Pembentukan Kemahiran Insaniah Menerusi Program Pembelajaran Berintegrasikan Kerja
Abstract
Kemahiran insaniah adalah kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam mengembangkan potensi dan keyakinan diri. Pembangunan kemahiran insaniah dalam diri pelajar dapat dibentuk melalui pelbagai kaedah pembelajaran sama ada aktiviti di dalam bilik kuliah atau di luar kuliah. Salah satu daripadanya adalah pembelajaran menerusi Work Integrated Learning (WIL) yang dilaksanakan di Politeknik Malaysia bersama institusi pendidikan antarabangsa dari Australia dan Amerika Syarikat. Kaedah pembelajaran ini mempunyai cabarannya yang tersendiri antaranya ialah perbezaan latar belakang, bahasa, dan budaya. Justeru itu, satu kajian bagi mengenalpasti tahap dan hubungan antara elemen kemahiran insaniah yang merangkumi kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan kemahiran kerja berpasukan dijalankan. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 66 orang pelajar sebagai sampel dan menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan maklum balas. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science versi 25.0. Hasil analisis deskriptif mendapati kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis merupakan elemen kemahiran insaniah yang paling dominan dengan nilai skor min tertinggi iaitu 3.71. Manakala kemahiran berkomunikasi pula dengan nilai min 3.55 merupakan nilai skor min terendah. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat korelasi signifikan yang kuat antara kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan kemahiran berkomunikasi. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini dapat membantu menambahbaik pembangunan program WIL. Usaha berterusan harus dilakukan dengan menerapkan pelbagai teknik dan kaedah bagi memastikan keberkesanan program dan pengembangan pelajar yang lebih kompeten di peringkat antarabangsa.
References
Abdul Aziz , Y., & Rosli , M. (2013). Kemahiran Komunikasi Untuk Pengurus. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Ag.Basir, D., Mohd Mokhtar, R., Putung, S., & Ationg, R. (2011). Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah (CTPS) Dalam Pembelajaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS): Respon Pelajar Program Khas Pengijazahan Guru Besar (PKPGB) UMS. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Lestari“merekayasa Pendidikan Lestari Untuk Pembangunan Pendidikan, (pp. 1-11). Sabah.
Bolstad, R. (2011). Taking a "future focus" in education—what does it mean? Wellington: NZER.
Capsim. (2020). Challenges of Effective Soft Skill Assessment. Retrieved from www.capsim.com: https://www.capsim.com/blog/challenges-of-soft-skill-assessment/
CEWIL Canada. (2020). Retrieved from What is WIL?: https://www.cewilcanada.ca /WhatisWIL.html
Cimatti, B. (2016). Definition, Development, Assesment of Soft Skills and The Role For The Quality of Organizations and Entreprises. International Journal for Quality Research 10(1), 97-130.
Cohen , L., Manion, L., & Morrison , K. (2007). Research Methods in Education. Routledge.
Chua, Y. (2012). Asas Statistik Penyelidikan Edisi Kedua. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Delecta Jenifer, R., & Raman, D. G. (2015). Cross Cultural Communication Barriers in Workplace. International Journal Of Management (IJM).
Eisenchlas, S., & Trevaskes, S. (2007). Developing Intercultural Communication Skills through Intergroup Interaction. Intercultural Education, 1-26.
Elias , F., Hamzah, M., & Abdul Razak, K. (2019). Elements of Thinking in Teaching Student-Centered Learning on Faith: A Case Study. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 34-50
Ferns, S., Campbell, M., & Zegwaard, K. (2014). Work Integrated Learning. Milperra, NSW Australia: Higher Education Research and Development Society of Australia (HERDSA Inc).
Idris, R., Ariffin, S., & Mohd Ishak, N. (2009). Pengaruh Kemahiran Generik dalam Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Komunikasi Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), 103 - 140.
Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kim, M.-R., & Han, S.-J. (2016). Critical Thinking and Communication Skills in Nursing Students. Advanced Science and Technology Letters, 33-37.
Krejcie, R.V & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities. Education and Phychological Measurement, 30: 607- 610.
Maizan, M. (2016). Enhancing English Proficiency among Polytechnics Students: Promoting Autonomous Learning. Journal of Applied Environmental Journal of Applied Environmental, 49-58.
Marina, A. (2011). Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . Jurnal Teknologi, 45 - 55.
Mashitah , S., Hj Mat, Z., Faridah, C., Adibah, S., Mohd Azmir, M., & Latifah, A. (2017). The Impact of Teamwork Skills on Students in Malaysian Public Universities., (pp. 1-9).
Mat, N., Noordin, M., Abdullah, N., Muslim, N., & Alias, J. (2017). Pembentukan Kemahiran Insaniah Pelajar melalui Badan Beruniform di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar 20, 33 - 46.
Mittelmeier, J., Rienties, B., Tempelaar, D., Hillaire, G., & Whitelock, D. (2017). The influence of internationalised versus local content on online intercultural collaboration in groups: A randomised control trial study in a statistics course. Computers & Education, 1-21.
Murray, M. (2003). Managing teamwork online. 1-14.
Mustapha, R., Husain, M., Mokhtar, S., Abu Bakar, E., & Safian, M. (2011). Kemahiran ‘Employability’ Dari Perspektif Pelajar Kejuruteraan. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (CIE-TVT 2011), 1-12.
Norazila , M., Muhammad Syafiq, N., Nur Atiqah, A., Nazri , M., & Jamsari , A. (2017). Pembentukan Kemahiran Insaniah Pelajar melalui Badan Beruniform di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar 20 (2017), 33- 46.
Rodzalan, S., & Mohamed Saat, M. (2015). The Perception of Critical Thinking and Problem Solving Skill among Malaysian Undergraduate Students. Global Conference on Business & Social Science-2014, (pp. 725 – 732).
Sanyal, S., & Hisam, M. W. (2018). The Impact of Teamwork on Work Performance Employees: A study of Faculty Members in Dhofar University. IOSR Journal of Business and Management (IOSR-JBM) Vol 20 Issue 3 Ver. 1 , 15-22.
Scarnati, J. T. (2001). On Becoming a Team Player. Team Performance Management: An International Journal Vol 7 (1/20, 5.
Siti Halijah , N., & Mohd Faizal , J. (2018). Hubungan Di Antara Kemahiran Kerja Berpasukan Dan Kemahiran Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar Semester Akhir Politeknik. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 1-18
Snape, P. (2017). Enduring Learning: Integrating C21st Soft Skills Through Technology Education. Design and Technology Education: An International Journal, 1-13.
Sternberg , R. J. (1986). Critical Thinking: Its Nature, Measurement, and Improvement. Retrieved from https://eric.ed.gov/: https://eric.ed.gov/?id=ED272882
Tarricone, P., & Luca , J. (2002). Succesful Teamwork: A Case Study. 25th HERDSA Annual conference (pp. 640 - 641). Milperra : Higher Education Research and Development Society of Australia, Inc.
Yahya, B., & Muhamad Shahabudin , H. (2010). Kemahiran Komunikasi Dalam Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar. Satu Tinjauan Di Kalangan Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: http://eprints.utm.my/10998/
Yavuz, F., & Celik, O. (2017). The importance of listening in communication. Global Journal