Kritikan Terhadap Teks Karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi Dalam Tafsir Nur al-Ihsan

  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff
  • Mat Rani Abdul Manaf
  • Muhd Thoriq Asshiddiq Che Ahmad
  • Abdul Hakim Mahadzir

Abstract

Para ulama Melayu Nusantara telah bergiat cergas dalam menghasilkan karya dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Bidang-bidang tersebut seperti fiqah, akidah, tasawuf, hadith dan tafsir al-Quran. Salah satu karya yang ditulis dalam bidang tafsir al-Quran tersebut ialah Tafsir Nur al-Ihsan yang dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Said bin Umar. Karya ini menjadi rujukan secara meluas oleh masyarakat dalam memahami isi kandungan al-Quran. Walaupun begitu, hasil tinjauan pengkaji didapati bahawa terdapat sebilangan pengkaji-pengkaji terdahulu yang berpendapat bahawa pengarang karya ini tidak menggunakan sumber-sumber rujukan yang muktabar ketika menghuraikan fakta-fakta berkaitan al-Quran sedangkan bacaan awal pengkaji sendiri mendapati sememangnya pengarang sebenarnya tidak menggunakan pendapatnya sendiri ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dalam karyanya itu, bahkan banyak karya-karya rujukan muktabar yang beliau rujuk. Oleh sebab karya ini masih dirujuk oleh masyarakat maka satu usaha pemurnian harus dilakukan. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dan mengesan sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Said dalam Tafsir Nur al-Ihsan, di samping pengkaji mendedahkan bagaimana rujukan-rujukan tersebut diolah olehnya dengan menggunakan pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman. Menerusi pendekatan ini, semua sumber rujukan yang digunakan daripada karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi didedahkan. Kajian memperlihatkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan telah mengambil lima pendekatan ketika mengolah teks dari karya yang beliau rujuk itu iaitu; teks dinukil secara tepat dan selari dari karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi, pengarang menukil teks secara abstrak daripada karya tersebut, pengarang menghilangkan beberapa perkataan dari teks yang dirujuk sebelum dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan, pengarang menambah huraian dan penjelasan terhadap teks yang dinukil, serta pengarang menafikan sebahagian teks yang dirujuk daripada karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi itu. Pengkaji mendedahkan bahawa Syeikh Muhammad Said merujuk karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan bertujuan mengukuhkan karyanya. Beliau berhasil mengukuhkan tafsirannya jika teks yang dirujuk bertepatan dengan teks dalam karyanya. Tetapi, sebaliknya jika teks rujukan itu tidak selari atau bercanggah maka tujuan pengarang untuk menguatkan tafsiran dalam karyanya itu tidak berhasil.

References

Zaim, M. N. (2010). Kajian Takhrij Hadith Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan.Disertasi Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia.
Taib, M. I. (2003). Israiliyyat Dalam Tafsir: Kajian Terhadap Kitab Nur al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Said bin Umar. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Yusuff, M. S. (2020). Bacaan Intertekstual Terhadap Tafsir Nur al-Ihsan: Kajian Menurut Kaedah Ekspansi, Jurnal Dunia Pengurusan, Vol. 2, No. 2, 1-11, 2020.
Sohaimi, A. Z. (2001). Kesusasteraan Bandingan: Perkembangan, Pendekatan Praktis. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Basmeih, A. (2000). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Cetakan ke-16. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.
Ronidin. (2011). Malin Kundang, Ibunya Durhaka. Lingua Didaktika, Volume 4 No 2, 114-125.
al-Baghawi, A. M. (1988) Ma’alim al-Tanzil. Riyad: Dar Tayyibah.
Sinar, T. T. Z. (2003). Pancaran Filosofis Rabindranath Tagore dan Hinduisme pada Sanusi Pane: Satu Pendekatan Genetik. Studia Kultura, Nomor 3 Tahun 2, 211-228.
Lubis, M. B. (1994). Pendekatan Genetik dalam Kesusasteraan Bandingan: Beberapa Pengantar Awal dalam Jaafar Husin (ed.), Pengantar Kesusasteraan Bandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaw, J.T. (1990). “Keberhutangan Kesusasteraan dan Kajian Sastera Bandingan”, dalam Newton P. Stallknecht dan Horst Frenz (ed.), Sastera Perbandingan: Kaedah dan Perspektif, Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Umar, M. S. (1391H/1970M). Tafsir Nur al-Ihsan. Fatani: Matba’ah Bin Halabi.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Published
2021-12-31
How to Cite
SHEH YUSUFF, Mohd Sholeh et al. Kritikan Terhadap Teks Karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi Dalam Tafsir Nur al-Ihsan. International Journal of Advanced Research in Islamic and Humanities, [S.l.], v. 3, n. 4, p. 1-7, dec. 2021. ISSN 2682-8332. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijarih/article/view/16624>. Date accessed: 27 may 2022.
Section
Articles