Hubungan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Sekolah Rendah terhadap Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah

  • Katherine Suda Libau Miss
  • Anuar Ahmad

Abstract

Efikasi kendiri guru dapat memastikan seseorang guru melaksanakan langkah kawalan ke atas pemikiran, perasaan, motivasi dan tindakan mereka. Maka, kajian ini membincangkan tentang hubungan tahap efikasi kendiri guru sejarah dengan tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) sekolah rendah. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi untuk menganalisis data dikumpul melalui kaedah kuantitatif. Data dikumpul menerusi instrumen soal selidik dengan menggunakan Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSES) oleh Tschannen-Moran dan Hoy dan item yang dibina oleh pengkaji sendiri dan disesuaikan dengan kajian ini. Menerusi reka bentuk pensampelan bertujuan dan rawak mudah, seramai 80 orang guru sekolah rendah luar bandar di Sarawak telah terlibat dengan kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 25.0 yang melibatkan skor min dan korelasi. Frekuensi dan peratusan turut digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap efikasi kendiri guru Sejarah berada pada tahap sederhana (min = 4.03, SP = 0.654). Tahap penerapan KPS pula berada pada tahap tinggi (min = 4.06, SP = 0.745). Kajian ini mendapati terdapat hubungan antara tahap efikasi kendiri guru Sejarah dan tahap penerapan KPS. Kesimpulannya, dapat dibuktikan bahawa tahap penerapan KPS di sekolah rendah luar bandar Sarawak dipengaruhi oleh tahap efikasi kendiri guru.

References

Abdul Rahim Ali & Asmah Abu Bakar. (2018). Kemahiran Pemikiran Sejarah Melalui Penggunaan Peta i-Think Oleh Guru Sejarah Sekolah Menengah. Jurnal Paradigma. Vol 16: 36-54.
Abdul Razaq Ahmad. (2014). Determination of Teaching Aids and Methods To Inculcate Thinking Skills In History Subjects. TAWARIKH: International Journal for Historical Studies, 6(1): 1-12.
Awanis binti Mohd, Aimunmadiah binti Mohd Nawawi & Dr Siti Noor binti Ismail. (2016). Tahap Efikasi Guru dan Hubungannya Dengan Pencapaian Sekolah Di Sekolah-sekolah dalam Daerah Bachok. Proceeding of ICECRS. 1(2016): 312-326.
Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad, & Abd. Rahman Abd. Aziz. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan. 7: 15-24.
Burgueno, R., Sicilia, A., Medina-Casaubon, J., Alcaraz-Ibanez, M., & Lirola, M.-J. (2019). Psychometry of the Teacher’s Sense of Efficacy Scale in Spanish Teachers’ Education. The Journal of Experimental Education, 87(1): 89–100. https://doi.org/10.1080/00220973.2018.1423542
Faridah Darus dan Mohd Khairuddin @ Jerry Abdullah. (2021). Amalan Efikasi Guru Dan Hubungan Dengan Kepedulian Kerja Guru MRSM. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 6(6): 201-208. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i6.818
Liang, F. S., & Tai, M. K. (2021). Efikasi Kendiri Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6(40): 160-167.
M. Kaviza. (2019). Persepsi Guru Terhadap Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Sumber. Malaysian Journal of Social Sciences And Humanities (MJSSH). Vol 5(12): 413-422. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.653
M. Kaviza. (2019). Tahap Pengamalan Dan Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah: Perspektif Murid Berdasarkan Empat Dimensi Gaya Pembelajaran. International Journal of Education, Psychology and Counseling. Vol 4 (31): 32-45
Mohd. Norakmar Omar, Siti Noor Ismail, Abd Latif Kasim. 2019. Hubungan kepimpinan Teknologi Pengetua dan Efikasi Kendiri Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Oktober 2019. Vol (6)4.
Noornajihan Jaafar. (2019). Pengaruh Efikasi Kendiri Terhadap Kualiti Guru Pendidikan Islam Sebagai Murabbi: Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education. 34, 65–85. https://doi.org/10.21315/apjee2019.34.4
Norsimah Dasan & Mohd Mahadzir. 2020. Hubungan Efikasi Kendiri Guru Dengan Prestasi Kerja Dalam Kalangan Guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Journal of Social Sciences and Humanities. Vol 17(4):173-187.
Ong Eng Ling, Faridah Mydin Kutty. (2022). Peranan Efikasi Kendiri Dan Kemahiran Teknologi Digital Guru Sekolah Rendah Dalam Memotivasikan Pembelajaran Murid. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Vol (7)3. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1374
Raja Nor Azuwah Raja Yusof, Nik Rosila Nik Yaacob. (2022). Tahap Efikasi Kendiri Terhadap Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Di Pulau Pinang. Asian People Journal. Vol (5): 179-189.
Tschannen-Moran, M., & Woolfolk Hoy, A. (2001). Teacher efficacy: Capturing and Elusive Construct. Teaching and Teacher Education. 17: 783-805
Published
2023-04-30
How to Cite
LIBAU, Katherine Suda; AHMAD, Anuar. Hubungan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Sekolah Rendah terhadap Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah. International Journal of Advanced Research in Education and Society, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 252-262, apr. 2023. ISSN 2682-8138. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares/article/view/21933>. Date accessed: 27 mar. 2025.
Section
Articles