Analisis Faktor Tekanan Yang Mempengaruhi Pelajar Kolej Komuniti Negeri Johor Ketika Perintah Kawalan Pergerakan
Abstract
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberikan kesan yang pelbagai terhadap masyarakat, tidak kira dalam apa jua lapangan sektor yang mereka ceburi. Arahan penguatkuasaan untuk kekal berada di rumah telah menyumbang kepada penutupan semua jenis pengoperasian begitu juga sektor pendidikan. Bagi Institusi Pengajian Tinggi yang berasaskan kemahiran, perlaksanaan PKP ini telah menimbulkan kesulitan yang tersendiri di kalangan pelajar. Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan tekanan dalam diri mereka. Justeru, kajian ini akan mengetengahkan aspek tekanan yang dihadapi oleh pelajar Kolej Komuniti Negeri Johor dan melihat faktor tekanan yang mempengaruhi sikap pelajar ketika fasa PKP. Hal ini boleh dijadikan data awalan kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti khususnya di peringkat Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti untuk menyusun pendekatan yang bersesuaian sekiranya berlaku fasa kesulitan tidak terjangka seperti pandemik Covid 19 ini, dalam memastikan kesinambungan proses pembelajaran semasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan edaran soal selidik yang dijana melalui perisian ‘google form’ kepada 681 orang responden, yang terdiri daripada para pelajar dari 12 buah Kolej Komuniti Negeri Johor. Analisis kajian ini menunjukkan 98.2% pelajar Kolej Komuniti Negeri Johor bersikap positif dengan penguatkuasaan PKP, atas faktor keselamatan diri. Walaubagaimanapun, perlaksanaan PKP ini juga turut memberikan tekanan pada diri mereka dari sudut pengurusan masa, akademik dan juga motivasi diri apabila penganalisisan secara Regressi telah menunjukkan elemen akademik sebagai kebimbangan dan tekanan yang paling mempengaruhi sikap pelajar ketika berhadapan fasa PKP.
References
Berita Harian. (2020) Covid-19: Jumlah Jangkitan Di Seluruh Dunia Cecah 14.6 Juta Kes. Dimuat turun daripada https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/07/713117/covid-19-jumlah-jangkitan-di-seluruh-dunia-cecah-146-juta-kes
Chua Yan Piaw. (2012). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Companies Education.
Dwyer, A., & Cummings, A. (2001). Stress, Self-Efficacy, Social Support, And Coping Strategies In University Students. Canadian Journal Of Counseling, 35, 208-220
Eikhwan Ali & Mahirah A Rashid. (2020). Pandemik Covid 19 : Mendepani Impak Psikososial. Dimuat turun daripada https://www.tsis.my/wp-content/uploads/2020/04/PERSPEKTIF-Pandemik-COVID-19-Mendepani-Impak-Psikososial.pdf
Ekienabor, E. (2020). Coronavirus (Covid-19): The Lockdown Strategy In Nigeria. Dimuat turun daripada https://www.preprints.org/manuscript/202005.0201/v1
Ilhaamie Abdul Ghani Azmi. (2008). Amalan Pengurusan Sumber Manusia Berteraskan Kompetensi Dan Kualiti Perkhidmatan Dalam Organisasi Awam Di Malaysia: Kesalingbergantungan Tugasan Sebagai Penyederhana. Tesis Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia.
Chakraborty, I & Maity, P.(2020) Covid-19 Outbreak: Migration, Effects On Society, Global Environment And Prevention. Science Of The Total Environment. Vol 728. 1-7
Moawad, R. (2020). Online Learning During The Covid- 19 Pandemic And Academic Stress In University Students. 1-9. Dimuat turun daripada Https://Www.Researchgate.Net/Publication/342233796_Online_Learning_During_The_Covid_19_Pandemic_And_Academic_Stress_In_University_Students
Mohamad Zaid, M., Ali, S., Siti Sarah, M., Ahmad Rizal, M. Dan Abdul Rashid, R. (2015). Kajian Stres Dalam Kalangan Pelajar Wanita Program Sarjana Muda Kejuruteraan Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. International Conference on Teaching and Learning in Higher Education 2009.
