fauzi Ali. Abdul Razaq Ahmad & Ahmad Ali Seman. 2017. Teachers’ competencies
in teaching and learning history (5): 220-228.
Muhammad Haziq Mohd Sharif. Nur Amirah Sidek. Siti Sarah Saharuden. Engku Nurul
Amilin Engku Azman. Cynthia Saineh & Shu Bo Yue. 2020. Kursus Asuhan Permata: implikasi terhadap kualiti amalan pengasuhan kanak-kanak. Southeast Asia Early Childhood Journal 9 (1): 15-27.
National Association for the Education of Young Children (NAEYC). 2018. The 10 NAEYC
Program Standard. Daripada www.naeyc.org.
Nurzarina Amran & Roslinda Rosli. 2017. Kefahaman guru tentang kemahiran abad ke-21.
Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.
Noor Azman Hanif, Mazlina Che Mustafa & Hamidah Yusof. 2020. Kajian empat dimensi
pengurusan bilik darjah kea rah pembentukan model pengurusan bilik darjah prasekolah. MJSSH Onine (4) 2: 119-136.
Nor Fadilah Nadzri. 2017. Kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di MRSM. Tanjong Malim Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sutan Idris.
Sekaran, U. 1992. Research methods for bussiness: a skill-building approach. New York:
John Wiley & Sons, Inc.
Sivri. H & Balci. E. 2015. Pre-service teacher’s classroom management self-efficacy beliefs.
International Online Journal of Educational Sciences. 7 (4): 37-50.
Suppiah Nachiappan, Nordin Mamat & Munirah Mamud. 2016. Mengenal pasti aplikasi
kognisi dalam rancangan pengajaran harian melalui tunjang sains dan teknologi prasekolah. Jurnal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teachers Education 6 (1): 50-66.
Published
2021-04-01
How to Cite
ABD AZIZ, Zil Afiqah; MOHAMED, Suziyani. Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Kualiti Pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 572-580, apr. 2021. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12951>. Date accessed: 22 july 2024.
Section
Articles