Kajian Mengenai Hubungan antara Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap E-Pembelajaran dengan Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
Abstract
Sejak COVID-19, senario pengajaran dan pembelajaran telah berubah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional telah berubah kepada pengajaran dan pembelajaran secara maya. Lewat-lewat ini penekanan terhadap e-pembelajaran diberi perhatian. Pelajar-pelajar perlu bersedia untuk ‘belajar sendiri’ dan tidak terlalu bergantung kepada pengajaran ‘bilik kuliah’. Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap e-pembelajaran dan tanggapan mereka terhadap kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Sejumlah 206 pelajar telah dijadikan responden kajian. Data diperoleh melalui borang soal selidik yang diedarkan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman pelajar berkaitan konsep dan tanggungjawab terhadap e-pembelajaran berada pada tahap sederhana, manakala tahap kefahaman mereka terhadap penggunaan laman web UFUTURE berada pada tahap tinggi. Dari segi kesediaan pembelajaran arahan kendiri, sebahagian besar pelajar menyatakan bahawa item yang disenaraikan sebagai kebiasaannya benar tentang diri mereka. Hasil ujian Korelasi Pangkat Spearman pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan, tetapi lemah antara tahap kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan pelajar. Hasil kajian juga mendapati dua aspek demografi, iaitu taraf pendidikan dan gred akademik pelajar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Secara keseluruhan, majoriti pelajar bersetuju bahawa setiap faktor yang disenaraikan oleh penyelidik mempengaruhi kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan mereka. Sebagai cadangan, diharap para pelajar digalakkan mengikuti kursus-kursus mahupun latihan mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) agar dapat meningkatkan keyakinan dan kesediaan mereka terhadap pembelajaran arahan kendiri.
References
Boyd, J. C. (2014). The Relationship between Self-Directed Learning and Learning Styles. Doctoral Dissertation. The University of Tennessee.
Brookfields, S. (2015). Self-Directed Learning: From Theory to Practice. San Francisco: Jossey-Bass.
Borger, R. & Seaborn, A. E. M. (1966). The Psychology of Learning. HarmondsWorth: Penguin.
Burton, W. H. (1963). Basic Principles in a Good Teaching-Learning Situation dalam Crow, L. D. et. al (eds). Reading in Human Learning. New York: Mekay. 719.
Brockett, R. G. & Hiemstra, R. (1991). Self-Direction in Adult Learning: Perspective on Theory, Research and Practice. New York: Routledge. 51.
Cranton, P. A (1992). Planning Instruction for Adult Learners. Canada: Wall & Emerson Inc. 4.
Guilford, J. P. (2014). Fundamental Statistics in Psychology and Education. Dalam talian http://www.joe.org./joe/1996october/a3.html.
Gugleilmino, L. M. (1989). Development of the Self-Directed Learning Scale. Doctoral Dissertation. The University of Georgia.
Hair, J. F., Money, A., Page M. & Samuel, P. (2010). Research Methods for Business. John Wiley and Sons Ltd., Chichester, England.
Hilgard, E. R. & Atkinson, R. C. (1967). Introduction to Pschology. 4th Edition. New York: Harcout Brace and World, Inc.
Knowles, M. S. & Associates. (1985). Andragogy in Action: Applying Modern Principles of Adult Learning. United States of America: Jossey-Bass Publishers. 8-12.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 607-610.
lean frame. (2001) dalam talian. www.e-learningshowcase.con-i/eleanifa.
Levin, R. I. & Rubin, D. S. (2000). Statistik untuk Pengurusan. Diterjemahkan oleh Susila Munisamy & Halimah Awang. Edisi Ketujuh. Petaling Jaya: Pearson Education Asia Pte. Ltd.
Mohamed Noor Hasan. (2011). Cabaran Pembelajaran Melalui IT: E-Learning dalam Ahmad Zaharudin Idrus Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi dan Cabaran UTM. Skudai. Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Kertas Kerja. 145-160.
Piskurich, G. M. (1993). Self-Directed Learning. A Practical Guide to Design, Development and Implementation. San Francisco. Jossey-Bass Publishers. 2-8.
Rani, V. M. (2014). The Use of the Internet to Foster Self-Direction Learning in Community and Technical College Math and Natural Science Classes. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.
Robbins, S. P. & Coulter, M. (2002). Management. 7th edition. New Jersey. Prentice Hall International, Inc. 425-426.
Rosenberg, M. J. (2001). E-Learning: Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age. United States of America: McGraw-Hill. 25-29.
Rowntree, D. (1986). Teaching Through Self-Instruction. London: Kogan Page.
Neo, R. A. (2012). Penggunaan Sumber Manusia Memperoleh Kelebihan Bersaing (Terjemahan). Kuala Lumpur. McGraw-Hill Companies Malaysia Sdn. Bhd.
Weiss, N. A & Haselt, M. J. (2011). Introduction to Statistic. Canada: Addison-Wesley Publishing Co.
Yusup Hashim. (2013). Gaya dan Amalan Pembelajaran Elektronik di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Cadangan dalam Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan 2000. Kuala Lumpur. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM). Kertas Kerja. 169-180.