Impak Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja Dalam Membina Kemahiran Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik METrO Johor Bahru

  • Malisa Othman
  • Julia Jantan
  • Azyati Mohd Agos

Abstract

Konsep Pembelajaran Berasaskan kerja (PBK) telah diperkenalkan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia sejak tahun 2007 khususnya oleh institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). PBK ialah konsep pembelajaran berasaskan pengalaman yang menghubungkan institusi pendidikan dengan industri yang memberikan pengalaman kerja sebenar. Pelajar diharapkan dapat mengembangkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka melalui PBK. Terdapat hanya beberapa kajian yang membincangkan pendidikan keusahawanan sejajar dengan pengalaman pembelajaran di industri. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji PBK sebagai pendekatan dalam pembangunan kemahiran keusahawanan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru. Responden kajian adalah graduan Diploma Keusahawanan (DEN) dari Jabatan Perdagangan, Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Malaysia yang telah menamatkan program PBK mereka. Borang soal selidik telah diedarkan kepada graduan Sesi I 2021/2022, Sesi II 2021/2022, Sesi I 2022/2023 dan Sesi II 2022/2023. Kaedah kuantitatif deskriptif digunakan dalam pengumpulan data. Borang soal selidik dirancang untuk mengumpulkan maklumat tentang pengalaman responden dengan program PBK, kesan PBK terhadap pembangunan pengetahuan, kecekapan, dan kemahiran keusahawanan mereka. Data yang dikumpulkan dianalisis mengunakan kaedah statistik SPSS. Analisis ini akan memberi gambaran umum tentang impak PBK terhadap pembangunan kemahiran keusahawanan responden. Kajian ini diharap dapat memberikan maklumat yang berguna mengenai impak PBK dalam pembinaan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar secara umum dan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru secara khusus. Hasil kajian ini dapat memberikan panduan kepada institusi pendidikan dan penyelidik dalam memperbaiki pendekatan pendidikan keusahawanan mereka dalam meningkatkan keberkesanan PBK dalam pembangunan kemahiran keusahawanan pelajar.


 

References

Abdullah, N. S., Sumarwati, S., & Abd Aziz, M. I. (2020). Life and career skills among technical and vocational education and training (TVET) students in vocational colleges. Online Journal for TVET Practitioners, 5(2), 20-26.
Ahmad, A. M., Hussain, K., Ekiz, E., & Tang, T. (2020). Work-based learning: an approach towards entrepreneurial advancement. Worldwide Hospitality and Tourism Themes.

Division of Instructional and Digital Learning Department of Polytechnic Education and Community College, (2019). Handbook for the Implementation of Work Based Learning (WBL) Study Program of Polytechnic Malaysia.
Kolb, D. A. 1984. Experiential learning as a source of development. New Jersey: Prentice Hall.
Gautam, S., Poudel, T., & Paudel, P. K. (2018). Technical and vocational education for social transformation and justice. Journal of Education and Research, 8(1), 1-5.
Hamdani, A., Abdulkarim, A., Cahyani, D., & Nugraha, E. (2021, February). Vocational Education in the Industrial 4.0 Era. In 6th UPI International Conference on TVET 2020 (TVET 2020) (pp. 33-35). Atlantis Press.
Haruna, R., & Kamin, Y. B. (2019). Factor Analysis of the Challenges and Strategies for Effective Work-Based Learning in Nigerian Technical and Vocational Education. Jurnal Pendidikan Teknologi dan Kejuruan, 25(1), 21-30.
Hynes, B., Costin, Y., & Birdthistle, N. (2010). Practice-based learning in entrepreneurship education: A means of connecting knowledge producers and users. Higher Education, Skills and Work-Based Learning, 1(1), 16–28.
Jiatong, W., Murad, M., Bajun, F., Tufail, M. S., Mirza, F., & Rafiq, M. (2021). Impact of entrepreneurial education, mindset, and creativity on entrepreneurial intention: mediating role of entrepreneurial self-efficacy. Frontiers in Psychology, 12, 724440. Kamaliah, S., Roslan, S., Bakar, A. R., & Ghiami, Z. (2018). The effect of supervised work experience on the acquisition of employability skills among Malaysian students.
Higher Education, Skills and Work-Based Learning, 8(4), 354–364.
Marwan, H., & Ali, A. (2019). Experts’ Consensus to Identify Elements of Career Management Competencies in Work-Based Learning (WBL) Program Using Fuzzy Delphi Analysis. International Journal of Emerging Technologies in Learning (iJET), 14(20), 73-86.
Mukhtar, N., & Ali, A. (2018). Perspektif Pelajar Politeknik Terhadap Tahap Kesediaan Dan Tahap Kemahiran Pembimbing Industri Dalam Pelaksanaan Work Based Learning. Online Journal for TVET Practitioners, 3(2), 26–28.
Nørgaard, B. (2019). Implications of facilitated work-based learning implemented as an approach to continuing engineering education. European Journal of Engineering Education, 44(4), 629–642.
Rosier, J., Slade, C., Perkins, T., Baldwin, C., Coiacetto, E., Budge, T., & Harwood, A. (2016). The benefits of embedding experiential learning in the education of planners. Planning Practice and Research, 31(5), 486–499.
Rotfield, H. (1993). Marketing degrees and the illusion of job training. Marketing News, 1993, 27(15).
Stephen, O. O., & Festus, O. O. (2022). Utilization of work-based learning program to develop employability skill of workforce (craftsmen) in construction industry towards industrial development. Indonesian Journal of Educational Research and Technology, 2(3), 179-188.
Subekti, S., Ana, A., & Muktiarni, M. (2019). Developing Employability Skills Using the Work-Based Learning Model. The 1st International Conference on Education, Sciences and Technology, 2, 36–42.
Sudjimat, D. A., & Permadi, L. C. (2019). Effect of work-based learning model on students’ achievement motivation. Jurnal Pendidikan Teknologi dan Kejuruan, 25(2), 204-212.
Teng, W., Ma, C., Pahlevansharif, S., & Turner, J. J. (2019). Graduate readiness for the employment market of the 4th industrial revolution: The development of soft employability skills. Education and Training, 61(5), 590–604.
UNESCO. (2021). Technical and vocational education and training for disadvantaged youth.
Retrieved from http://www.unesco. org/openaccess/terms-use-ccbysa-en

Wardana, L. W., Narmaditya, B. S., Wibowo, A., Mahendra, A. M., Wibowo, N. A., Harwida, G., & Rohman, A. N. (2020). The impact of entrepreneurship education and students' entrepreneurial mindset: the mediating role of attitude and self- efficacy. Heliyon, 6(9), e04922.
Zakaria, N., Khamis, A., & Amran, N. A. (2018). Domain Hasil Pembelajaran Berasaskan Kerja (Pbk) Dalam Latihan Industri Terhadap Pelajar Politeknik Berdasarkan Persepsi Pembimbing. Online Journal for TVET Practitioners, 3(1).
Published
2023-09-01
How to Cite
OTHMAN, Malisa; JANTAN, Julia; MOHD AGOS, Azyati. Impak Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja Dalam Membina Kemahiran Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik METrO Johor Bahru. International Journal of Advanced Research in Education and Society, [S.l.], v. 5, n. 3, p. 75-89, sep. 2023. ISSN 2682-8138. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares/article/view/23812>. Date accessed: 15 feb. 2025.
Section
Malay Section