Medium Pembelajaran Sokongan: Kesediaan Pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan terhadap Penggunaan Aplikasi iHUB

  • Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat
  • Abdul Aziz Ishak
  • Rosmizar Mohd Rosli

Abstract

iHUB merupakan satu aplikasi mudah alih bersepadu yang dibangunkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para pelajar dalam bidang logistik, rangkaian bekalan, perkapalan, pengangkutan dan operasi pengurusan pelabuhan khususnya untuk pelajar DPL6043 Operasi Pengurusan Pelabuhan dan DPL20023 Prinsip dan Amalan Pengangkutan, Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan Politeknik Seberang Perai. Aplikasi iHUB berperanan sebagai pusat sehenti (hub) yang bertujuan bagi mengumpul dan menyatukan elemen – elemen pengetahuan penting dalam bidang logistik. Justeru itu, satu kajian deskriptif dijalankan bagi melihat tahap pengetahuan dan motivasi pelajar terhadap kesediaan pelajar menggunakan aplikasi iHUB sebagai platform medium pembelajaran sokongan. Kajian ini melibatkan seramai 184 orang pelajar dan borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklum balas. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil analisis mendapati tahap pengetahuan (3.46), motivasi (3.25) dan kesediaan (3.36) pelajar terhadap penggunaan aplikasi iHUB berada pada tahap yang sederhana.   Hasil analisis Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapati hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kesediaan pelajar (r=0.814, p<0.05) serta motivasi dan kesediaan pelajar (r=0.763, p<0.05). Dapatan ini menunjukkan pengetahuan dan motivasi mempunyai pengaruh positif terhadap kesediaan pelajar dimana pelajar bersedia menggunakan aplikasi iHUB sebagai platform medium pembelajaran sokongan dalam meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mereka. Hasil dapatan ini juga dapat membantu para pensyarah dalam memilih kaedah pembelajaran yang sesuai agar dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar bagi sesuatu topik.

References

Published
2020-12-31
How to Cite
AHMAD TALAAT, Aida Zuraina Mir; ISHAK, Abdul Aziz; MOHD ROSLI, Rosmizar. Medium Pembelajaran Sokongan: Kesediaan Pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan terhadap Penggunaan Aplikasi iHUB. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 4, p. 54-67, dec. 2020. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/11771>. Date accessed: 01 oct. 2022.
Section
Articles