Hubungan Antara Personaliti Guru Dengan Prestasi Kerja Di Sekolah Menengah Daerah Petaling Jaya Selangor

  • Punitha Panirselvam
  • Ruslin Amir
  • Shahlan Surat

Abstract

Personaliti sering dikaitkan dengan sahsiah atau peribadi individu. Antara ciri-ciri personaliti adalah gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang. Tujuan kajian ini adalah mengkaji hubungan antara personaliti guru dan prestasi kerja dalam kalangan guru sekolah menengah. Kajian ini adalah kajian yang berbentuk kuantitatif iaitu dengan membuat pengumpulan data melalui google form. Kajian ini mengukur hubungan ciri-ciri personaliti guru dengan prestasi kerja guru. Sampel-sampel kajian yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru sekolah menengah di sekitar Petaling Jaya. Semua subjek kajian yang dipilih adalah berbeza dari segi sekolah, jantina, umur dan pengalaman bekerja. Dalam satu set google form yang diedarkan mengandungi latar belakang guru serta matlamat utama kajian ini iaitu item-item yang berunsurkan ciri-ciri personaliti yang mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan guru. Pemilihan item ini adalah bersesuaian dengan kehendak kajian. Alat yang digunakan bagi menilai ciri personaliti lokus kawalan telah diambil dan disesuaikan daripada Rotter (1971). Bilangan sampel kajian adalah sebanyak 70 responden yang mengisi. Dapatan kajian menunjukkan para guru maklum bahawa personaliti guru mempengaruhi prestasi kerja guru tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana nilai min skor bagi kedua-dua pembolehubah ini menunjukkan pembolehubah prestasi kerja guru dalam kalangan guru menunjukkan  nilai min 3.18 dengan sisihan piawai 0.37, manakala bagi personaliti guru nilai min skor adalah sebanyak 2.81 dengan nilai sisihan piawai 0.26. Hasil kajian ini mencadangkan kajian akan datang dijalankan pada peringkat yang lebih besar dan melibatkan sampel yang lebih besar. Penglibatan sampel daripada pelbagai negeri mungkin akan memberi keputusan yang lebih realistik dan menggambarkan ciri-ciri personaliti guru seluruh negara. Kajian tersebut juga dapat memberi laluan untuk mengetahui ciri-ciri personaliti guru mengikut negeri.

References

Abdul Ghani Kanesan Abdullah, Ekerim A/P Din Chen, & Ying Leh Ling. (2019). Pengaruh moderator bagi komuniti pembelajaran professional terhadap kepimpinan instruksional pengetua dan efikasi kolektif guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Julai 2019, Bil.6, Isu 3.
Abdul Karim Md. Nor. (1989). Characteristics of effective rural secondary schools in Malaysia. Unpublished PhD thesis. University of Wisconsin, Madison, Amerika Syarikat.
Abdul Said Ambotang, Birma P. Tandra, & Christina Andin. (2017). Hubungan personality guru besar dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja guru. Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 9(1), 59 – 64.
Abdul Said Ambotang, Jumriah Abdul Aziz, & Christina Andin. (2014). Kepimpinan pengajaran guru besar, hubungannya dengan komitmen dan kepuasan kerja guru sekolah rendah. Paper presented at the International Conference on Education 2014, Sabah, Malaysia.
Abdul Syukor Abdullah. (2004). Kepimpinan unggul tonggak pengurusan Pendidikan cemerlang. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 14(1),18-30.
Adeyemi, T. O. (2010). Principals’ leadership styles and teachers’ job performance in senior secondary school in ondo state, Nigeria. Journal of Economic Theory 3(3), 84 – 92
Alimuddin, M. D. (2010). Ciri-ciri pengetua yang “outstanding”. Pendidik (53). Widad Publications. Selangor. Baharuzaini Baharin, Muhammad Hisham Adnan, Mohd Hanif Mohd Zin, Mohd Norhisyam
Kamaludin, & Azlin Norhaini Mansor. (2016). Gaya kepimpinan guru besar dan tahap efikasi guru di sebuah sekolah rendah di daerah Gua Musang, Kelantan. Journal of Personalized Learning, 2(1), 9–17.
Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Prentice Hall, Englewood Cliffs.
Barrick, M.R., Mount, M.K. & Judge, T.A. (2001). Personality and job performance at the beginning of the new millennium: What do we know and where do we go next? International Journal of Selection and Assessment, 9, 9-30.
Barrick, M.R. & Mount, M.K. (1999). The big five personality dimensions and job performance: A meta-analysis. Personnel Psychology, 44, 1-26.
Barrick, M.R. & Mount, M.K. (2005). Personality Matters: Moving on to more important matters. Human Performance, 18(4), 359-372.
Creswell, J. W. (2014). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research (4th edition). USA: Pearson.
Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches (3th edition). London: SAGE Publications Inc.
Danielle Foong Chai Yen. & Mohd. Khairuddin Abdullah @ Jerry. (2017). Analisis perbandingan kepimpinan instruksional pengetua dan kepuasan kerja guru. International Journal of Education, Psychology and Counselinge. ISSN Volume: 2 Issues: 5 September, 2017.
Dinham, S. (2005). Principal leadership for outstanding educational outcomes. Journal of Educational Administration, 43(4), 338-356.
Published
2024-09-01
How to Cite
PANIRSELVAM, Punitha; AMIR, Ruslin; SURAT, Shahlan. Hubungan Antara Personaliti Guru Dengan Prestasi Kerja Di Sekolah Menengah Daerah Petaling Jaya Selangor. International Journal of Advanced Research in Education and Society, [S.l.], v. 6, n. 3, p. 124-133, sep. 2024. ISSN 2682-8138. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares/article/view/27536>. Date accessed: 05 dec. 2024.
Section
Malay Section