Pengaruh Jami’ al-Bayan ‘an Takwil al-Quran Berdasarkan Pendekatan Genetik Dalam Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Pendedahan

  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff
  • Mat Rani Abdul Manaf
  • Abdul Hakim Mahadzir
  • Muhd Thoriq Asshiddiq Che Ahmad

Abstract

Tafsir Nur al-Ihsan yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Said bin Umar adalah sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran. Masyarakat Islam telah menggunakan karya ini sebagai rujukan untuk memahami maksud ayat-ayat suci al-Quran. Akan tetapi, terdapat kritikan hebat yang dilakukan terhadap karya ini oleh sebahagian pengkaji kerana tidak terdapat rujukan yang jelas ketika pengarang menghuraikan ayat-ayat al-Quran. Menurut mereka, perkara ini mengelirukan masyarakat mengenai kesahihan huraian yang dilakukan dalam Tafsir Nur al-Ihsan ini. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dan mengesan sumber rujukan daripada karya Jami’ al-Bayan ‘an Takwil al-Quran yang digunakan oleh pengarang dalam Tafsir Nur al-Ihsan, di samping pengkaji mendedahkan bagaimana teks rujukan tersebut diolah olehnya. Kajian ini menggunakan pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman bertujukan mencari dan mengenal pasti teks rujukan yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Said dalam karyanya itu. Hasil analisis mendedahkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan menggunakan empat pendekatan ketika mengolah teks dari karya Jami’ al-Bayan ‘an Takwil al-Quran yang beliau rujuk iaitu; teks dinukil secara tepat dan selari dari Jami’ al-Bayan ‘an Takwil al-Quran, menukil teks secara abstrak, menghilangkan beberapa perkataan dari teks yang dirujuk sebelum dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan, serta menambah huraian dan penjelasan terhadap teks yang dinukil. Pengkaji mendedahkan bahawa Syeikh Muhammad Said merujuk Jami’ al-Bayan ‘an Takwil al-Quran ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan bertujuan mengukuhkan penulisannya itu. Oleh itu, beliau berjaya berbuat demikian kerana teks yang dirujuk selari dengan teks dalam karyanya itu.

References

Zaim, M. N. (2010). Kajian Takhrij Hadith Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan.Disertasi Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia.
Taib, M. I. (2003). Israiliyyat Dalam Tafsir: Kajian Terhadap Kitab Nur al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Said bin Umar. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Yusuff, M. S. (2020). Bacaan Intertekstual Terhadap Tafsir Nur al-Ihsan: Kajian Menurut Kaedah Ekspansi, Jurnal Dunia Pengurusan, Vol. 2, No. 2, 1-11, 2020.
Sohaimi, A. Z. (2001). Kesusasteraan Bandingan: Perkembangan, Pendekatan Praktis. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Basmeih, A. (2000). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Cetakan ke-16. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.
Ronidin. (2011). Malin Kundang, Ibunya Durhaka. Lingua Didaktika, Volume 4 No 2, 114-125.
Sinar, T. T. Z. (2003). Pancaran Filosofis Rabindranath Tagore dan Hinduisme pada Sanusi Pane: Satu Pendekatan Genetik. Studia Kultura, Nomor 3 Tahun 2, 211-228.
Lubis, M. B. (1994). Pendekatan Genetik dalam Kesusasteraan Bandingan: Beberapa Pengantar Awal dalam Jaafar Husin (ed.), Pengantar Kesusasteraan Bandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaw, J.T. (1990). “Keberhutangan Kesusasteraan dan Kajian Sastera Bandingan”, dalam Newton P. Stallknecht dan Horst Frenz (ed.), Sastera Perbandingan: Kaedah dan Perspektif, Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Umar, M. S. (1391H/1970M). Tafsir Nur al-Ihsan. Fatani: Matba’ah Bin Halabi.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
al-Tabari, I. J. (2000). Jami’ al-Bayan ‘an Takwil al-Quran. Beirut: Mu’assasat al-Risalah.
Published
2021-12-31
How to Cite
SHEH YUSUFF, Mohd Sholeh et al. Pengaruh Jami’ al-Bayan ‘an Takwil al-Quran Berdasarkan Pendekatan Genetik Dalam Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Pendedahan. International Journal of Advanced Research in Islamic and Humanities, [S.l.], v. 3, n. 4, p. 15-20, dec. 2021. ISSN 2682-8332. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijarih/article/view/16626>. Date accessed: 28 may 2022.
Section
Articles