Penerimaan Aplikasi Mudah Alih iHUB Bagi Kursus DPL6043 Dan DPL20023, Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang

  • Abdul Aziz Ishak
  • Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat
  • Rosmizar Mohd Rosli

Abstract

Pelaksanaan pembelajaran mudah alih (m-pembelajaran) di dalam kelas semakin meningkat dari tahun ke tahun. Penggunaan pembelajaran teknologi tanpa wayar ini tidak membataskan capaian maklumat walau dimana jua berada. M-pembelajaran juga memberi daya tarikan yang lebih menarik dengan adanya fungsi audio dan video yang boleh dilayari secara terus berbanding dengan kaedah konvensional.  Walaupun terdapat penggunaan platform CIDOS sebagai medium e-pembelajaran utama di Politeknik Malaysia namun, ia masih menerima pelbagai persepsi terhadap implementasinya. Pelaksanaan pembelajaran secara m-pembelajaran dalam kalangan pelajar politeknik terutamanya jurusan logistik dan rangkaian bekalan masih kurang.  Justeru itu, satu kajian deskriptif bertujuan bagi meninjau penerimaan aplikasi mudah alih sebagai platform pembelajaran sokongan dalam kursus DPL6043 Operasi Pengurusan Pelabuhan dan DPL20023 Prinsip dan Amalan Pengangkutan bagi pelajar semester 4 dan 2 Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS), Politeknik Seberang Perai dijalankan. Kajian ini juga melihat tahap penerimaan platform CIDOS yang sedang digunakan sebagai medium e-pembelajaran utama dan tahap penerimaan aplikasi mudah alih iHUB yang dibangunkan sebagai medium e-pembelajaran sokongan dalam kelas. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan deskriptif ini melibatkan seramai 134 orang pelajar sebagai sampel dan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science versi 25.0 bagi menganalisa data yang diperolehi. Hasil analisis statistik deskriptif mendapati bahawa tahap penerimaan CIDOS dan iHUB adalah tinggi dengan nilai min penerimaan CIDOS 3.76 dan nilai min penerimaan iHUB adalah 3.99. Manakala, ujian Korelasi Pearson di antara penerimaan CIDOS dan penerimaan iHUB pula menunjukkan terdapat korelasi signifikan pada tahap sederhana dengan nilai 0.634. Secara keseluruhannya, penerimaan terhadap CIDOS adalah tinggi kerana didasari oleh kemampuan dan kemahiran pelajar serta dorongan dari pensyarah dalam menggunakannya.  Manakala, penerimaan terhadap iHUB juga adalah tinggi kerana kecirian aksesbiliti, mobiliti dan mesra pengguna. Secara tidak langsung kedua-duanya mempunyai hubungan dalam membantu pembangunan pembelajaran dalam konteks e-pembelajaran.

References

Agatha, F., & Muhamad Suhaimi , T. (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Institut. Jurnal Penyelidikan IPGK BL, 1-14.
Brown, T. (2005). Towards a Model for m-Learning in Africa. International JI. on E-Learning, 299-315
CeLT. (2020). Center For Learning And Teaching. Retrieved from cidos.edu.my: http://cidos.edu.my/
Chua, Y. (2012). Asas Statistik Penyelidikan Edisi Kedua. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Derakhsan, N. (2009). Student and Faculty Perceptions Of The Feautures Of Mobile Learning Management Systems In The context Of Higher Education. Cyberjaya: MultiMedia University.
Elangkumaran, D. (2009). Hubungan antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan komitmen kerja dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di zon Tanjung Karang. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. W. (2008). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications. New Jersey: Prentice Hall.
Goksu, I., & Atici, B. (2013). Need For Mobile Learning: Technologies and Opportunities. Social and Behavioral Sciences, 685-694.
Hasnida, I., Elyn, M. R., & Hamdan, Z. (2019). Transformasi Pendidikan: Isu dan Cabaran Pendidikan Abad Ke 21 Melalui e-Pembelajaran CIDOS di Politeknik. Conference on Global Education VII, (pp. 357 - 367). Padang Sumatera Barat.
Jamalluddin, H., & Nor Elina, T. (2013). Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Menggunakan Pendekatan Inkuiri Berpandukan Model Webquest Bagi Topik Asas Reka bentuk Laman Web.
Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Krejcie, R.V & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities. Education and Phychological Measurement, 30: 607- 610.
Nafisah , H., Aniza, T., & Mohamad Hafiz, A. (2012). Kajian Persepsi Pelajar Semester Satu Terhadap Pembelajaran Atas Talian. Kolokium dan Seminar PSAS 2012, (pp. 1-15). Tanjung Malim.
Noor, A., & Lilia , H. (2002). Reka Bentuk Dan Keberkesanan Pembelajaran Berantu Multimedia Pndekatan Konstruktivisme bagi sains KBSM. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia , 19-38.
Noraffandy , Y., & Ling , N. N. (2011). Kesediaan Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia - Satu Tinjauan. Jurnal of Educational Social Science, 121-140.
Norfadzilah, M. (2016). Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Curriculum Information Document Online System (CIDOS) Dalam Memperkasakan Pengajaran Pensyarah Di Politeknik. Johor: Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Rubiah, O., & Jamilah, H. (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik. Journal Pendidikan Malaysia,
Saifudeen, S. (2002). Sistem Multimedia . Universiti Teknologi Malaysia .
Shah Rulbani, Z., Mohd Isa, H., & Khadijah, A. R. (2017). Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Zon Selatan. Tinta Atikulasi Membina Ummah 3(1), (pp. 29-41).
Shakirah , M., Nur Aisya, I. M., Helyawati , B., & Farhana , A. A. (2018). Tahap Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar terhadap Pembelajaran Aplikasi Mudah Alih Basic Mandarin Languange. 4th International Conference on Information Technology & Society.
Singh, G., O'Donoghue, J., & Worton, H. (2005). A study Into The Effects Of eLearning on Higher Education. Journal of University Teaching &Learning Practice.
Sung, Y. T., Chang, K. E., & Liu, T. C. (2015). The Effects of Integrating Mobile Devices With Teaching and Learning Performance: A Meta-analysis and Research Synthesis. Computer & Education, 252-275.
Traxler, J. (2007). Defining, Discussing, and Evaluating Mobile Learning: The Moving Finger and Having Writ. International Review of Research in Open and Distance Learning Vol 8. No 2.
Zahiah, K., & Abdul Razaq, A. (2010). E-Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. Regional Conference on Knowledge Integration (pp. 209-210). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Published
2020-12-31
How to Cite
ISHAK, Abdul Aziz; AHMAD TALAAT, Aida Zuraina Mir; MOHD ROSLI, Rosmizar. Penerimaan Aplikasi Mudah Alih iHUB Bagi Kursus DPL6043 Dan DPL20023, Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 4, p. 128-141, dec. 2020. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/11848>. Date accessed: 15 aug. 2022.
Section
Articles