PEMERHATIAN PENGAJARAN RAKAN GURU DAN PENYELIAAN PENSYARAH SEBAGAI PERAMAL TERHADAP EFIKASI KENDIRI GURU PELATIH DI IPGM
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh dua pemboleh ubah bebas iaitu aspek pemerhatian pengajaran rakan guru dan aspek penyeliaan pensyarah terhadap efikasi kendiri guru pelatih. 162 orang guru pelatih dan data dikumpulkan melalui soal selidik Teacher Sense of Self Efficacy Scale (TSES), Peer Observation of Teaching Scale (POTS) dan soal selidik penyeliaan pensyarah sebagai sampel kajian. Kajian ini mendedahkan enam langkah proses pembersihan data secara statistik diikuti analisis persamaan model berstruktur (SEM) menggunakan perisian IBM Statistics dan SmartPLS 3.0. Dapatan kajian menjelaskan sumbangan 41.7% varians pemboleh ubah bebas terhadap efikasi kendiri guru pelatih. Aspek penyeliaan menjadi penyumbang yang lebih dominan (β = 0.513) berbanding aspek pemerhatian pengajaran rakan (β = 0.204). Kajian ini juga menjelaskan satu model pengukuran dan satu model struktur tentang pengaruh pemboleh ubah bebas terhadap efikasi kendiri guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Kajian ini memberi input bermakna kepada institusi pendidikan guru bagi memantapkan program latihan yang disediakan.
Kata Kunci: penyeliaan, pemerhatian pengajaran rakan guru, efikasi kendiri guru pelatih