Penerapan Amalan Kreativiti, Pemikiran Kritis, Kolaborasi dan Komunikasi (4C) Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penerapan amalan 4C, iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (collaboration) dan komunikasi (communication) guru-guru bahasa Melayu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah-sekolah mereka. Seramai 150 orang guru sekolah dari 36 buah sekolah menengah dan rendah di daerah Meradong, Sarawak telah terlibat sebagai responden kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif. Para responden dikehendaki menjawab 20 item melalui empat konstruk ciri-ciri PAK21 atau Amalan 4C melalui soal selidik kajian yang diubahsuai menggunakan skala Likert lima mata. Analisis deskriptif kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi melaporkan kajian. Hasil kajian mendapati tahap amalan 4C yang diterapkan oleh guru-guru bahasa Melayu pada tahap sederhana (min=3.74). Analisis berdasarkan tahap amalan 4C menunjukkan aspek komunikasi(communication) (min=3.82) menunjukkan tahap paling tinggi berbanding 3 konstruk ciri-ciri PAK21 yang lain. Manakala aspek kolaborasi(collaboration)(min=3.64) pula menunjukkan skor min paling rendah. Sebagai rumusan, guru-guru bahasa Melayu perlu memaksimumkan penerapan amalan 4C sebagai penggerak dan pendorong agenda transformasi pendidikan alaf baharu ini.
References
Badrul Hisham & Mohd Nasruddin. (2015). Penilaian Kendiri Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Kertas kerja dibentangkan di Conference Paper Keningau, September 2015.
Huang, J. X & Zanaton Iksan. (2019). Kefahaman Guru Sekolah Rendah Daerah Pekan Terhadap Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). International Journal of Modern Education, 1(2), 1-12.
Ghuzairy Hanri & Mohammad Yusoff Arshad (2013). Ke Arah Pendidikan Yang Lebih Berkualiti: Pengamalan Pengajaran Guru Kimia Dalam Menggalakkan Kreativiti. International Seminar on Quality and Affordable Education, Johor Bahru.
Nursafra Mohd Zhaffar, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. (2017). Elemen Pemikiran Kritis Dalam Konteks Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J),1(2), 92-101.
Masyuniza Yunos. (2015) . Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 22-30
Masyuniza Yunos & Zamri Mahamod. (2013). Penyepaduan Kemahiran Abad Ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. In Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Pertama, 2013.
Mohd Yusoff Dagang. (2016). Amalan Kreativiti Pengajaran Guru Pendidikan Islam Di Sekolah-Sekolah Negeri Johor. Tesis Doktor Falsafah Pendidikan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Muhammad Sabri Sahrir, Nurulhuda Osman & Ilyani Syuham Muhammad. (2020). Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelajar Sarjana Mod Pengajian Pendidikan Bahasa Arab Cuti Sekolah UIAM. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL), 2(1), 12-22.
Novitasari, A.T.(2015). Pengembangan Pemikiran Kritis Dan Kreatif Dalam Pembelajaran Ekonomi Dengan Model Pembelajaran Contextual Teaching And Learning. In Prosiding Seminar Nasional.
Partnership for 21st Century. (2012). P21 Framework Definitons. Dipetik daripada https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED519462.pdf (19 Jun 2020)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2013). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Raja Abdullah & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45-65.
Ravitz, J. (2014). A Survey For Measuring 21st Century Teaching And Learning: West Virginia 21st Century Teaching And Learning Survey [WVDE-CIS-28]. Charleston, WV: Division of Teaching and Learning, Office of Research, West Virginia Department of Education.
Roekel, D. Van. (2017). Preparing 21st century students for a global society. Washington, DC: National Education Association. Retrieved from http://www.nea.org/assets/docs/A-Guide-to-Four-Cs.pdf (19 Jun 2020)
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad Zohir Ahmad. (2017). Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad Ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Integrated Model of Infusing 21st Century Skills in Teaching and Learning). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 42(1), 1-11.
Rohani Seman, Amani Dahaman & Norhayati Yahaya. (2019). Pembelajaran Abad Ke-21, Amalan 4K 1N Berasaskan Modul MJSASFC Dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Zon Utara. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikanq di Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, KUIS, 29 Ogos 2019.
Rozita Radhiah Said, Mohammad Brahim & Azhar Md Sabil. (2016). Bimbingan Dan Pementoran Berfokus Oleh Sisc+ Bm: Impak Terhadap Kualiti Pengajaran Guru Bahasa Melayu Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Samarahan, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education) 41(2), 131-139.
Sucia, V. (2016). Pengaruh Komunikasi Guru Terhadap Motivasi Belajar Siswa. Jurnal Komuniti,8(2), 112-126.
Tay, M. G. (2013). Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Semasa Praktikum. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 11, 1-17.
Vangrieken, K., Dochy, F., Raes, E., & Kyndt, E. (2015). Teacher Collaboration: A Systematic Review. Educational Research Review, 15, 17–40, https://doi.org/10.1016/j.edurev.2015.04.002