PERBANDINGAN KECERDASAN EMOSI DAN ESTEEM KENDIRI BERDASARKAN GENDER
Abstract
Kajian berbentuk eksperimen pretest-posttest control group bertujuan untuk meguji perbandingan kecerdasan emosi dan esteem kendiri berdasarkan gender. Seramai 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian eksperimental ini. Sepuluh orang pelajar lelaki dan sepuluh orang pelajar perempuan dikelompokkan dalam kumpulan rawatan manakala sepuluh orang pelajar lelaki dan sepuluh orang pelajar perempuan yang lain dikelompokkan dalam kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kecerdasan emosi ialah Emotional Intelligent Inventory (EQ-i) dan instrumen yang digunakan untuk mengukur konsep kendiri ialah The Tenessce Self Concept Scale (TSCS). EQ-i mengandungi 51 item dengan enam skala (Intrapersonal, Skala Interpesonal, Skala Penyesuaian, Skala Pengurusan Stress, Skala Mood Umum dan satu skala kawalan iaitu Impresi Positif). TSCS terdiri daripada lima dimensi iaitu kendiri keluarga, kendiri peribadi, kendiri fizikal, kendiri sosial dan kendiri moral etika. Analsis Pekali Korelasi Pearson antara kecerdasan emosi dan esteem kendiri menunjukkan hubungan signifikan. Profail kecerdasan emosi dan konsep kendiri bagi pelajar yang dikaji sebelum dan selepas mengikuti intervensi kaunseling kelompok dibincangkan. Hipotesis null diterima terhadap perbezaan kecerdasan emosi antara pelajar lelaki dan perempuan. Hipotesis null juga diterima terhadap konsep kendiri pelajar lelaki dan perempuan yang menerima rawatan. Intervensi Kaunseling Kelompok berasaskan Egan’s Skilled Helper Model dijalankan terhadap kedua-dua kumpulan rawatan. Keputusan kajian dibincangkan dengan mengemukakan cadangan kajian seterusnya.
Kata kunci: kecerdasan esmosi, esteem kendiri, kaunseling kelompok