Mohammad Arif Bin Johari, Sa’odah Ahmad. (2019). Persepsi Tekanan Akademik Dan Kesejahteraan Diri Di Dalam Kalangan Pelajar Universiti Di Serdang, Selangor. Journal of Social Science (EJOSS), Vol. 5 No.1. 24-36
Mokhtar Ismail. (2011). Kaedah Penyelidikan Kuantitatif Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Munthali, G & Xuelian, W. (2020). Covid-19 Lockdown Measures On Least Developing Economies In Africa-A Case Of Malawi Economy. Dimuat turun daripada https://ideas.repec.org/a/tec/journl/v7y2020i1p295-301.html
Grubic, N., Badovinac, S. & Amer M Johri. (2020). Student Mental Health In The Midst Of The Covid-19 Pandemic: A Call For Further Research And Immediate Solution. International Journal Of Social Psychiatry. 1-2
Norazila Mat, Noridayu Idris, Nur Atiqah Abdullah, Zaleha Yazid & Jamsari Alias. Hubungan Antara Beban Kerja, Faktor Peribadi, Dan Pembelajaran-E Terhadap Tahap Tekanan Di Kalangan Gen-Y. Jurnal Personalia Pelajar 21(2): 23-35
Othman Mohamed (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia Laman Web Rasmi. (2020) Teks Ucapan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (Pkpp). Dimuat turun daripada Https://Www.Pmo.Gov.My/Ms/2020/06/Teks-Ucapan-Pelaksanaan-Perintah-Kawalan-Pergerakan-Pemulihan-Pkpp-2/
Rahim Utah. (2013). Ibm Spss Statistics For Window 21. T.t.p: Pejabat Teknologi Maklumat Uitm.
Rashidi Abbas. (2003). Hubungan Akhlak Islam Dengan Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia. Tesis Phd, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Ronnie E. Baticulon, Nicole Rose I. Alberto, Maria Beatriz C. Baron, Robert Earl C. Mabulay, Lloyd Gabriel T. Rizada, Jinno Jenkin Sy, Christl Jan S. Tiu, Charlie A. Clarion, John Carlo B. Reyes, Md. (July 2020). Barriers To Online Learning In The Time Of Covid-19:
A National Survey Of Medical Students In The Philippines Dimuat turun daripada https://www.medrxiv.org/content/10.1101/2020.07.16.20155747v2
Goothy, S.S.K., Choudhary, A., Potey, G.G., Purohit, M., Chakraborty,. H., Pathak, A., & Mahadik. (2020) COVID-19 lockdown impact on the mental health of students: need to start a mental health cell. MOJ Anatomy & Physiology.
Thomas, E. (2020). Coronavirus: Impact On Young People With Mental Health Needs. Young Minds. Dimuat turun daripada Https://Youngminds.Org.Uk/ Media/3708/Coronavirus-Report_March2020.Pdf
Ummi Kalsom Binti Zakaria. (2014) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tekanan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. Disertasi Sarjana Universiti Utara Malaysia. Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Van Dalen, D. B. (1993). Memahami Penyelidikan Pendidikan : Satu Pengenalan. Terjemahan Abdul Fatah Abd. Malik Dan Mohd Majid Konting. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.
Wang, C., Pan, R., Wan, X., Tan, Y., Xu, L., Ho, C. S., & Ho, R.C. (2020). Immediate Psychological Responses And Associated Factors During The Initial Stage Of The 2019 Coronavirus Disease (Covid-19) Epidemic Among The General Population In China. International Journal Of Environmental Research And Public Health, 17(5), Article 1729. Https:// Doi.Org/10.3390/Ijerph17051729