EKSPRESI KARYA SENI VISUAL MURID-MURID DI SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, KUALA LUMPUR

  • Nafishah Md Noor
  • Abdul Halim Husain, Ph.D
  • Siti Hayati Mohd Yusoff

Abstract

Kajian ini merupakan ruang untuk ekspresi karya seni visual anak-anak gelandangan yang merupakan murid-murid di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur melalui aktiviti seni visual yang dihasilkan. Terdapat tiga aspek penting yang menjadi tumpuan kajian iaitu ekspresi seni visual dalam hasil karya, nilai estetika dan kesedaran umum terhadap anak-anak gelandangan. Batasan kajian hanya tertumpu kepada murid-murid yang bersekolah di SBJK, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian kes. Kaedah pengumpulan data kajian melibatkan temu bual, analisis karya, rakaman audio dan rakaman visual. Seramai 15 orang responden dipilih iaitu terdiri daripada 12 orang murid SBJK di antara umur 7 hingga 12 tahun dan 3 orang terdiri daripada pentadbir sekolah tersebut. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya pengaruh persekitaran dan perilaku dalam hasil karya yang diekspresikan sebagai representasi pengalaman visual anak-anak gelandangan di SBJK. Kesannya ia mampu mengungkap proses luahan rasa anak-anak gelandangan dalam aktiviti seni visual melalui pendekatan ekspresi seni visual yang dilaksanakan. Secara kesimpulan, kajian ini membuktikan elemen persekitaran mempengaruhi kreativiti dan mewujudkan identiti terhadap gaya dan olahan idea dalam penghasilan karya. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.


 


Kata kunci: Ekspresi seni; nilai estika; seni visual; kesedaran umum; anak-anak gelandangan

Author Biographies

Nafishah Md Noor

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

Abdul Halim Husain, Ph.D

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

Siti Hayati Mohd Yusoff

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

Published
2020-03-02
How to Cite
MD NOOR, Nafishah; HUSAIN, PH.D, Abdul Halim; MOHD YUSOFF, Siti Hayati. EKSPRESI KARYA SENI VISUAL MURID-MURID DI SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, KUALA LUMPUR. Jurnal IPDA, [S.l.], v. 26, n. 1, p. 78-91, mar. 2020. ISSN 1394-6218. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8207>. Date accessed: 20 jan. 2022.
Section
Articles