Sumber Karya Mafatih al-Ghayb Dalam Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Kajian

  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff
  • Muhd Thoriq Asshiddiq Che Ahmad
  • Abdul Hakim Mahadzir
  • Mat Rani Abdul Manaf

Abstract

Syeikh Muhammad Said bin Umar telah menulis karya berjudul Tafsir Nur al-Ihsan yang merupakan sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran. Untuk mendalami dan memahami ayat-ayat al-Quran, masyarakat telah menggunakan karya ini sebagai rujukan mereka. Namun, beberapa sarjana telah mengkritik karya Tafsir Nur al-Ihsan ini kerana mereka beranggapan bahawa Syeikh Muhammad Said semata-mata menggunakan pandangannya sendiri ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Hal seperti ini menyebabkan masyarakat menjadi keliru dengan kesahihan tafsiran yang dilakukan olehnya dalam Tafsir Nur al-Ihsan tersebut. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini tertumpu kepada mengkaji dan mengesan sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Said dalam Tafsir Nur al-Ihsan, di samping pengkaji mendedahkan bagaimana rujukan-rujukan tersebut diolah olehnya. Pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman digunakan ketika kajian ini dijalankan. Menerusi pendekatan ini, semua sumber rujukan yang pengarang gunakan daripada karya Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi didedahkan. Kajian memperlihatkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan telah mengambil empat pendekatan ketika mengolah teks dari karya yang beliau rujuk itu iaitu; teks dinukil secara tepat dan selari dari karya Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi, pengarang menukil teks secara abstrak daripada karya tersebut, pengarang menghilangkan beberapa perkataan dari teks yang dirujuk sebelum dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan, dan pengarang menambah huraian dan penjelasan terhadap teks yang dinukil. Pengkaji mendedahkan bahawa Syeikh Muhammad Said merujuk karya Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan bertujuan mengukuhkan karyanya. Oleh itu, beliau berjaya berbuat demikian disebabkan teks yang dirujuk bertepatan dengan teks dalam karyanya itu.

References

Zaim, M. N. (2010). Kajian Takhrij Hadith Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan.Disertasi Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia.
Taib, M. I. (2003). Israiliyyat Dalam Tafsir: Kajian Terhadap Kitab Nur al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Said bin Umar. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Yusuff, M. S. (2020). Bacaan Intertekstual Terhadap Tafsir Nur al-Ihsan: Kajian Menurut Kaedah Ekspansi, Jurnal Dunia Pengurusan, Vol. 2, No. 2, 1-11, 2020.
Sohaimi, A. Z. (2001). Kesusasteraan Bandingan: Perkembangan, Pendekatan Praktis. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Basmeih, A. (2000). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Cetakan ke-16. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.
Ronidin. (2011). Malin Kundang, Ibunya Durhaka. Lingua Didaktika, Volume 4 No 2, 114-125.
al-Razi, M. F. (1981) Mafatih al-Ghayb. Beirut: Dar al-Fikr.
Sinar, T. T. Z. (2003). Pancaran Filosofis Rabindranath Tagore dan Hinduisme pada Sanusi Pane: Satu Pendekatan Genetik. Studia Kultura, Nomor 3 Tahun 2, 211-228.
Lubis, M. B. (1994). Pendekatan Genetik dalam Kesusasteraan Bandingan: Beberapa Pengantar Awal dalam Jaafar Husin (ed.), Pengantar Kesusasteraan Bandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaw, J.T. (1990). “Keberhutangan Kesusasteraan dan Kajian Sastera Bandingan”, dalam Newton P. Stallknecht dan Horst Frenz (ed.), Sastera Perbandingan: Kaedah dan Perspektif, Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Umar, M. S. (1391H/1970M). Tafsir Nur al-Ihsan. Fatani: Matba’ah Bin Halabi.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Published
2021-12-31
How to Cite
SHEH YUSUFF, Mohd Sholeh et al. Sumber Karya Mafatih al-Ghayb Dalam Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Kajian. International Journal of Advanced Research in Islamic and Humanities, [S.l.], v. 3, n. 4, p. 21-26, dec. 2021. ISSN 2682-8332. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijarih/article/view/16627>. Date accessed: 27 may 2022.
Section
Articles