Corak Tafsiran Ayat-Ayat Al-Quran Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Analisis
Abstract
Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al-Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji dan memperlihatkan bentuk dan corak tafsiran ayat-ayat al-Quran yang dipraktikkan oleh Syeikh Muhammad Said bin Umar ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan. Karya Tafsir Nur al-Ihsan karangan Syeikh Muhammad Said bin Umar ini beredar secara meluas dalam masyarakat yang mana ia dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran serta rujukan masyarakat dalam memahami kandungan ayat-ayat al-Quran. Proses menganalisis teks Tafsir Nur al-Ihsan akan menggunakan kaedah analisis kandungan berbentuk kajian kepustakaan sepenuhnya yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat enam corak tafsiran yang diperaktikkan oleh Syeikh Muhammad Said bin Umar ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan ini iaitu kaedah al-Tafsir bi al-Ma’thur, al-Tafsir al-Ra’y, al-Tafsir Mawdu’I, al-Tafsir al-Sufi, al-Tafsir al-Fiqhi dan al-Tafsir al-‘Ilmi. Oleh itu, diharapkan pendedahan dan analisis yang dilakukan ini dapat memberi maklumat dan pengetahuan baharu kepada masyarakat perihal Tafsir Nur al-Ihsan.
References
‘Itr, N. D. (1996) ‘Ulum al-Qur’an al-Karim. Dimashq: Dar al-Subl.
al-Ansari, Z. M. (2000). Nata’ij al-Afkar al-Qudsiyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
al-Bukhari, M. I. (1979) Sahih al-Bukhari. al-Qahirah: Maktabah al-Salafiyyah.
al-Daqar, A. G. (2001) Mu’jam al-Qawa’id al-Arabiyyah fi al-Nahw wa al-Tasrif. Dimashq: Dar al-Qalam.
Al-Dhahabi, M. H. (1977). ‘Ilm al-Tafsir. Al-Qahirah: Dar al-Ma’arif.
Al-Dhahabi, M. H. (2000). Al-Tafsir wa al-Mufassirun. Beirut: Dar al-Yusuf.
al-Dimyati, M. M. (2001) Ittihaf Fudala’ al-Basyar fi al-Qira’at al-Arba’at ‘Asyar. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
al-Hakim, M. A. A. (1997) Al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihayn. Al-Qahirah: Dar al-Haramayn li al-Taba’ah wa al-Nashr wa al-Tawzi’.
al-Khan, M. S. (2003). Al-‘Aqidat al-Islamiyyah. Beirut: Dar al-Kalim al-Tayyib.
al-Qattan, M. (2000). Mabahith fi Ulum al-Qur’an. Bayrut: Mu’assasat al-Risalah.
al-Qushayri, A. K. H. (2002) al-Risalat al-Qusyayriyyah. Dimashq: Dar al-Farfur.
Asmad. (1987). Kedah. Melaka: Associated Educational Distributor (M) Sdn. Bhd.
Kharuf, M. F. (2002) al-Muyassar fi al-Qira’at al-Arba’a ‘Asyarah, Beirut: Dar al-Kalim al-Tayyib.
Mat Taib, M. I. (2003) Israiliyyat Dalam Tafsir: Kajian Terhadap Kitab Nur al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Sa’id bin Umar. Disertasi Sarjana Pengajian Islam. Universiti Malaya.
Othman, A. R. (2012) “Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Pengenalan”. Temu bual. 07 Julai.
Umar, M. S. (1970). Tafsir Nur al-Ihsan. Fatani: Matba’ah Bin Halabi.
Yusuf, A. (2003) Mawsu’at al-I’jaz al-‘Ilmi fi al-Qur’an wa al-Sunnat al-Mutahharah. Dimashq: Maktabah Dar Ibn Hajar.
Yusuff, M. S. S. (2014). “Tafsir Nur al-Ihsan oleh Syeikh Muhammad Said Umar: Satu Kajian Bandingan”, Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia.
Yusuff, M. S. S. (2020). Tafsir Nur al-Ihsan Edisi Tahkik dan Ta’liq. Kajang: Akademi Jawi Malaysia.
Zaim, M. N. (2010) Kajian Takhrij Hadith Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan. Disertasi Sarjana Sastera. Universiti Sains Malaysia.