KEPERLUAN PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PPSH) KEPADA TENAGA PENGAJAR INSTITUSI LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)
Abstract
Program Pembelajaran Sepanjang Hayat dibentuk bermatlamatkan pembelajaran secara berterusan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti adakah konsep pembelajaran sepanjang hayat di adaptasi sepenuhnya oleh tenaga pengajar di Institusi Latihan Perindustrian (ILP). Sampel kajian terdiri daripada 32 responden iaitu tenaga pengajar daripada Institusi Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh Malaysia yang dipilih menggunakan persampelan secara rawak. Reka bentuk kajian menggunakan kajian kuantitatif (soalselidik) dan kualitatif (temubual berstruktur). Penganalisaan data dinyatakan dalam bentuk analisis deskriptif iaitu min dan analisis statistik inferensi iaitu Analisis Kolerasi Pearson turut digunakan untuk menentukan hubungan di antara pendekatan pengajaran tenaga pengajar dengan kepentingan kompetensi tenaga pengajar. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang positif yang kuat antara pendekatan latihan tenaga pengajar dengan kepentingan kompetensi tenaga pengajar. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat memberi kesan yang positif kepada tenaga pengajar dari segi prestasi kerja, pengetahuan dan kemahiran. Hasil analisis kajian mendapati program Pembelajaran Sepanjang Hayat menjadi keperluan utama untuk diaplikasikan di Institusi Latihan Perindustrian kerana ia memberi kesan positif kepada tenaga pengajar, pelajar serta seluruh institusi pendidikan.
References
Azmi, N. I., & Hashim, M. H. M. (2015). Penerapan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional. Retrieved July, 31, 2015.
Buang, Z., & Mohamad, M. M. (2019). Kolaborasi dan Komunikasi dalam Kelestarian Pembelajaran Sepanjang Hayat. Online Journal for TVET Practitioners, 4(2), 105-113.
Fadhli, R. (2021). Implementasi kompetensi pembelajaran sepanjang hayat melalui program literasi di perpustakaan sekolah. Jurnal Kajian Informasi & Perpustakaan, 9(1), 19-38.
Hairani, E. (2018). Pembelajaran Sepanjang Hayat Menuju Masyarakat Berpengetahuan. Tajdid: Jurnal Pemikiran Keislaman dan Kemanusiaan, 2(1), 355-377.
Hasami, H., & Buang, N. A. (2018). Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terhadap Pengetahuan dan Tahap Kemahiran Pelajar Kolej Komuniti (The Effectiveness of the Lifelong Learning Programme (PSH) Towards Knowledge and Skill Levels of Students Community College). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 43(1SI), 89-106.
Kassim, Z., & Ahmad, A. R. (2010). E-pembelajaran: Evolusi internet dalam pembelajaran sepanjang hayat. In proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT (Vol. 210).
Mohamad, N. K., & bin Abdul Razak, A. Z. (2018). Kepimpinan sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan guru di Dungun, Terengganu. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(2), 45-63.
Musa, K., & Mansor, M. (2020). Pengaruh faktor kendiri dan institusi mempengaruhi minat mengikuti program pembelajaran sepanjang hayat PPGB-JAIS-UPSI (Self concept and institutional factors affecting students’ interest to enrol in lifelong learning programmes PPGB-JAIS-UPSI). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 16(1).
Muzzafar, M., & Jamalullail, A. W. (2020). Kepimpinan lestari pengarah dan hubungannya dengan amalan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Wilayah Selatan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 33(1).
Nur Iwani Azmi dan Mohamad Hisyam. (2012). “Penerapan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional.” Tesis: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Rayung, M. N., & Ambotang, A. S. (2018). Hubungan kemahiran keusahawanan, kemahiran pengurusan dan pembelajaran sepanjang hayat terhadap kemahiran berfikir kritikal pelajar tingkatan enam. Jurnal Kinabalu.
Saad, N., & Sankaran, S. (2019). Kelestarian pembangunan profesionalisme guru dalam pembelajaran sepanjang hayat (Sustainability of Teacher Professional Development in Lifelong Learning). Jurnal Pembangunan Sosial, 22, 11-22.
Siregar, M. (2019). Peningkatan Kompetensi Profesional Mahasiswa Guru Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat (Doctoral dissertation, Universitas Pelita Harapan).
Tukiran, S. A., Long, A. S., & Hassan, B. R. A. (2019). Falsafah Pragmatisme John Dewey dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam'Muallaf'. International Journal of Islamic Thought, 15, 129-139.
Yusup, P. M., & Saepudin, E. (2017). Praktik literasi informasi dalam proses pembelajaran sepanjang hayat (information literacy practices in the process of lifelong learning). Jurnal Kajian Informasi & Perpustakaan, 5(1), 79-94.