Tahap Kesediaan Dan Keperluan Latihan Guru Dan Hubungannya Dengan Kemampuan Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21

  • Cecilia Kong Pick Chien
  • Mohamed Yusoff Mohd Nor

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PdP Abad Ke-21 di bilik darjah dan tahap keperluan latihan guru untuk menambahbaik dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pelaksanaan PAK21 ini. Selain itu, kajian ini akan meninjau sejauh mana kemampuan guru-guru melaksanakan PdP Abad-21 di bilik darjah. Berdasarkan kajian lepas, didapati bahawa guru bersedia melaksanakan PAK21 tetapi kurangnya pengetahuan dan pemahaman tentang PAK21 telah membataskan pelaksanaannya di sekolah. Penggunaan elemen PAK21 juga kurang disebabkan kurangnya keyakinan dalam menggunakan ICT di bilik darjah. Dapatan kajian lepas tentang keperluan latihan guru telah menyokong kepada penambahbaikan pembangunan profesional guru dalam usaha melaksanakan PAK21 dengan lebih berkesan di sekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru (min= 3.84, S.P= 0.51) dan keperluan latihan guru (min= 3.63, S.P= 0.69) terhadap pelaksanaan PAK21 masing-masing adalah pada tahap sederhana tinggi. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan tahap kesediaan dan keperluan latihan guru yang signifikan terhadap kemampuan pelaksanaan PdP Abad Ke-21, iaitu pada r= 0.831. Ini menunjukkan bahawa kesediaan dan keperluan latihan guru mempunyai hubungan yang positif dan kuat dengan kemampuan melaksanakan PAK21 di Daerah Song. Kesimpulannya, guru memerlukan latihan dan bimbingan daripada tenaga pakar untuk meningkatkan dan memantapkan pengetahuan sedia ada tentang pelaksanaan PAK21 agar mereka mampu melaksanakan PAK21 yang boleh meningkatkan kemahiran dan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, pihak PPD dan pihak sekolah boleh mengambil tindakan yang seterusnya sebagai usaha dalam meningkatkan dan memantapkan lagi pelaksanaan PAK21 di sekolah.

References

Abdullah A.H. (2017). Kesediaan Guru Matematik Sekolah Menengah dalam Melaksanakan Proses Pembelajaran dan Pengajaran Abad Ke-21. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysi, Johor Bahru
Almerich G., Suarez J.M., Belloch C. & Bo R.M. (2011). Training Needs of Teachers in ICT: Training Profiles and Element of Complexity. RELIEVE 17(2):1-27
Chua Y.P. (2013). Research Statistics: Data Analysis for Survey Research, Book 3 (2nd Edition). McGraw-Hill Education, Shah Alam.
Goh P.S.C. & Blake D. (2015). Teacher Preparation in Malaysia: Needed Changes. Teaching in Higher Education 20(5): 469-480
Ibrahim N. & Dalim S.F., Sueb R. & Adzra’ai A. (2019). Trainee Teachers’ Readiness Towards 21st Century Teaching Practices 15:110-120
Julaihi N.H. & Hamdan A. (2020). Malaysian Secondary School Teachers’ Readiness in Implementiong 21st Century Learning (PAK21). DEStech Transactions on Social Science, Education and Human Science.
Kazmi S.F., Pervez T. & Mumtaz S. (2011). In-Service Teacher Training in Pakistani Schools and Total Quality Management (TQM). Interdisciplinary Journal of Contemporary Research in Business 2: 238-248.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia: Putrajaya
Krejcie R.V. & Morgan D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement 30: 607-610
Leedy P.D. (1993). Practical Research: Planning and Design. 5th Ed. New York: Mackmillan Publishing Company.
Mahamod Z. (2011). Memperkasakan Guru, Mempercekap Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Abad Ke-21. Prosiding Seminar Bahasa Melayu Singapura, 1-30. Singapura: Pusat Bahasa Melayu Singapura
Mohamad A.R. (1996). Staff Development: Creating a Learning Culture. Jurnal Pendidikan Gerak 8.
Nunnally J.C. & Bernstein I.H. (1994). Psychometric Theory 3rd Edition. New York: Mc.Graw-Hill Inc.
Obidike N. (2017). Factor Affecting Teacher Quality Practices in Primary Schools in Awka Educational Zone, Anambra State. African Journal of Teacher Education 5(1): 42-56
Osman B.H.A. & Basar M.N. (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi 10: 1-25
Puteh M., Ibrahim M.H., Adnan M., Che Ahmad C.N. & Mohamed N. (2012). Thermal Comfort in Classroom: Constraints and Issues. Procedia Social and Behavioral Sciences Journal 46: 1834-1838.
Rusdin N.M. (2018). Teachers’ Readiness in Implementing 21st Century Learning. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 8(4): 1293-1306
Salehudin N.N., Hassan N.H. & Hamid N.A.A (2015). Matematik dan Kemahiran Abad Ke-21: Perspektif Pelajar. Jurnal Pendidikan Matematik 3(1): 24-36
Salleh M.F.M., Kassim K.A., Ismail M.H. & Abdullah N. (2015). The Exploration of Malaysian Pre-Service Science Teachers’ Knowledge of Sustainable Development. Advanced Science Letters 21(7): 2504-2508
Sujarweni V.W. (2014). Metodologi Penelitian. Pustaka Baru Press, Yogyakarta.
Taherdoost H. (2016). Sampling Methods in Research Methodology: How to Choose a Sampling Technique for Research. International Journal of Advance Research in Management 5(2): 18-27
Tuncel Z.A. & Cobanoglu F. (2018). In-Service Teacher Training: Problems of the Teachers as Learners. International Journal of Instruction 11: 159-174
Yunos M. (2015). Hubungan Sikap dan Persepsi pelajar terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dengan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 5(2): 22-30
Published
2020-12-31
How to Cite
PICK CHIEN, Cecilia Kong; MOHD NOR, Mohamed Yusoff. Tahap Kesediaan Dan Keperluan Latihan Guru Dan Hubungannya Dengan Kemampuan Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 4, p. 142-152, dec. 2020. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/11849>. Date accessed: 13 aug. 2022.
Section
Articles