Langkah Pembangunan Modul Bahasa Arab E-Ta‘Am Bagi PdP Menggunakan Teks Hadith Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab Di Sekolah Rendah

  • Mohammad Najib Md. Norani
  • Saipolbarin Ramli
  • Mohd Nor Adli Osman

Abstract

Bahasa Arab merupakan bahasa utama untuk mengetahui kandungan yang terdapat di dalam hadith Nabi SAW antaranya berkaitan adab makan di dalam Islam. Dalam pendidikan formal, pengenalan tentang adab makan sering diajarkan kepada kanak-kanak pra sekolah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran sebagai bentuk pendedahan kepada mereka ketika di awal usia persekolahan. Oleh itu, bagi menarik keghairahan kanak-kanak untuk terus mengetahui adab makan maka pembangunan modul yang sesuai dengan usia mereka perlu dibangunkan untuk diajarkan kepada kanak-kanak semasa sesi PdP. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pembangunan modul E-Ta`am dalam Bahasa Arab untuk digunakan oleh para guru semasa sesi PdP khususnya di Sekolah Rendah. Metodologi kajian ini akan melibatkan kajian literatur, tinjauan modul bahasa Arab yang sedia ada, pemerhatian kelas, dan temu bual dengan guru bahasa Arab. Hasil kajian ini mendapati terdapat sebanyak lima langkah dalam pembangunan modul E-Ta`am untuk kepada para guru dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Rendah. Kepentingan kajian yang dihasilkan ini adalah ianya sebagai inisiatif kepada para guru untuk menarik minat dalam kalangan murid-murid untuk memahami adab makan menerusi modul yang dihasilkan. Selain itu juga, dapat menarik minat dalam kalangan murid Sekolah Rendah untuk mempelajarai Bahasa Arab dan juga hadith Nabi SAW.

References

Abdullah, M. N., Ibrahim, M. Z., & Abdul Ghani, M. N. (2017). Modul Bahasa Arab: Satu Tinjauan Kritis. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(5).
Laili Nurul Fadhilah, et al. (2021). Modul Taman Ilmu Hadith. Jurnal Pendidikan Islam, 9(2).
Mohd Fauzi, F. A., Ibrahim, M. Z., & Abdul Ghani, M. N. (2019). Penggunaan Teks Hadis Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia.
Norazlina Mohd. Yusof. (2018). Modul Pembelajaran Kemahiran Membaca Hadith. Jurnal Pendidikan Islam.
Nurul Afiqah Mohd Zaini, et al. (2020). Modul Pembelajaran Hadith untuk Murid Tahun 4. Jurnal Pendidikan Islam.
Published
2023-10-31
How to Cite
MD. NORANI, Mohammad Najib; RAMLI, Saipolbarin; OSMAN, Mohd Nor Adli. Langkah Pembangunan Modul Bahasa Arab E-Ta‘Am Bagi PdP Menggunakan Teks Hadith Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab Di Sekolah Rendah. International Journal of Advanced Research in Education and Society, [S.l.], v. 5, n. 3, p. 520-524, oct. 2023. ISSN 2682-8138. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares/article/view/24574>. Date accessed: 15 feb. 2025.
Section
Malay Section