Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Hubungannya dengan Efikasi Kendiri Guru
Abstract
Kepimpinan instruksional merupakan salah satu aspek penting dalam konteks pendidikan yang dapat memberi impak besar terhadap prestasi dan motivasi guru. Amalan kepimpinan tersebut bertujuan untuk meningkatkan efikasi kendiri guru dan seterusnya meningkatkan keyakinan dan kepercayaan guru terhadap keupayaan diri mereka untuk memberikan pengajaran yang berkesan. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh guru besar di sekolah dan efikasi kendiri guru selain mengetahui hubungan antara amalan kepimpinan tersebut dengan efikasi kendiri guru di sekolah rendah daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Borang soal selidik diedarkan secara atas talian. Responden kajian terdiri daripada 95 orang guru sekolah rendah di sekitar daerah Jelebu. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap kepimpinan instruksional guru besar secara keseluruhannya adalah pada tahap yang tinggi (min= 4.2, s.p.= 0.6). Selain itu, efikasi kendiri guru dalam kalangan responden adalah pada tahap sederhana tinggi (min=3.8, s.p.= 0.8). Hasil analisis ujian korelasi pearson telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar dan efikasi kendiri guru (r=.611, p<0.01). Dapatan ini telah memberi implikasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memajukan pengamalan dasar, latihan dan amalan di sekolah yang lebih baik. Kesimpulannya, bagi meningkatkan efikasi kendiri guru, guru besar haruslah memainkan peranan dalam melaksanakan kepimpinan instruksional yang kreatif dan inovatif dalam amalan kepimpinannya.
References
Bandura, A. (1997). Self-Efficacy: The Exercise of Control. UK: Worth Publishers.
Boyce, J., & Bowers, A. J. (2018). Toward an evolving conceptualization of instructional leadership as leadership for learning: Meta-narrative review of 109 quantitative studies across 25 years. Journal of Educational Administration 1(1):22-40.
Creswell, J.W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Pearson 4th ed. Boston, MA: Pearson Education, Inc.
Cronbach, L. J. (1951). Coefficient alpha and the internal structure of tests. Psychometrika, 16, 297–334. https://doi.org/10.1007/BF02310555
Danielle, F. C. Y., & Jerry, M. K. A. (2017). Analisis perbandingan kepimpinan instruksional pengetua dan kepuasan kerja guru. International Journal of Psychology and Counselling 2(5): 318-339.
Donohoo, J. (2018). Collective teacher efficacy research: Productive patterns of behaviour and other positive consequences. Journal of Education Change 19(1): 323-345.
Dumpok, A. R. (2016). Konstruk instrumen penilaian efikasi kendiri guru Pendidikan Jasmani. https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2853 [10 Disember 2023].
Gu, S. L. (2014). The relationships between instructional leadership behavior, school climate and teacher efficacy in secondary schools in Kedah. https://etd.uum.edu.my/4389/ [10 November 2023].
Gulcan, M. (2012). Research on instructional leadership competencies of school principals. Education 132(3): 625-635.
Hallinger, P & Murphy, J. (2012). Assessing the instructional management behaviors of principals. The Elementary School Journal 86(2): 217-247.
Hallinger, P. (2000). A Review of Two Decades of Research on the Principalship Using the Principal Instructional Management Rating Scale. https://www.researchgate.net/publication/254088295_A_Review_of_Three_Decades_of_Doctoral_Studies_Using_the_Principal_Instructional_Management_Rating_Scale_A_Lens_on_Methodological_Progress_in_Educational_Leadership [18 Oktober 2023].
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Memperkasa Kepimpinan Instruksional Di Sekolah. Bahagian Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Keong, C. C., Ghani, M. F. A., & Abdullah, Z. (2018). Cabaran amalan komuniti pembelajaran dalam kalangan guru sekolah rendah berprestasi tinggi Malaysia. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 6(3): 1-14.
Krejie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement 30(3): 607–610.
L., Ling, Mohamad Nizam Bin Nazarudin & Zakiah Binti Noordin. (2019). Kepuasan Kerja dan Efikasi Guru Tingkatan Enam di Pantai Barat Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counseling 4(32), 51-66.
Mohd Ibrahim K. Azeez, Mod S. Ibrahim & Mustapa, R. (2017). Kompetensi Kepimpinan Instruksional di Kalangan Pengetua Sekolah Satu Kajian Empirikal di Negeri Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 2(3): 1-14.
Md Yasin, Z., & Mohd Hamzah, M. I. (2018). Amalan kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan 31(1):30-35.
Mohd Yusri Ibrahim. (2012). Model Kepimpinan Pengajaran Pengetua, Efikasi dan Kompetensi Pengajaran. Tesis Dr Fal, Universiti Malaysia Terengganu.
Nor Amimah, O. (2008). Hubungan Amalan Kepemimpinan Pengetua dan Efikasi Guru. Tesis Sarjana Kepengetuaan Yang Tidak Diterbitkan, Universiti Malaya.
Nurahimah Mohd Yusoff & Rafisah Osman. (2010). Hubungan Kualiti Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran di Bilik Darjah Dengan Efikasi Guru. Asia Pacific Journal of Educators and Education 25: 53–71.
Ogbutue, G. E. (2019). The influence of instructional leadership and school culture on teacher organizational commitment. A Dissertation Presented in Partial Fulfillment of the Requirements for the Degree Doctorate of Education.
Rozila Md Yusof & Jamalul Lail Abdul Wahab. (2019). Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Hubungannya dengan Komitmen Guru di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Daerah Seremban. International Journal of Education, Psychology and Counseling 4(33): 107-121.
Shafinaz, A. M. (2017). Hubungan antara kecerdasan emosi dan kepimpinan instruksional pengetua dengan efikasi kendiri guru sekolah menengah kebangsaan di Negeri Sembilan Shafinaz A. Maulod. Doctoral dissertation, University of Malaya.
Shafinaz A. M., Chua, Y.P., Hussein Ahmad, Leong, M. W. & Shahrin Alias. (2017). Kecerdasan Emosi Pengetua dan Hubungannya dengan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan 3(3): 54-75.
Tschannen Moran, M. and Hoy, A.W. (2001). Teacher efficacy: Capturing an elusive construct. Teaching and Teacher Education 17: 783-805.
Walker, J. & Slear, S. (2011). The impact of principal leadership behaviors on the efficacy of new and experienced middle school teachers. NASSP Bulletin 95(1): 46-64.