Kajian Persepsi Pensyarah Politeknik Terhadap Pembinaan Item Penilaian
Abstract
Pentaksiran merupakan suatu proses pengukuran, pengujian dan penilaian hasil pembelajaran untuk menentukan pencapaian dan kemajuan pelajar. Proses ini dilakukan melalui pembinaan item penilaian yang dihasilkan oleh pensyarah. Namun, terdapat kekangan daripada pensyarah untuk menghasilkan item-item yang berkualiti. Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap penerimaan dan persepsi pensyarah terhadap kesediaan dan pengetahuan dalam aspek pembinaan item penilaian. Kajian dijalankan melalui kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Responden kajian ini terdiri daripada 93 orang pensyarah dari tiga buah politeknik terpilih yang melibatkan lima program pengajian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) 25 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai dan skor min. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan pengetahuan pensyarah terhadap pembinaan item penilaian adalah pada tahap tinggi. Kajian ini juga menemukan beberapa cadangan bagi mempertingkatkan kualiti item penilaian yang dihasilkan oleh pensyarah.
References
Afinde Othman (2016). Pengetahuan, Kemahiran dan Amalan Guru Membina Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Instrumen Pentaksiran Pembelajaran. Disertasi. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Ana Hafizan Daud (2012). Pelaksanaan Penilaian Bilik Darjah Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru. Disertasi. Universiti Teknologi Malaysia.
Aqilah Huddin, W.M. Diyana W. Zaki, Aini Hussain, Hafizah Husain dan Nor Fadzilah Abdullah (2008). Perlaksanaan Penggunaan Taksonomi Bloom Bagi Mengukur Kesesuaian Tahap dan Menjamin Keberkesanan Outcome Kursus. Seminar on Engineering Education & Built Environment (PeKA2008).
Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Bahagian Peperiksaan dan Penilaian. Garis Panduan. Diperolehi pada 30 September 2020. http://www.mypolycc.edu.my/index.php/muat-turun/garis-panduan-c/bahagian-peperiksaan-dan-penilaian/category/56-politeknik
Baharin Abu & Siti Nurfariza Mohd Said (2010). Tahap Pengetahuan Membina Item Aneka Pilihan Dalam Kalangan Guru Pelatih Teknik dan Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Brown, G., Bull, J. & Pendlebury, M. (1997). Assessing Student Learning in Higher Education. London: Routledge.
Institut Pendidikan Guru Malaysia (2019). Buku Panduan Pentaksiran. Selangor.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Kuala Lumpur.
Mohd Azran Mohd Salleh & Siti Nurul Mahfuzah binti Mohamad (2014). Persepsi Pensyarah Terhadap Pembinaan Item Soalan di Kolej Komuniti. Persidangan Eduresearch.
Nadiah Abu Bakar & Mohd Mokhtar Tahar (2019). Competency Level of Special Education Integration Program Teachers in Conducting Assessment on Students with Learning Disabilities. Journal of ICSAR.
Nor Hayati Ismail (2003). Satu Tinjauan Terhadap Tahap Pengetahuan Guru-Guru Teknikal di Tiga Buah Sekolah Teknik Tentang Pembinaan Item Subjektif. Disertasi. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Rohaya Talib & Mohd Najib Abd Ghafar (2008). Pembinaan dan Pengesahan Instrumen bagi Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Seminar Penyelidikan Pasca Ijazah 2008. 25 -27 November 2008. Universiti Teknologi Malaysia.
Shaliza Amira Sarif & Nuraishahtul Akmar Kamaruddin (2016). Kajian Terhadap Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) di Dalam Kurikulum Kolej Komuniti Malaysia. Seminar Pentaksiran dan Penilaian Kolej Komuniti. Kolej Komuniti Selandar, Melaka.