ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN DALAM MEMBENTUK KECERDASAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
Abstract
Pembelajaran mengenai sosioemosi merupakan satu elemen penting yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Prasekolah di Malaysia. Pembelajaran sosioemosi adalah untuk meningkatkan kecerdasan sosioemosi kanak-kanak iaitu keupayaan kanak-kanak untuk mengalami, mengawal dan mengekspresikan emosi, membentuk hubungan interpersonal yang rapat dan selamat dengan orang-orang sekeliling. Kecerdasan sosioemosi dikalangan murid akan memberi kesan ke atas pembelajaran lain serta kesediaan murid prasekolah sebelum menempuh alam persekolahan yang sebenar. Pembelajaran yang dapat meningkatkan kecerdasan sosioemosi pelajar akan menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan menarik minat pelajar untuk mengikuti aktiviti di dalam kelas. Kajian ini di jalankan adalah untuk mengenal pasti sama ada guru-guru prasekolah memahami tentang pembelajaran sosioemosi serta keperluan menyediakan modul pembelajaran dalam membantu guru menjalankan aktiviti pembelajaran yang dapat memupuk kecerdasan sosioemosi kepada kanak-kanak. Analisis keperluan dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif dengan instrumen soal selidik diberi kepada 30 orang guru prasekolah di sekitar Lembah Klang dari prasekolah yang berbeza. Instrumen mengandungi 3 konstruk yang ingin dinilai iaitu tahap kefahaman guru, tahap perlaksanaan pembelajaran sosioemosi dan juga tahap keperluan modul pembelajaran sosioemosi di prasekolah. Data yang diperolehi di analisis secara deskriptif untuk mengetahui nilai min dan sisihan piawai bagi skor yang diperolehi untuk setiap konstruk. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman guru adalah tinggi, tahap perlaksanaan berada pada tahap sederhana tinggi dan tahap keperluan modul pembelajaran adalah tinggi. Implikasi kajian ini adalah dapat menyediakan maklumat awal ke atas keperluan menyediakan modul pembelajaran dalam membantu memupuk kecerdasan sosioemosi kanak-kanak. Kajian ini boleh ditambah baik di masa akan datang dengan menjalankan kajian ke atas lebih ramai responden bagi memperolehi data analisis keperluan yang lebih tepat.
References
Collaboration for Academic, Social and Emotional Learning.CASEL (2019) www.casel.org/research/
Donna K Housman. (2017) The Importance Of Emotional Competence And Self Regulation From Birth: A Case For The Evidence-Based Emotional Cognitive Social Early Learning Approach. International Journal Of Child Care And Education Policy
Goh Wah Im, Yeo Kee Jiar Dan Rokiah Bt Talib, (2019) Development Of Preschool Social Emotional Inventory For Preschoolers: A Preliminary Study. International Journal Of Evaluation And Research In Education (Ijere) Vol 8 No 1 ; 158-164
Irwan Mahazir Ismail, Siti Khadijah Anis, Tamil Selvan Subramania, Mohd Hasril Amiruddin & Mohd Erfy Ismail. (2017) Penerapan Elemen Perkembangan Kognitif, Psikomotor Dan Sosio-Emosi Dalam Permainan Dalam Mencapai Objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. 2017 IEEE 9th International Conference on Engineering Education (ICEED)
Kalaiselvi Ettikan, Nur Surayyah Madhubala Abdullah & Umi Kalthom Abdul Manaf. (2015) Guru Cemerlang Pendidikan Moral: Keperluan Menguasai Aspek Kandungan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dan Implikasinya. International Journal of Education and Training (InjET) .1-8
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2017)
Lorita Bide anak Nyawin & Rohaty Mohd Majzub. (2017) Kesan Pendidikan Prasekolah Dalam Kesediaan Sosioemosi Kanak-Kanak Di Tahun 1. Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017. 1881-1892
Loy Chee Luen. (2017) Boneka Sebagai Alat Pedagogi Dalam Perkembangan Sosial Dan Emosi Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 6. 45-56
Maguire LK, Niens U, McCann M, Connolly P. (2016) Emotional Development Among Early School-Age Children: Gender Differences In The Role Of Problem Behaviours. Educational Psychology, 36(8). 1408-1428.
Mahzan Bin Arshad, Chee Sook Ching. (2017) Penilaian Semula Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pembacaan Awal. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2017 Special Issue 79-86
Mohd Faizul bin Yusup. (2017) Tahap Kecerdasan Emosi Dan Hubungannya Dengan Tingkah Laku Serta Pencapaian Murid Pedalaman. Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017. 1675-1685
Mohd Syaubari Othman, Ahmad Yunus Kassim. (2018) Kajian Rintis Bagi Pelaksanaan Komposisi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Yang Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Menerusi Pendidikan Akidah Sekolah Rendah Di Malaysia. Malaysian Online Journal of Education. Vol. 2, No. 2 (2018), 55-60
Nunally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.
National Association For The Education of young Children. (2018) Preschool Play Plans: Mud-luscious Play. Washington
Pam Gershon & John Pelliteri. (2018) Promoting Emotional Intelligence in Preschool Education : A Review of Programs. International Journal of Emotional Education; 26-41
Pinar aksoy. (2019) Prevention Programs For The Development Of Social-Emotional Learning In Preschool Years. European Journal Of Education Studies. Vol 6
Rosmah Binti Abd. Ghani & Mariani Md Nor. (2014). Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh Guru Prasekolah. Jurnal Peradaban Vol 7 ; 40-68
Saturia bt Amiruddin, Agnis Sombuling, Peter Voo Sui Kiong.(2014) Penilaian Kesediaan Ke Sekolah Kanak-Kanak Dan Pengaruhnya Terhadap Penyesuaian Di Sekolah. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014
Sunny crandell, (2019) Bit By Bit: How One Preschool Increased Its Natureness. The International Journal Of Early Childhood Environmental Education 6(3) :64-77
Suzyliana Mamat. (2016) Tahap Kecerdasan Emosi Dalam Kalangan Remaja Di Kolej Universiti Islam Melaka. Jurnal Sains Sosial Malaysin Jilid 1 2016: 115-136
Tania Gaspar, Ana Cerqueira, Catia Branquiho dan Margarida G. Matos. (2018) The Effect of A Social Emotional School Based Intervention Upon Social And Personal Skills In Children And Adoleescents. Journal Of Education And Learning. Vol 7. No. 6 ; 57-65
Teng Lee Feng & Norzaini Azman, (2017) Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Komitmen Guru Linus Di Daerah Padawan. Seminar Penyeilidikan Pendidikan 2017. 1790-1801
Zaharah Osman.( 2016) Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Menggunakan Lagu Didi & Friends. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid . 49-60
Zaleha Damanhuri. (2017) Perkembangan Main Dalam Kalangan Kanak-Kanak Awal. Jurnal Sains Sosial. 144-155
Zanariah Mat Isa, Kamarul Shukri Mat Teh. (2017) Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu. Malaysian Online Journal Of Education. Vol. 1, No 1 (2017) 36-44
Zuhaila Binti Ismail. (2015) Kesan Pembelajaran Yang Menyeronokkan Terhadap Kesediaan Belajar Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah.