Pengaruh Kepercayaan Animisme Dalam Sogit Kematian Yang Terdapat Dalam Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri (1995): Analisis Kerelevanan Dari Perspektif Hukum Islam

  • Mohammad Firdaus Hasmin
  • Syamsul Azizul

Abstract

Asal mula kepercayaan manusia seringkali dikaitkan dengan kepercayaan yang berbentuk animisme. Animisme adalah suatu gagasan kepercayaan yang mengatakan bahawa setiap sesuatu sama ada yang bernyawa ataupun tidak mempunyai semangat ataupun roh yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia. Atas dasar kepercayaan tersebut, muncullah pelbagai bentuk amalan, adat, ataupun pantang-larang bagi memastikan kedudukan semangat ataupun roh tersebut sentiasa dalam keadaan yang aman dan tenteram, sekiranya tidak semangat-semangat tersebut dipercayai akan mengganggu kehidupan manusia. Kepercayaan seumpama ini dapat dilihat dalam kepercayaan datuk nenek moyang masyarakat Dusun di Sabah. Mereka mempercayai kewujudan pelbagai jenis semangat yang dapat mempengaruhi kehidupan mereka dalam apa juga jenis keadaan. Sehubungan itu, muncullah pelbagai jenis amalan, adat, dan juga pantang-larang seperti amalan sogit ketika berlaku kematian. Justeru, kajian ini cuba melihat pengaruh kepercayaan animisme tersebut, dalam peruntukkan sogit kematian yang terdapat dalam Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri (1995). Sehubungan itu, kajian ini menggunakan metod kualitatif berlandaskan kaedah temu bual, dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa, peruntukkan sogit kematian dalam Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri (1995) adalah dipengaruhi oleh kepercayaan animisme. Sehubungan itu, peruntukkan tersebut perlu dinilai semula dari aspek kerelevanan sebagai sebuah undang-undang dan dari sudut perspektif hukum Islam.

References

As-Syafi’e. (2021). Al-Umm: Kitab Induk Fiqh Islam. Republika Penerbit. .
Bandan, A.H. (2006). Cerita Tradisi Suku Kaum Orang Sungai. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Akhdan. (2022). Projek Rumah Ibadat Kita. https://rumahibadatkita.tumblr.com/post/42420625509/kinohoringan-adalah-nama-tuhan-yang-dipercayai. Dilayari 4 September 2021.
Daniel C. D. (2021). Breaking the Spell. Kepustakaan Populer Gramedia.
Sansalu, D. (2002). Pendidikan dan proses pemodenan masyarakat peribumi rumpun Dusun bukan Islam di (1881-1967). (Thesis Doktor Falsafah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tylor, E.B . (1871). Primitive Culture: Researches Into The Development of Mythology, Philosophy, Religion, Art, and Custom (Vol.2). J. Murray.
Qudamah, I. (2007). Al-Mughni. Dar Arlum Al-Kutub.
An-Nawawi. (2007). Ad-Durrah as-Salafiyyah Syarh al-Arba’in an-Nawawiyah. Markaz Fajr Lith-Thiba’ah
al-Razi, F. (1999). Mafatih al-Ghaib. Dar Ihya’ Turath. Beiruts.
Hamid, I & Hashim, W. (1998). Nilai Budaya Masyarakat Desa Kajian Etnografi di Wang Kelian. Perlis. Jilid 1. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pugh-Kitingan, J. (1987). Muzik Instrumental dan Alat-Alat Muzik Dusun Tambunan. Kertas Seminar. Kementerian Belia Dan Sukan negeri Sabah.
Madisah, J. (1986). Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan. SIKUK Publication.
Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri. (1995). Mahkamah Anak Negeri Ranau.
Khairulnazrin. (2018). Kepercayaan Animisme Menurut Perspektif al-Quran. Jurnal Pengajian Islam.
Muhammad, L. (2021). Tuan Guru Hali Lalu Anas Hasyri: Kharisma dan Kontribusinya mengembangkan Nadhlatul Wathan. Institute Bale.
On, L. K. (2003). Membaca Masa Silam Kadazandusun Berasaskan Mitos dan Lagenda. Tesis Doktor Falsafah.
On, L. K. (2005). Membaca Mitos dan Lagenda Kadazandusun. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sintian, M. (2013). Kepercayaan dan Amalan Masyarakat Kadazandusun Dalam Pemeliharaan Alam Sekitar. Kertas Konferens. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
PRPM. (2022). “Animisme”. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=Animisme. Dilayari 27 Ogos 2022.
Bedford, S. (2018). The Sad Story of Sabah’s Dying Paganism. https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/the-sad-story-of-sabahs-dying-paganism/. Dilayari 8 ogos 2021.
Sintang, S. (2003). Penganutan Agama Islam dan Kristian di Kalangan Masyarakat Kadazandusun di Sabah. (Usuluddin). (18), 59-80.
Paidi, Z., Ghani, R., Rambely, N. A. S., Hasan, H., Mamat, R., Jamaludin, J., Hanifa, M. A., Omar, S., & Rathakrisman, M. . (2018). Kenegaraan Malaysia. Universiti Utara Malaysia.
Wati, A. (1978). Pribumi Sabah: Kadazan Dusun. Penerbitan Yayasan Sabah.
Mat Kib, M. Z. (2003). Kristian di Sabah (1881-1994). Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
al-Zuhaili, W. (2020). Tafsir al-Wasit. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ibnu Kathir. (2003). Kitab Tafsir Ibnu Kathir. Darussalam.

Temu bual
En. Manan. (2021). Penduduk Kampung Libang. Ranau. Sabah.
En. Marcus. (2021). Ketua Anak Negeri. Mahkamah Anak Negeri Ranau. Sabah.
Published
2022-12-01
How to Cite
HASMIN, Mohammad Firdaus; AZIZUL, Syamsul. Pengaruh Kepercayaan Animisme Dalam Sogit Kematian Yang Terdapat Dalam Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri (1995): Analisis Kerelevanan Dari Perspektif Hukum Islam. International Journal of Advanced Research in Islamic and Humanities, [S.l.], v. 4, n. 4, p. 12-21, dec. 2022. ISSN 2682-8332. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijarih/article/view/20585>. Date accessed: 10 june 2023.
Section
Articles