Cabaran Pengajaran Bidang Sirah bagi Guru Pelatih Pendidikan Islam
Abstract
Bidang Sirah merupakan salah satu dari cabang mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengajaran terhadap bidang sirah mempunyai cabarannya yang tersendiri. Kajian ini akan menjelaskan tentang cabaran yang dihadapi oleh Guru Pelatih Pendidikan Islam (GPPI) dalam mengajar bidang Sirah, yang merupakan aspek penting dalam pendidikan Islam. GPPI sering menghadapi cabaran seperti penguasaan pengetahuan Sirah, ketidakfahaman pelajar, kekurangan bahan bantu mengajar yang interaktif dan penghayatan terhadap pelajaran Sirah. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan temubual separa berstruktur untuk mengumpul data dari 30 responden dalam kalangan GPPI. Hasil dapatan Kajian menunjukkan cabaran utama termasuk pemahaman Jawi yang lemah, penerimaan pelajar terhadap cara penyampaian, kurangnya ilmu dan kefahaman guru, serta kekurangan bahan bantu mengajar yang interaktif. Kajian ini juga mencadangkan beberapa kaedah untuk mengatasi cabaran tersebut, seperti pengajaran sirah menggunakan contoh tauladan, pendekatan yang lebih luas daripada buku teks, perlu lebih banyak grafik dan gambar, menggunakan laras bahasa yang sesuai kepada pelajar dan mempelbagaikan cara penyampaian. Kesimpulannya, cabaran-cabaran ini memerlukan penekanan serius ke atas tenaga pengajar untuk menghasilkan pembaharuan dalam pendidikan Sirah agar sirah bukan sekadar fakta hafalan namun sebuah penghayatan dari setiap pengajarannya.
References
Farah Hazwani Effindi. (2018). VTA-TJS: Membantu Meningkatkan Kemahiran Mengingat Sirah Nabi Muhammad Saw Pemimpin Agung. Jurnal Pendidikan Islam Kontemporari, 1, 50-59.
Fauzi Ali. (2017). Kompetensi Profesional Guru – Guru Sejarah Sekolah Menengah di Malaysia. Tesis Doktor, UKM.
Khubaib Akhi. (2023). Perjalanan Muhammad SAW: Menuju sempurna. Kuala Lumpur: IMAN Publication.
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2017). Pelaksanaan Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menerusi Kaedah Penyoalan Berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(1), 42-53.
Muhammad Ghazali. (1999). Fiqh al-Sīrah. Cairo: Dar al-Shuruq.
Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain, Andi Mohd Hairy Ansar, Aminuddin Hehsan, Ahmad Marzuki Mohamed. (2023). Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran Guru Pendidikan Islam: Analisis Literatur Sistematik (SLR). UMRAN-International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 10(2), 15-25. DOI: https://doi.org/10.11113/umran2023.10n2.612.
Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain. (2022). Pelaksanaan Komposisi Pengajaran Sirah terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Tesis Doktor Falsafah. UTM.
Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain. (2023). Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Sirah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Malaysia. Tinta Artikulasi Membina Ummah-TAMU, 9(2), 128-138.
Munir Ghadban. (2005). Manhaj al-Harakī li al-Sīrah al-Nabawiyyah. Cairo: Dar al-Wafa.
Nahi Abdullah. (2018). Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran Berkesan dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam. Tesis. Falkuti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia.
Nidzamuddin Zakaria, Amran Abdul Halim, Syed Najihuddin Syed Hassan, Abdulloh Salaeh. (2022). Pengetahuan Tentang Sirah Rasul di Sekolah Rendah Islam (SRI) Ikram Musleh: Kajian Teroka Di Negeri Sembilan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7(50), 133-142
Nor Husna Jamil, Hasanah Abd Khafidz & Khazri Osman. (2018). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pendekatan Tadzakkur. Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam (SEIPTI 2018). Diterbitkan di Malaysia oleh, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi & Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Universiti Sains Islam Malaysia, 92-102.
Nursafra Zhaffar. (2017). Kefahaman dan Amalan Penerapan Pemikiran Kritis dalam Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Tesis Doktor. UKM.
Rashid Kahous. (2018). Fiqh al-Sīrah al-Nabawiyyah: Al-Mafhūm wa al-Asās wa al-Namādhij. Cairo: Dar al-Nashr.
Said Ramadhan al-Buti. (1993). Fiqh al-Sīrah al-Nabawiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Fatimah Sahida Abdurajak. (2018). Pengalaman Pengajaran Guru Novis Pendidikan Islam: Implikasi terhadap Reka Bentuk Kurikulum Latihan Pendidikan Guru. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(1): 59-66. DOI: 10.17576/JPEN-2018-43.01-08.
Yusuf Qardhawi. (1998). Fiqh al-Sīrah al-Nabawiyyah: Dirasah Ta’siliyyah wa Tahliliyyah. Cairo: Maktabah Wahbah.