Hubungan antara Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Kecergasan Fizikal Semasa Pandemik COVID-19 dalam kalangan Pelajar Kolej Profesional MARA
Abstract
Penglibatan aktiviti fizikal yang sistematik dan secara berterusan memberikan banyak manfaat ke atas kecergasan fizikal dan kesihatan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal semasa pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar Kolej Profesional MARA (KPM). Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar KPM di 6 buah KPM di Malaysia. Kaedah penentuan sampel adalah menggunakan jadual penentuan sampel Krecjie dan Morgan (1970) dan menggunakan kaedah pensampelan berstrata. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik Physical Activity and Lifestyle Questionnaire (PAL-Q) dan penilaian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Dapatan menunjukkan bahawa 190 orang adalah lelaki dan 316 orang adalah perempuan. Dapatan berkaitan dengan aktiviti fizikal menunjukkan bahawa min aktiviti TPA pelajar adalah 2,023.93 minit/minggu dengan penggunaan tenaga 374.77 kcal/minggu dan diklasifikasikan tidak aktif iaitu 88.7% berbanding 11.3% yang aktif. Bagi aktiviti MPA, min masa penglibatan adalah 1,666.19 minit/minggu. Min masa penglibatan aktiviti VPA adalah 357.75 minit/minggu. Bagi tahap kecergasan fizikal, dapatan menunjukkan tahap kecergasan fizikal tertinggi bagi ujian naik turun bangku 3 minit (NTB3M) adalah sederhana atas (19.8%), VO2max adalah cemerlang (39.1%), genggaman tangan (GT) adalah sangat tidak cergas (24.3%), lompatan jauh berdiri (LJB) adalah sangat tidak cergas (70.2%), dan fleksibiliti adalah sangat cergas (65.4%). Aktiviti TPA mempunyai hubungan yang sangat lemah yang signifikan antara NTB3M (r = 0.132; p = 0.003), VO2max (r = 0.129; p = 0.004), dan LJB (r = 0.173; p = 0.0001). Penglibatan aktiviti fizikal mempunyai hubungan dengan tahap kecergasan fizikal. Oleh itu, pelajar haruslah melakukan aktiviti fizikal secara sistematik dan berterusan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan fizikal.
References
Juhaizad Abdul Jalil & Mohd Radzani Abdul Razak (2020). Motivasi dan Penglibatan Aktiviti
Fizikal dalam Kalangan Staf Kolej Universiti Widad di Kuantan Pahang. Fakulti Pengajian Sukan Kolej Universiti Widad Kuantan & Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor.
Krecjie, R.V., Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30: 607-610.
Lim Khong Chiu, Khor Poy Hua, Radzliyana Radzuwan (2015). Pengenalpastian Faktor Psikologi yang Menentukan Penglibatan Pelajar Universiti Awam Tempatan dalam Aktiviti Fizikal Masa Senggang. Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar Universiti Utara Malaysia.
Liza Mohd Alias, Mohd Radzani Abdul Razak & Erwan Ismail (2020). Tahap Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah Rendah Di Kawasan Tangga Batu, Melaka. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya (2008). Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Nooraini Binti Md Fadzlillah (2004). Kajian Perbandingan Tahap Kecergasan Fizikal Atlit Sofbol Wanita Universiti Teknologi Malaysia Sebelum Dan Selepas Menjalani Program Latihan Bagi Menghadapi Sukan Antara Universiti ( Masum ) 2003. Universiti Teknologi Malaysia.
Paffenbarger, R. S., Hyde, R. T., & Ann Dow (1991). Health benefits of physical activity. In B.L. Driver., P.J. Brown., & Peterson (Eds.), Benefits of leisure (hal. 49-58). State College, Pennsylvania: Venture Publishing, Inc
Rubiah Ismail (1993). Satu Kajian Tentang Status Penglibatan Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Mahasiswi Dalam Aktiviti Fizikal. Tesis sarjana pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Syed Lamsah bin Syed Chear, Mohd Imran bin Mohd & Sareena Hanim Hamzah (2018). Kepentingan Aktiviti Fizikal Dalam Membina Personaliti Dan Meningkatkan Prestasi Akademik. Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor, Malaysia, Kolej Universiti KPJ, Nilai, Negeri Sembilan 3Pusat Sukan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Tuxworth, W., Nevill, A.M., White, C., Jenkins, C. (1986). Health, Fitness Physical Activity and Morbidity of Middle Aged Male Factory Workers. British Journal of Industrial Medicine, 43 (11): 733-753.