AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

  • Mashira Yahaya, Ph.D
  • Rusyati Hanafiah
  • Nor Sazila Zakaria
  • Rohana Osman
  • Khairul Anuar Bahrin

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji amalan pembelajaran  abad ke-21 (PAK21) dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru di sekolah rendah dalam aspek pelaksanaan aktiviti Professional Learning Community (PLC), pembelajaran koperatif, Digital Tool Resources (DTR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Reka bentuk kajian ini menggabungkan kajian kuantitatif dan kajian kualitatif ke atas  42 orang guru terlatih yang dipilih secara rawak dalam semua  mata pelajaran di tiga buah sekolah rendah di utara Semenanjung Malaysia. Data kuantitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik melalui  google form manakala data kualitatif  pula dikumpul melalui  análisis dokumen dan temu bual ke atas responden yang dipilih secara rawak.  Data kuantitatif  dianalisis secara deskriptif melalui peratusan manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Hasil kajian mendapati amalan PAK21 dalam PdPc guru-guru di sekolah rendah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Namun,  penambahbaikan perlu dilakukan kerana terdapat guru yang masih tidak pasti sama ada tahu atau faham tentang PAK21. Terdapat  guru yang masih tidak dapat menguasai teknologi masa kini. Kajian juga mendapati terdapat  masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru dalam pelaksanaan PAK21 dan cadangan-cadangannya perlu diambil kira. Implikasi kajian ialah penambahbaikan dan strategi pemantapan PAK21 perlu dilakukan. Dapatan ini menyumbang kepada peningkatan pelaksanaan  PAK21  agar semua guru sekolah rendah celik dalam PAK21 bersesuaian dengan pendidikan masa kini.

Author Biographies

Mashira Yahaya, Ph.D

 

 Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Rusyati Hanafiah

Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Nor Sazila Zakaria

Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Khairul Anuar Bahrin

SK Kodiang

Published
2020-02-25
How to Cite
YAHAYA, PH.D, Mashira et al. AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) GURU-GURU SEKOLAH RENDAH. Jurnal IPDA, [S.l.], v. 26, n. 1, p. 13-24, feb. 2020. ISSN 1394-6218. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8022>. Date accessed: 10 aug. 2022.
Section
Articles