Faktor Penerokaan Teknologi Kecerdasan Buatan Di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti
Abstract
Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) merupakan salah satu cabang teknologi sains dan maklumat masa kini dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia. Penggunaan kecerdasan buatan (AI) ini juga telah menjadi perkara yang diaplikasikan dan penting dalam dunia pendidikan masa kini. Pensyarah perlu menerima hakikat teknologi AI akan menjadi instrumen utama dalam bidang pendidikan dari segi mengakses pengetahuan masa kini dan masa hadapan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui tentang Faktor Penerokaan Teknologi Kecerdasan Buatan Di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang melibatkan 154 orang pensyarah dari 6 buah Kolej Komuniti di Negeri Melaka selaku responden. Soal selidik secara atas talian digunakan untuk mengumpul data responden. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian ini mendapati 97 peratus responden telah mengetahui tentang teknologi AI dan faktor utama penerokaan teknologi AI oleh pensyarah adalah niat tingkahlaku iaitu merujuk kepada keinginan individu untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tentang kecerdasan buatan berkaitan konsep asas, teknik dan aplikasinya. Secara kesimpulannya, pensyarah Kolej Komuniti Negeri Melaka telah bersedia meneroka teknologi AI dalam pendidikan masa kini dan banyak kursus yang berkaitan boleh diikuti oleh pensyarah untuk meningkatkan kemahiran tentang teknologi AI.
References
Al Darayseh, A. (2023). Acceptance of artificial intelligence in teaching science: Science teachers' perspective. Computers and Education: Artificial Intelligence, 4, 100132.
Bozkurt, A. (2023). Generative artificial intelligence (AI) powered conversational educational agents: The inevitable paradigm shift. Asian Journal of Distance Education, 18(1).
Chai, C. S., Lin, P. Y., Jong, M. S. Y., Dai, Y., Chiu, T. K., & Qin, J. (2021). Perceptions of and behavioral intentions towards learning artificial intelligence in primary school students. Educational Technology & Society, 24(3), 89-101.
Hannan, E., & Liu, S. (2023). AI: new source of competitiveness in higher education. Competitiveness Review: An International Business Journal, 33(2), 265-279.
Jain, S., & Jain, R. (2019). Role of artificial intelligence in higher education—An empirical investigation. IJRAR-International Journal of Research and Analytical Reviews, 6(2), 144z-150z.
Nunally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.
Popenici, S. A., & Kerr, S. (2017). Exploring the impact of artificial intelligence on teaching and learning in higher education. Research and Practice in Technology Enhanced Learning, 12(1), 1-13.
Ramo, R. M., Alshaher, A. A., & Al-Fakhry, N. A. (2022). The Effect of Using Artificial Intelligence on Learning Performance in Iraq: The Dual Factor Theory Perspective. Ingénierie des Systèmes d'Information, 27(2).
Whalen, J., & Mouza, C. (2023). ChatGPT: Challenges, Opportunities, and Implications for Teacher Education. Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 23(1), 1-23.
Zawacki-Richter, O., Marín, V. I., Bond, M., & Gouverneur, F. (2019). Systematic review of research on artificial intelligence applications in higher education–where are the educators?. International Journal of Educational Technology in Higher Education, 16(1), 1-27.