Kajian Tahap Pengetahuan Pekerja Sokongan Hospital Mengenai Sisa Klinikal di Utara Malaysia

  • Nurul Syazwani Ahmad Sabri
  • Fauzuradhi Fazir
  • Siti Noorjannah Abd Halim
  • Marziah Zahar

Abstract

Malaysia kini menghadapi cabaran dalam peningkatan sisa klinikal yang diperoleh daripada hospital dan fasiliti kesihatan. Pengetahuan bagi pengurusan sisa klinikal ini adalah penting bagi memastikan kelestarian alam sekitar selain usaha memerangi penularan wabak penyakit yang seterusnya selepas pandemik COVID-19. Tujuan kajian ini adalah mengkaji tahap pengetahuan pekerja sokongan hospital mengenai sisa klinikal di utara Malaysia. Pendekatan kuantitatif menggunakan borang soal selidik telah digunakan bagi mengukur kesedaran serta pengetahuan pekerja sokongan hospital di utara Malaysia. Kajian ini melibatkan 199 orang pekerja sokongan di syarikat konsensi perkhidmatan sokongan di salah sebuah hospital di utara Malaysia. Untuk menjawab persoalan kajian, analisis deskriptif telah dilaksanakan menggunakan versi SPSS 26. Merujuk kepada dapatan kajian, setiap item individu mencatatkan nilai min 4.93 dengan sisihan piawai .398, menandakan tahap kesedaran yang hampir menyeluruh dalam setiap aspek yang diuji, termasuk pengetahuan tentang kategori sisa klinikal, penggunaan peralatan pelindung diri (PPE), dan prosedur penyimpanan yang betul. Penemuan ini menunjukkan bahawa pekerja sokongan hospital di utara Malaysia memiliki tahap pengetahuan yang konsisten dan tinggi tentang pengurusan sisa klinikal. Variasi kecil dalam sisihan piawai pada tahap keseluruhan dan item individu menunjukkan pemahaman yang seragam di kalangan responden. Keputusan ini amat penting dalam memastikan pengurusan sisa klinikal yang selamat dan berkesan, sekaligus mengurangkan risiko bahaya kepada kesihatan pekerja dan persekitaran hospital. Kesimpulannya, dalam melaksanakan program kesedaran keselamatan dan aktiviti-aktiviti budaya selamat, pihak majikan haruslah mempunyai komitmen dalam menitikberatkan penglibatan pekerja, dan memastikan latihan keselamatan berkala sebagai langkah dalam meningkatkan kesedaran pekerja sokongan bagi memastikan pengurusan sisa klinikal yang selamat..

References

Ahmad Firdaus, Z. A., & Azman, H. (2022). Kajian keberkesanan dalam menangani sisa klinikal di hospital. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Retrieved from http://repository.psa.edu.my/bitstream/123456789/3233/1/AHMAD%20FIRDAUS
%20BIN%20ZAINAL%20AZMAN%2008BFM17F3023.pdf
Akta Kualiti Alam Sekeliling, P.U. (A) 294/2005 (1974). Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Retrieved from https://www.doe.gov.my/peraturan/peraturan-kualiti-alam-sekeliling-buangan- terjadual- 2005-p-u-a-294-2005/
Burke, M. J., Sarpy, S. A., Smith-Crowe, K., Chan-Serafin, S., Salvador, R. O., & Islam, G. (2006). Relative effectiveness of worker safety and health training methods. American Journal of Public Health, 96(2), 315-324.

