Hubungan Efikasi Kendiri dan Literasi Kesihatan dalam Kalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar di Perak
Abstract
Literasi kesihatan menunjukkan kemampuan seseorang mengamalkan penjagaan kesihatan dalam menjalani kehidupan harian. Manakala efikasi kendiri adalah kebolehan seseorang melahirkan rasa percaya diri dan memotivasikan diri mencapai kejayaan dalam kehidupan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti adakah terdapat perbezaan efikasi kendiri dan literasi kesihatan mengikut jantina dan adakah terdapat hubungan antara efikasi kendiri dan literasi kesihatan dalam kalangan pelajar. Kajian ini melibatkan 50 orang pelajar dari sekolah menengah luar bandar negeri Perak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Analisis data menggunakan perisian SPSS 23.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan efikasi kendiri antara jantina iaitu 0.00, p= < 0.05. Manakala literasi kesihatan tidak menunjukkan perbezaan signifikan antara jantina iaitu 0.863, p > 0.005. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara efikasi kendiri dan literasi kesihatan ialah r=0.345, (0.00 ; p< 0.01). Oleh yang demikian pihak yang berkenaan boleh mengambil kajian ini sebagai langkah untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar disamping menitikberatkan literasi kesihatan dan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar.