Ciri-Ciri Pengetua Guru Besar (PGB) Unggul

  • Muzzafar Malek
  • Jamalullail Abdul Wahab

Abstract

Pemimpin yang unggul adalah merupakan pemimpin yang dijadikan contoh oleh segenap lapisan masyarakat bagi mendapatkan hasil maksimum terhadap sesuatu yang ingin dikecapi. Pendidikan merupakan perkara yang sangat penting kerana ianya adalah merupakan panduan hidup seseorang ke arah yang lebih baik, bermutu serta berkualiti. Bagi menghasilkan pelajar yang berketrampilan adalah amat perlu bagi sesebuah sekolah tidak kira samaada sekolah rendah ataupun menengah dikendalikan ataupun dikelolakan oleh seorang pemimpin unggul yang boleh dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar untuk terus berjaya dan akhirnya berjasa kepada diri sendiri, keluarga dan Negara. Oleh yang demikian adalah amat penting bagi seseorang pemimpin terutamanya warga pendidik di sekolah rendah dan menengah mempunyai ciri-ciri unggul sebagai seorang Pengetua dan Guru Besar kerana kedua jawatan ini adalah merupakan jawatan yang tertinggi di dalam bidang pendidikan dan merupakan contoh kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. Sekolah Kluster dan juga sekolah Bestari adalah merupakan sekolah-sekolah yang dipilih oleh kerajaan kerana mencatatkan peratusan yang tinggi di dalam bidang pendidikan dan ianya di bawah pentadbiran Pengetua Guru Besar yang mempunyai ciri-ciri yang unggul. Ciri-ciri Pengetua Guru Besar unggul adalah sangat penting kerana ianya mampu melahirkan guru serta pelajar yang cemerlang, terbilang serta berdisiplin di dalam melahirkan serta memartabatkan dunia pendidikan di alaf baru. Kertas konsep ini akan membicarakan mengenai ciri-ciri unggul yang perlu ada pada Pengetua Guru Besar bagi melahirkan dunia pendidikan yang terbilang di Malaysia menjelang 2020 setanding dengan negara-negara maju yang lain. Secara keseluruhannya, tujuan dan objektif kajian ini adalah untuk menyatakan bahawa pemimpin yang unggul dapat melahirkan sekolah yang unggul dan akhirnya meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia samaada di Sekolah Rendah mahupun Sekolah Menengah.

References

Azlin Norhaini Mansor & Roselan Baki (2015). Amalan Pengurusan Pengetua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kula Lumpur.
Eddt Fransiskhi (2015). Ciri-ciri Karakter Pemimpin yang Ideal dan Yang Tidak Ideal. [Online]. [Diperolehi pada 1 Disember 2019]. Boleh didapati di https://www.linkedin.com/pulse/ciri-ciri-karakter-pemimpin-yang-ideal-dan-tidak-eddy-fransiskhi
Hanif Ihsan (2016). Ciri-ciri Personaliti dan Sifat Kepimpinan Guru Dari Perspektif Pelajar (Bab 1). [Online]. [Diperolehi pada 1 Disember 2019]. Boleh didapati di https://www.academia.edu/7487322/Ciri-ciri_Personaliti_dan_sifat_kepimpinan_guru_dari_perspektif_pelajar_Bab_1_
Institut Aminuddin Baki Mampu Melahirkan Pemimpin Sekolah Unggul [Online]. [Diperolehi pada 1 Disember 2019]. Boleh didapati di https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/institut-aminuddin-baki-mampu-lahir-pemimpin-sekolah-unggul-1.532227
Masluhjamil (2014). 10 Ciri Pemimpin Yang Baik. [Online]. [Diperolehi pada 1 Disember 2019]. Boleh didapati di http://masluhjamil.com/10-ciri-pemimpin-yang-baik-673.html
Nilai-nilai penting yang perlu ada pada seornag pemimpin. [Online]. [Diperolehi pada 1 Disember 2019]. Boleh didapati di https://www.slideshare.net/zaidiismail14/nilai-murni-pemimpin

Noor Zaliani Binti Khozan dan Azlin Norhaini Binti Mansor (2017). Kompetensi Guru Besar dan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Rendah di Daerah Padang Terap Kedah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.
Prof Madya Burhanuddin Jalal (2016). 3 ciri utama perlu ada pada pemimpin. [Online]. [Diperolehi pada 1 Disember 2019]. Boleh didapati di https://www.bharian.com.my/node/217290
Prof Madya Dr. Shahril (2016). Ciri-Ciri Kepimpinan Pengetua Guru Besar. [Online]. [Diperolehi pada 1 Disember 2019]. Boleh didapati di https://www.scribd.com/document/317971072/Ciri-Ciri-Kepimpinan-Pengetua-Guru-Besar
Prof. Madya Dr. Shahril (2017). Ciri-ciri Kepimpinan Pengetua/ Guru Besar Berkesan yang Dapat Menghadapi Cabaran dan Harapan Pada Abad ke 21 ini. Universiti Sains Malaysia.
Roszanirah Abdul Halim & Hussein Ahmad. (2015). Kepemimpinan Distributif, Faktor Kontekstual dan Efikasi Kendiri Guru Di Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Oktober 2015, Bil.2, Isu 4. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Shahmila Ismail. (2013). Amalan Kepimpinan Islam Menurut Model Al-Ghazali Dalam Kalangan Guru Besar Daerah Kulaijaya, Johor. Kajian Ilmiah Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Sawyer, C. (2012). Great Leadership And Lifelong Learning. National League of Cities. Retrieved from: https://www.nlc.org/article/great-leadership-and-life-long-learning
Thomas, S. K. & Wahju, A. R. (2007). Kepimpinan Transformasional dan Pengaruhnya Terhadap Kepuasan Ke Atas Kualiti Kehidupan Kerja dan Komitmen Organisasi: Kajian Ke Atas GuruGuru SMU di Kota Surabaya. Jurnal Manajemen Dan Kewirausahan. Vol. 98, No. 1, 2007: 49 – 61
Zamri Arifin & Al Muslim Mustafa. (2014). Kualiti guru Bahasa Arab Dalam Konteks Malaysia: Menangani Persoalan Asas. Kertas Kerja Prosiding Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Published
2020-12-31
How to Cite
MALEK, Muzzafar; ABDUL WAHAB, Jamalullail. Ciri-Ciri Pengetua Guru Besar (PGB) Unggul. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 4, p. 1-8, dec. 2020. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/11766>. Date accessed: 15 aug. 2022.
Section
Articles