Carrabba, J. J., Field, W. E., & Tormoehlen, R. L. (2000). Effectiveness of the Indiana 4-H tractor program at instilling safe tractor operating behaviors and attitudes in youth. Journal of agricultural Safety and Health, 6(3), 179.
Choudhry, R. M., Fang, D., & Mohamed, S. (2007). The nature of safety culture: A survey of the state-of-the-art. Safety science, 45(10), 993-1012.
DOE (Department of Environment) (2009). Guideline on the handling and management of clinical wastes in Malaysia. Retrieved from https://umresearch.um.edu.my/wp- content/uploads/2024/05/Management_Of_Clinical_Wastes_In_Malaysia 2 0.pdf
Fang, D., & Wu, H. (2013). Development of a Safety Culture Interaction (SCI) model for construction projects. Safety science, 57, 138-149.
Ghasemi, M. K., & Yusuff, R. B. M. (2016). Advantages and Disadvantages of Healthcare Waste Treatment and Disposal Alternatives: Malaysian Scenario. Polish Journal of Environmental Studies, 25(1).
Hossain, M. S., Santhanam, A., Norulaini, N. N., & Omar, A. M. (2011). Clinical solid waste management practices and its impact on human health and environment–A review. Waste management, 31(4), 754-766.
Hughes, A. J., Ariffin, N., Huat, T. L., Molok, H. A., Hashim, S., Sarijo, J., Abd Latif, N. H., Hanifah, Y. A. & Kamarulzaman, A. (2005). Prevalence of nosocomial infection and antibiotic use at a university medical center in Malaysia. Infection Control & Hospital Epidemiology, 26(1), 100-104.
Ismail, A., & Rahman, H. A. (2015). Pengetahuan dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Dalam Kalangan Masyarakat di Taman Mesra dan Taman Bakti Kota Bharu, Kelantan: Knowledge and Practices of Solid Waste Management Among Communities in Taman Mesra and Taman Bakti, Kota Bharu, Kelantan. GEOGRAFI, 3(2), 14-27.
Lamsah, M. S., Rose, R. A. C., & Baker, R. (2021). Tahap Kepuasan Pekerja di Sektor Awam Terhadap Latihan Secara Atas Talian Mendepani Pandemik COVID-19 di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 27-39.
Khan, I. N. G., Hashim, H., Shukor, H. A., & Wook, I. (2021). Pengurusan Sisa Pepejal Isi Rumah Semasa Pandemik Covid-19: Satu Analisis Menurut Perspektif Undang- undang di Malaysia dan Prinsip Syariah: Household Solid Waste Management during the Covid-19 Pandemic: An Analysis According to Malaysian Legal Perspective and Shariah Principles. Journal of Muwafaqat, 4(2), 74-92.
Mandal, S. K., Dutta, J. (2009). Integrated bio-medical waste management plan for Patna city, Institute of Town Planners. Indian Journal, 6(2), 1-25.
MOH (Ministry of Health) (2023). Prosedur Operasi Standard (SOP) #Reopening Safely.
Retrieved from https://asset.mkn.gov.my/web/wp- content/uploads/sites/3/2019/08/MKN_SOP_%5ENReopeningSafely_-
_BM_5_Julai_2023.pdf
MOH (Ministry of Health) (2021a). Garis panduan pengurusan sisa klinikal. Retrieved from https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pen%20Pe g%20Perubatan/TUGAS_DAN_TANGGUNGJAWAB.pdf
MOH (Ministry of Health) (2021b). Pengurusan dan keselamatan sisa klinikal di hospital. Retrieved from
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Penerbitan%20Utama/ANNU AL%20REPORT/Laporan_Tahunan_KKM_2021-compressed.pdf
MOH (Ministry of Health) (2007) Sharps Injury Surveillance Manual. Putrajaya: Occupational Health Unit, Disease Control Division. Retrieved from https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20 Peker ja%20&%20Alam%20Sekitar/Manual_Sharp_Injury_Surveillance.pdf

Mohsin, M., & Chinyama, A. (2016). Impacts of solid waste management practices on environment and public health: A case of Bahawalpur city, Pakistan. Journal of Environmental and Agricultural Sciences, 9(1), 69-79.
Rodzia, R. M., Nopiahb, Z. M., & Basria, N. E. A. (2021). Senario Umum Pengurusan Sisa Pandemik COVID-19 di Malaysia: Satu Tinjauan. Jurnal Kejuruteraan, 33(4), 817- 830.
Subramaniam, C., Mohd Zin, M. L., & Nadir, S. R. (2013). Hubungan amalan pengurusan keselamatan dengan pematuhan keselamatan pekerjaan di Jabatan bomba dan penyelamat Malaysia. Jurnal Pengurusan, 37(2013), 133-142.
World Health Organizations (WHO). 2016. Protecting Health through Health Care Waste Management [Fact Sheet March 2016]. Retrieved from https://www.who.int/docs/default- source/wpro---documents/hae---regional-forum- (2016)/hcwmanagement-factsheet- rfhe.pdf?sfvrsn=6d59d7e_2
World Health Organizations (WHO). 2011. Waste from health-care activities [Fact sheet No.253]. Retrieved from http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs253/en/
World Health Organizations (WHO). 2018. Health-care waste [Fact Sheet 8 February 2018]. Retrieved from https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/health-care- waste Zahar, M., & Fazir, F. (2020). Understanding clinical waste management and the risk of cross-contamination diseases in Malaysian Public Healthcare Facilities. European Journal of Molecular & Clinical Medicine, 7(02), 2020.
Published
2024-11-01
How to Cite
AHMAD SABRI, Nurul Syazwani et al. Kajian Tahap Pengetahuan Pekerja Sokongan Hospital Mengenai Sisa Klinikal di Utara Malaysia. International Journal of Advanced Research in Education and Society, [S.l.], v. 6, n. 3, p. 706-716, nov. 2024. ISSN 2682-8138. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares/article/view/28074>. Date accessed: 07 dec. 2024.
Section
Malay Section