Pembelajaran atas Talian: Tinjauan terhadap Kesediaan dan Motivasi dalam kalangan pelajar Diploma Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang

  • Abdul Aziz Ishak
  • Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat

Abstract

Landskap pendidikan dari sudut pengajaran dan pembelajaran telah berubah ekoran dari pandemik Covid-19. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya berteraskan kepada pembelajaran secara bersemuka telah digantikan dengan kaedah atas talian sepenuhnya. Ini adalah bagi memastikan agenda pembangunan pendidikan sentiasa berterusan dalam membina warga yang berpengetahuan terus berjalan dan tidak terencat. Justeru itu, satu kajian deskriptif bertujuan bagi meninjau pembelajaran atas talian pelajar semester 1 hingga semester 5 Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS), Politeknik Seberang Perai telah dijalankan. Kajian kuantitatif ini juga bertujuan bagi mengenalpasti tahap serta hubungan antara faktor kesediaan dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran atas talian. Sampel kajian ini melibatkan 312 orang responden dan menggunakan instrumen soal selidik dalam mendapatkan maklum balas. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 digunakan bagi mengira min, sisihan piawai, frekuensi, peratusan, dan korelasi. Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa faktor kesediaan dan motivasi masing-masing berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.14 dan 2.91. Hasil analisis ujian Korelasi Pearson pula mendapati terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara kesediaan pelajar dan pembelajaran atas talian dengan nilai korelasi 0.690. Manakala hubungan antara motivasi pelajar dan pembelajaran atas talian pula mendapati wujud hubungan signifikan yang kuat dengan nilai korelasi 0.813.  Kesimpulannya, walaupun pelajar adalah bersedia dari sudut kesediaan dan mempunyai motivasi yang baik dalam menerima konsep pembelajaran atas talian, namun terdapat beberapa faktor yang harus diperhalusi agar tidak berlaku kerencatan dalam proses penyampaian pengetahuan iaitu dari sudut penyesuaian diri secara keseluruhan dalam konteks pembelajaran atas talian kerana pergantungan terhadap pembelajaran secara bersemuka masih lagi diperlukan.

References

A.Santha. (2002). Penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid India Tahun 5 di SJK(T) Jasin, Melaka. Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Ahmad Johari , S., & Norbaizura , S. (2010). Perlaksanaan E-Pembelajaran Dikalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Ahmad Khairuddin , M., Haikal Anuar, A., Daniella , M., Najwa Afiqa , R., & Nazuha , S. (2018). Kefungsian Keluarga Dan Perkaitannya Dengan Motivasi Pencapaian: Satu Kajian Di Kementerian Sumber Manusia. Jurnal Psikologi Malaysia, 1-13.
BH Online. (2020, Mei 16). COVID-19: Pendidikan menerusi dunia maya cabaran baharu buat guru. Retrieved from BH Online: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan-menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru
Cohen , L., Manion, L., & Morrison , K. (2007). Research Methods in Education. Routledge.
Chua, Y. (2012). Asas Statistik Penyelidikan Edisi Kedua. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Elangkumaran, D. (2009). Hubungan antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan komitmen kerja dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di zon Tanjung Karang. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Evelyn , K., & Dennis , K. (2007). An Investigation of Students Attitude and Motivation toward Online Learning. Student Motivation, 70-80.
Faridah , C., & Afham Zulhusmi, A. (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Principles of Marketing. ONLINE JOURNAL FOR TVET PRACTITIONERS, 1-11.
Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. W. (2008). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications. New Jersey: Prentice Hall.
Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Karen, C., Fran, B., & Daniel, P. (2010). The relationship between motivation, learning strategies and choice of environment whether traditional or including an online component. British Journal of Educational Technology, 349–364.
Kui Xie, Vance, D., & Ling, L. (2011). Relationship between Students’ Motivation and their Participation in Asynchronous Online Discussions. Journal of Online Learning and Teaching, 17 - 29.
Krejcie, R.V & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities. Education and Phychological Measurement, 30: 607- 610.
M. Kaviza. (2020). Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom Sebagai Platform Pembelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 108-115.
Mohd Zulhasnan, M., Fadli, B., & Sharifuddin, R. (2019). Kesediaan Pelajar dalam M-Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Kolej Komuniti Tawau, Sabah. Journal of Life Long Learning, 103-111.
Nirfayanti, & Nurbaeti. (2019). Pengaruh Media Pembelajaran Google Classroom Dalam Pembelajaran Analisis Real Terhadap Motivasi Belajar Mahasiswa. Jurnal Penelitian Matematika Dan Pendidikan Matematika, 50-59.
Norasyikin, O., & Mohd Isa, H. (2016). Hubungan Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran Berasaskan Blended Learning Berdasarkan Jantina Dan Program. Jurnalkurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1-9.
Norliza, A. (2013). Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) Untuk Tujuan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan UTHM.
Rossyahida, A., & Mohamad Hisyam, M. (2011). M-Pembelajaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV) Di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional, 1-11.
Syed Lamsah, S., & Muhammad Yusoff, M. (2020). Intervensi Pembelajaran di Portal e-Pembelajaran Melalui Aplikasi Whatsapp dan Telegram Berdasarkan Model Lima Fasa Needham. Evaluation Studies in Social Sciences, 11-27.
Published
2020-12-31
How to Cite
ISHAK, Abdul Aziz; AHMAD TALAAT, Aida Zuraina Mir. Pembelajaran atas Talian: Tinjauan terhadap Kesediaan dan Motivasi dalam kalangan pelajar Diploma Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 4, p. 68-82, dec. 2020. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/11772>. Date accessed: 13 aug. 2022.
Section
Articles