Aplikasi Teori Personaliti Myers-Briggs Daripada Persfektif Islam
Abstract
Proses mentafsir personaliti dan keperibadian individu merupakan salah satu cabang perbincangan kaunseling khususnya bagi pengurusan kaunseling kerjaya dalam kalangan kaunselor di Malaysia. Proses mentafsir personaliti dan keperibadian seseorang bukanlah ilmu baharu kerana ianya telah wujud sejak ratusan tahun lalu namun, sehingga kini tiada teori atau alat ujian yang dapat menggambarkan sepenuhnya personaliti dan keperibadian seseorang walaupun pasangan kembar. Justeru, kajian ini dijalankan bagi memperincikan salah satu kajian berkaitan personaliti dan keperibadian iaitu kajian Ujian personaliti Myers Briggs Type Indicator (MBTI) yang digunakan secara meluas daripada aspek latar belakang pengasas, Indikator Myers-Briggs, kecenderungan psikologi, kombinasi persepsi dan kehakiman, kombinasi 16 jenis personaliti, alat ujian dan penilaian, kelebihan, limitasi serta aplikasi kajian tentang Myers Briggs Type Indicator (MBTI) daripada persfektif Islam. Kajian ini merupakan kajian dokumentasi yang menganalisis kajian- kajian lepas. Akhirnya, hasil penyelidikan ini amat berguna kepada penyelidik dan komuniti kerana tiada jawapan "betul" dan "salah" dan tidak ada jenis personaliti yang lebih daripada jenis personaliti lain apabila setiap orang mempunyai keunikan tersendiri berdasarkan empat kecenderungan skala yang bertentangan iaitu extrovert vs introvert, sensing vs intuition, thinking vs feeling dan perceiving vs judgement. Malah, disarankan agar kajian pada masa hadapan boleh memberikan tumpuan pada alat ujian dan penilaian personaliti daripada perspektif barat dan Islam demi menambah koleksi penyelidikan dunia kaunseling dan psikologi.
References
Aziz Yahya. (2008). Punca dan rawatan kecelaruan tingkah laku. Bentong, Pahang: PTS Professional,
Eko Susanto, & Mudaim. (2017). Pengembangan inventori MBTI sebagai alternatif instrumen pengukuran tipe kepribadian. Indonesian Journal of Educational Counseling, 1(1), 41-52.
Hasuzila Hasan. (2006). Pola Personaliti Di Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Berasaskan Inventori Personaliti MBTI (Myers Briggs Type Indicator) dimuat turun daripada http://merr.utm.my/9994/
King, S. P., & Mason, B. A. (2020). Myers Briggs Type Indicator. In B. J. Carducci & C. S. Nave (Eds.), Wiley encyclopedia of personality and individual differences: Vol. II. Measurement and assessment. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons. Retrieved from https://online.vitalsource.com/#/books/9781119793922/epubcfi/6/116%5B%3Bvnd.vst.id ref%3DAc123%5D!/4/2/2/2/6%400:0
Mohd Zuri Ghani, Rahimi Che Aman, Nik Rosila Nik Yaacob & Aznan Che Ahmad. (2008). Perbezaan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik (PCA) Berdasarkan Gender dimuat turun daripada http://eprints.usm.my/34500/
Rully Putri Nirmala Puji, & Abdul Razaq Ahmad. (2016). Pola Personaliti Di Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Berasaskan Inventori Personaliti MBTI (Myers Briggs Type indicator. Dimuat turun daripada http://ejournal.sps.upi.edu/index.php/edusentris/article/ view/178
Setyaedhi, H. S. (2020). Gambaran Kepribadian Pengurus OSIS Berdasarkan Myers Briggs Type Indicator (MBTI). Indonesian Psychological Research, 2(1), 13–21. https://doi.org/10.29080/ipr.v2i1.196.