Alat Pemanggang Automatik Mudah Alih

  • Nik Norazilah Nik Abdullah
  • Badrul Sakinah Sanusi

Abstract

Makanan yang dipanggang merupakan makanan kegemaran masyarakat di Malaysia. Oleh itu, permintaan terhadap makanan tersebut semakin meningkat berikutan pembangunan negara yang serba canggih dan maju. Bagi memudahkan serta menjimatkan masa semasa proses pemanggangan dilakukan, maka terciptalah inovasi Alat Pemanggang Automatik Mudah Alih. Ianya direka untuk peniaga-peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta keperluan di rumah. Kaedah pemanggangan makanan adalah secara tradisional iaitu menggunakan arang supaya rasa makanan dan tekstur menjadi lebih enak. Selain itu, alat ini menggunakan motor sebagai penggerak untuk memusingkan makanan yang hendak dipanggang, kipas peniup pula untuk mengedarkan angin semasa pemanggangan serta roda dipasang bagi memudahkan pergerakan alatan ini. Penjimatan masa serta tenaga kerja dapat diminimakan hasil dari pengujian yang telah dilakukan. Ini menjadi satu inisiatif untuk menambahbaikan alatan yang sedia ada kepada yang lebih efisyen dan masakan menjadi lebih sempurna.


 

References

Oleh Nadhillah Kusindriani pada July 22, & Tentang kami                Nadhillah Kusindriani. (2021, July 28). 10 Rekomendasi Alat Panggang Terbaik Dan Cara memilihnya Yang Wajib Diketahui. @CekAja. https://www.cekaja.com/info/rekomendasi-alat-panggang-terbaik
Nusselder, J. (2022, May 31). Gril Gas Mudah Alih Terbaik: Ambil 3 BBQ Teratas Ini di Mana Sahaja. Lake Side Smokers. https://www.lakesidesmokers.com/ms/gril-gas-mudah-alih-terbaik/
Mudah dan Senang dengan pemanggang ni. Boleh Dibawa KESETIAP Penjuru Dunia. hah Ini Bukan Telefon Mudah Alih Ya Ataupun Beg office. tapi inilah...: Bypemanggang ajaib viral. Facebook. (n.d.). https://www.facebook.com/PemanggangAjaibViral/videos/mudah-dan-senang-dengan-pemanggang-ni-boleh-dibawa-kesetiap-penjuru-dunia-hah-in/1960382367325444/
Published
2023-10-31
How to Cite
NIK ABDULLAH, Nik Norazilah; SANUSI, Badrul Sakinah. Alat Pemanggang Automatik Mudah Alih. International Journal of Business and Technology Management, [S.l.], v. 5, n. 3, p. 510-515, oct. 2023. ISSN 2682-7646. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijbtm/article/view/24539>. Date accessed: 13 june 2024.
Section
Malay Section