Kajian Kefahaman Elemen Perlembagaan Persekutuan Dalam Pembelajaran Subjek Sejarah

  • Nor Syamilah Md Zin
  • Norfiza Apfandi
  • Nurul Suzaina Joli

Abstract

Perlembagaan Persekutuan merupakan peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan negara. Penguatkuasaannya bertujuan agar rakyat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Terdapat beberapa perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3; kedudukan agama Islam, Perkara 8; hak layanan sama rata di sisi undang-undang, Perkara 10; kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, Perkara 11; kebebasan beragama, Perkara 32; kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong, perkara 152; Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan, dan Perkara 153; hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Kesemua elemen ini terdapat di dalam kandungan subjek Sejarah yang perlu dipelajari oleh para pelajar Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Justeru, tujuan kajian ini adalah mengkaji kefahaman interpretasi perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam kalangan pelajar Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Reka bentuk kajian tinjauan ini dilakukan dengan melibatkan 139 orang responden. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mengkaji dan mengukur tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran para pelajar terhadap perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Data yang diperolehi di analisis secara deskriptif statistik menggunakan perisian ‘Statistikal Package For Social Science’ (SPSS) Versi 23 untuk mendapatkan taburan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman terhadap elemen dalam Perlembagaan Persekutuan oleh para pelajar bagi tahap pengetahuan adalah 78%, tahap sikap pelajar 93 % dan tahap kemahiran pelajar 75%. Ini menunjukkan bahawa kefahaman terhadap elemen-elemen dalam Perlembagaan Persekutuan oleh para pelajar adalah berada di tahap tinggi kerana ia menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai pengetahuan, sikap dan kemahiran yang tinggi.

References

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016, Kurikulum Standard Sekolah Menengah, Sejarah: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, hlm. 2.
Zurina Mustaffa, Zaharah Hussin & Abdul Muhsien Sulaiman (2021) Pedagogi Terbeza Untuk Pengajaran Guru Terhadap Kepelbagaian Murid. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), pp. 202 - 214. doi: 10.47405/mjssh. v6i9.997.
Teo Kok Seong. 2012. Penghayatan Bahasa Dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan. Dlm. Abdul Latiff Abu Bakar (pngr.). Jatidiri Dan Patriotisme, Teras Peradaban Malaysia. Siri Penyelidikan dan Penerbitan Institut Peradaban Melayu. Perak Darul Ridzuan: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Mahzan Awang & Chew Fong Peng. (2017): Pemahaman, Penghayatan dan Pengamalan Jati Diri Pelajar Aliran Pendidikan Universiti Awam (Understanding, Appreciation and Practice of Identity Among Students of Education in Public Universities) Jurnal Personalia Pelajar 20 1 – 10.
Norfiza Apfandi, Nurul Hafizah Maarof, Nor Syamilah Md Zin, Nurul Suzaina Joli, Wan Rezawana Wan Daud & Rorlinda Yusof. (2022) Kajian Kefahaman Interpretasi Jati Diri Dalam Perlembagaan Persekutuan. International Journal of Social Science Research eISSN: 2710-6276 | Vol. 4, No. 2, 288-300, 2022. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
Mastura Abd Wahab & Khadijah Muda (2022). Pengetahuan, Sikap dan Penghayatan Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan Pelajar Universiti dan Hubungannya dengan Latar Belakang Demografi. Sains Insani 2022, Volume 07 No 2: 01-14.
Mastura Abd Wahab, Khadijah Muda, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali & Siti Nor Azhani Mohd Tohar (2022). Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Belia Di Lembah Klang Terhadap Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Persekutuan. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Mohd Azri Ibrahim, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Abang Mohd Razif Abang Muis, Budi Anto Mohd Tamring & Sirahim Abdullah. Pengetahuan tentang Perlembagaan dan Undang-undang dalam kalangan Pelajar Baharu di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 5, Issue 12, (page 367 - 373), 2020 DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.603
Azri Muslim. (2011). Islam dan orang Melayu menurut Perlembagaan dalam konteks hubungan etnik: Kajian ke atas pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Tesis Ph.D., Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Nazri Muslim, & Abdul Latif Samian. (2012). Tahap penerimaan pelajar terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. SARI: Jurnal Alam Dan Tamadun Melayu, 30(1), 3–27.
Nazri Muslim. (2013). Peranan institusi Raja-Raja Melayu Menurut Perlembagaan dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Perspektif Pendidikan Sejarah, Kertas Pembentangan Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013, UMS 29-30 Ogos 2013.
Nazri Muslim. (2016). Kefahaman dan Penerimaan Belia Terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Malaysian journal of Youth Studies. https://iyres.gov.my/malaysian-journal-of-youth-studies-2019/2016/201-vol-14-jun/1669-kefahaman-dan-penerimaan-belia-terhadap-perlembagaan-persekutuan-malaysia
Norfiza Apfandi, Nurul Hafizah Maarof, Nor Syamilah Md Zin, Nurul Suzaina Joli, Wan Rezawana Wan Daud, Rorlinda Yusof. (2022). Kajian Kefahaman Interpretasi Jati Diri Dalam Perlembagaan Persekutuan. International Journal of Social Science Research, Vol 4 No.2 (2022): Jun 2022
Shamrahayu Ab Aziz. (2022). Kewarganegaraan dari Sudut Perlembagaan Persekutuan. Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi ke-48, Arkib Negara Malaysia, 29 Mac 2022.
Nisar Mohammad Ahmad. (2019). Definisi Melayu Dalam Perlembagaan Malaysia Dan Kesannya Terhadap Kefahaman Dan Amalan Ajaran Islam Di Malaysia. Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET) 2019.
Published
2024-09-30
How to Cite
MD ZIN, Nor Syamilah; APFANDI, Norfiza; JOLI, Nurul Suzaina. Kajian Kefahaman Elemen Perlembagaan Persekutuan Dalam Pembelajaran Subjek Sejarah. International Journal of Advanced Research in Education and Society, [S.l.], v. 6, n. 3, p. 350-359, sep. 2024. ISSN 2682-8138. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares/article/view/27796>. Date accessed: 07 dec. 2024.
Section
Malay Section