Kesesuaian Penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu SJK Tahun 5 dalam Kalangan Guru SJKC

  • Nur Izzaty Zipri
  • Nor Azwahanum Nor Shaid

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka kesesuaian penggunaan buku teks Bahasa Melayu SJK Tahun 5 daripada perspektif guru. Kajian ini berpandukan Teori Greene dan Petty. Kajian ini merupakan pendekatan kualitatif menggunakan kaedah kajian kes. Sampel kajian terdiri daripada empat orang guru Bahasa Melayu sekitar daerah Petaling Perdana, Selangor. Instrumen kajian yang digunakan ialah kaedah temu bual yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan temu bual mendapati terdapat empat tema di bawah persoalan kesesuaian penggunaan buku teks Bahasa Melayu SJK Tahun 5 daripada perspektif guru iaitu (a) isi kandungan, (b) aktiviti dan latihan, (c) persembahan, (d)bahasa dan istilah. Guru-guru menyatakan isi kandungan buku teks tersebut mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Isi kandungan pula kurang sesuai dengan aras murid bukan penutur jati. Persembahan yang terdapat dalam buku teks menarik dari semua aspek terutamanya ilustrasi, grafik, jadual, warna dan sebagainya. Bahasa dan istilah yang digunakan agak sukar dengan aras murid Tahun 5 yang bukan penutur jati. Kajian ini dapat meningkatkan pemahaman terhadap sejauh mana buku teks menyokong keperluan dan tuntutan kurikulum

References

Fam.C.C., & Tam, T.L. (2022). Persepsi guru bahasa Cina terhadap kandungan buku teks bahasa Cina SJKC Tahun Satu. Malaysian Journal of Sciences and Humanities,7(8): (1-13).
Norziana, M.B., Zulkifli, O., Anida, S., Husna, F., & Norfishah, M. B. (2022). Kemahiran berfikir aras tinggi melalui pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran seni bahasa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(7):1-25.
Nurul, H. H., Zahara, H., Saedah, S., Ahmad, A. S., & Zawawi, I. (2019). Kemahiran berfikir kritis dalam buku teks bahasa Melayu kurikulum standard sekolah rendah tahap 2. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7(1): 18-29.
Yokie Prasetya Dharma & Thomas Joni Verawanto Aristo. (2018). An analysis of english textbook relevance to the 2013 english curriculum. Journal of English Educational Study, 1(1): 24-33.
Marmi, M., & Dahlia, J. (2022). Penggunaan buku teks dan penerimaan ilustrasi dalam kalangan guru dan murid: pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Journal of Research Policy & Practice of Teachers, 12(1): (80-98)
Zamri, M., Mahidin, A. I., & Afendi, H. (2011). Sikap guru bahasa Melayu sekolah rendah terhadap penggunaan buku teks bahasa Melayu. Jurnal 25 Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2): 17-30.
Lau, Y. Y., Abdul, R. A, Mohd, M. A., & Norasmah, O. (2020). Kandungan buku teks sejarah dan hubungannya dengan pengetahuan pelajar. Jurnal Personaliti Pelajar, 23(2): 59-67.
Yokie Prasetya Dharma & Thomas Joni Verawanto Aristo. (2018). An analysis of english textbook relevance to the 2013 english curriculum. Journal of English Educational Study, 1(1): 24-33.
Published
2024-06-01
How to Cite
ZIPRI, Nur Izzaty; NOR SHAID, Nor Azwahanum. Kesesuaian Penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu SJK Tahun 5 dalam Kalangan Guru SJKC. International Journal of Advanced Research in Education and Society, [S.l.], v. 6, n. 2, p. 221-233, june 2024. ISSN 2682-8138. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares/article/view/26811>. Date accessed: 18 jan. 2025.
Section
Malay Section