Ketagihan Media Sosial dan Tahap Pencapaian Akademik Pelajar

  • Normala Ismail

Abstract

Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat, khususnya para pelajar kerana penggunaan telefon pintar yang semakin meluas. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara ketagihan media sosial dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka. Terdapat 118 orang responden terlibat dalam kajian ini. Pemilihan mereka adalah berdasarkan teknik persampelan bertuju. Data dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Ketagihan media sosial dalam kalangan responden diukur menggunakan Social Media Addiction Scale Student Form (SMAS-SF) manakala tahap pencapaian akademik mereka pula diukur berdasarkan Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK) yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan platform media sosial yang sering digunakan oleh pelajar adalah aplikasi WhatsApp (84.75%), Telegram (81.36%), YouTube (59.32%), TikTok (45.77%), X (25.42%), Instagram (19.5%) dan Facebook (1.69%). Kebanyakan pelajar menghabiskan masa antara enam hingga lapan jam dalam masa satu hari menggunakan media sosial. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap ketagihan media sosial dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Secara keseluruhan, dapatan kajian yang diperoleh ini menunjukkan bahawa ketagihan media sosial dalam kalangan pelajar tidak memberi kesan terhadap pencapaian akademik mereka. Sebaliknya, ia menjadikan pelajar lebih bersemangat dalam aktiviti pembelajaran. Hal ini mungkin disebabkan oleh penggunaan media sosial yang tidak terhad kepada hiburan sahaja, tetapi dijadikan oleh pelajar sebagai ruang untuk menimba ilmu pengetahuan secara formal mahupun tidak formal.

References

Allya, C. A., Chan, A. H. Z., Ferlis, B., Chua, C. B., Jasmine, A. M. & Lailawati, M. (2014). Fenomena Ketagihan Facebook dan Keengganan Berkomunikasi Secara Bersemuka dalam Kalangan Remaja. Diakses daripada: https://www.ums.edu.my/fpp/images/download/proseding_skik2014/Ally_cassandra_alim.pdf
Amin Ridzuan, I., Ahmad Suhael, A. & Mohd Zulkifli, Z. (2016, Oktober 3). 4K Punca Prestasi Graduan Merosot: UPM Sahkan Sindrom Beri Kesan Kualiti Pelajar. Berita Harian. Diakses daripada: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/49679/1/4K%20punca%20prestasi%20graduan%20merosot.pdf
Andrew, F. T., Tahir, Z., Malek, A., Rizal, A., & Yusof, M. (2020). Ketagihan Penggunaan Media Sosial Terhadap Gaya Hidup Belia. E-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17(9), 126–139.
Ayub, M. S., Rozali, A. A., & Marni, N. (2019). Media Sosial dan Kecanduan Penggunaan Menurut Islam. Prosiding Seminar Sains Teknologi Dan Manusia, 61–86. Diakses daripada: http://eprints.utm.my/85129/1/20%20MuhammadSayazwanAyub2019_MediaSosialdanKecanduanPenggunaan.353-370.pdf
Awang Koding, C. T. & Zunaidah, T. (2018). Hubungan antara Ketagihan Internet dengan Pencapaian Akademik dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Prosiding Konvensyen Kepengetuaan dan Felo Penghuni Kolej Kediaman Universiti Awam Kebangsaan 2018, 420-428. Diakses daripada: https://media.neliti.com/media/publications/532178-none-9f15d21a.pdf
Corsalini, N. N. & Teklemariam, G. K. (2014). Relationship between Facebook Practice and Academic Performance of University Students. Asian Journal of Humanities and Social Sciences. 2. 2320-9720. Retrived from: https://www.researchgate.net/publication/265600961_Relationship_between_Facebook_Practice_and_Academic_Performance_of_University_Students
Che Su, M. & Nan Zakiah, M. I. (2014). Persepsi dan Penggunaan Media Sosial dari Perspektif Ibu Bapa: Satu Analisis Kualitatif. Malaysian Journal of Communication, 30, 43-74. Diakses daripada: http://journalarticle.ukm.my/8022/
Ezeabii, I. C., Chibuike, V. C. & Udeh, S. O. (2019). Influence of Social Media on Academic Performance of Business Education Students of Public Universities in South-East States of Nigeria. British Journal of Education, 7(2), 81-90.
Hair, J. F., Anderson, R. E., Tatham, R.L. & Black, W. C. (1992). Multivariate Analysis of Variance. Multivariate Data Analysis, 326-386. Diakses daripada: https://www.scirp.org/reference/referencespapers?referenceid=3297740
Heffner, T. (2016). The Effects of Social Media Use in Undergraduate Students. Theses and Dissertations. Retrieved from https://rdw.rowan.edu/etd/1440/
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2022). Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Diakses daripada: https://tamilsmkpahang.com/download/PAK21.pdf
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.
Norakmah, M. Y. (2011, Oktober 10). 60,000 Pelajar Kita Ketagih FB – Berita Harian. Diakses daripada: https://eyesnews.wordpress.com/2011/10/10/page/2/
Mohamad Najib, A. G. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohammad Aziz Shah, M. A., Irna, A. L., Wan Rosni. W. M., Siti Noratikah, A. R. & Juwita Sayang, A. R. (2013). Strategi Menangani Ketagihan Penggunaan Facebook dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. Jurnal Personalia Pelajar (16), 93-103. Diakses daripada: https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/49
Mohammad Rusdi, A. M., Zul Aizam, Y. & Nurhijrah, Z. (2021). Kajian Menyeluruh Ketagihan Internet dalam Kalangan Pelajar Pusat Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Journal of Information System and Technology Management, 6(22), 212-223.
Mohd Mohadir, H., Mohd Rashidi, O. & Ahmad Nashad, Z. (2011). Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Diakses daripada: https://www.researchgate.net/publication/327679092_Faktor_Yang_Mempengaruhi_Pencapaian_Akademik_Pelajar
Mohd. Noorhadi. M. Y. & Zurinah, T. (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat dalam Pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and Humanities, 12(3). Diakses daripada: http://ejournal.ukm.my/ebangi/article/viewFile/22483/7079
Nor Azma, M. L. (2022, 24 Mac). Telefon Pintar Punca Ketagihan Internet?. Sinar Harian. Diakses daripada: https://www.sinarharian.com.my/article/194391/suara-sinar/analisis-sinar/telefon-pintar-punca-ketagihan-internet
Norazlah, M. I. & Normaliza, A. R. (2017). Tahap Penggunaan Instagram dalam Kalangan Pelajar di Universiti Putra Malaysia. Journal of Business and Social Development, 5(2), 111- 121.
Nurzihan, H., Muhammad Hasrul Nizam, H. & Mohamad-Noor Salehhuddin, S. (2018). From YOLO To FOMO – An Analysis of Instagram Use Among Malaysian Youth. e-Proceedings International Conference on Communication & Media 2018, 128-134. Diakses daripada: http://smmtc.uum.edu.my/images/proceeding/i-COME18-eProceedings-20191201-2.pdf
Othman, W. W., Apandi, Z. F. & Ngah, N. H. (2017). Impact of Social Media Usage on Students’ Academic Performance in Terengganu, Malaysia. Journal of Applied Environmental, 7(5), 140-144.
Rashiqah Ilmi, A. R. (2016, Ogos 14). Majoriti Belia Negara Ketagih Internet, Media Sosial, Berdepan Risiko Masalah Mental. Berita Harian. Diakses daripada: https://www.bharian.com.my/node/182970
Sahin, C. (2018). Social Media Addiction - Student Form: The Reliability and Validity Study. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 17(1). Retrieved from: http://www.tojet.net/articles/v17i1/17117.pdf
Sahithi, A., Mane, S. V. & Agarkhedkar, S. (2020). Use of Social Media and Its Effects in School Going Adolescents. Ind J Youth Adol Health, 6(2), 20–25.
Samin, Z. (2012). Pengaruh Ketagihan Internet Terhadap Kecerdasan Emosi dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar. Bandar Penawar. Johor.
Severin, W. J. & Tankard, J. W. (2010). Communication Theories: Origins, Methods, and Uses in the Mass Media. New York, NY. Longman.
Siti Haslina, H. & Nur Hazwani, A. B. (2023). Motivasi dan Penggunaan Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Trends in Undergraduate Research, 6(1), 32-41. Diakses daripada: https://doi.org/10.33736/tur.5506.2023
Thomas, D. (2020). Social Media Addiction, Critical Thinking and Achievement Emotions among EFL Students in Thailand. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 35(1), 157-171.
Zivnuska, S., Carlson, J. R., Carlson, D. S., Harris, R. B. & Harris, K. J. (2019). Social Media Addiction And Social Media Reactions: The Implications For Job Performance. Journal of Social Psychology, 159(6), 746–760. Diakses daripada: https://doi.org/10.1080/00224545.2019.1578725
Published
2024-09-30
How to Cite
ISMAIL, Normala. Ketagihan Media Sosial dan Tahap Pencapaian Akademik Pelajar. International Journal of Advanced Research in Education and Society, [S.l.], v. 6, n. 3, p. 372-387, sep. 2024. ISSN 2682-8138. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares/article/view/27801>. Date accessed: 05 dec. 2024.
Section
Malay Section