Kata Panggilan Ibu dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat

  • Mariati Mokhtar
  • Nur Nadiah Lani
  • Mazliza Mohtar

Abstract

Kajian mengenai konsep kesopanan berbahasa telah banyak dilakukan oleh pengkaji lepas. Misalnya,  kata panggilan antara keluarga, rakan-rakan, orang sekeliling dan sebagainya adalah antara kajian yang termasuk dalam konsep kesopanan berbahasa yang menjadi skop kajian pengkaji lepas. Setiap kata panggilan memainkan peranan yang penting sebagai salah satu kayu pengukur dalam menampilkan sikap dan adab sopan sesorang. Kajian yang dilakukan ini ialah mengenai kajian kata panggilan ibu dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat. Seramai 52 pelajar telah diberikan borang soal selidik. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar Tahap 1 yang berumur 16 tahun dan mengikuti pengajian di Kolej GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Data yang didapati daripada borang soal selidik dianalisis untuk melihat sama ada respoden masih menggunakan kata panggilan kekeluargaan untuk panggilan ibu atau sebaliknya. Di samping itu juga, data yang didapati digunakan untuk mengklasifikasikan bentuk kata panggilan yang paling banyak digunakan oleh pelajar pintar dan berbakat ini mengikut ketegori. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar pintar dan berbakat masih lagi mengekalkan penggunaan kata panggilan yang sopan semasa berkomunikasi dengan ibu mereka. Hal ini menunjukkan kesopanan berbahasa masih diamalkan antara pelajar dengan keluarga mereka walaupun berada di zaman yang moden.

References

Abdul Rashid Daing Melebek & Amat Juhari Moain (2012) Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu. Penerbit UKM Press: Bangi
Brown, R.W. & Ford, M. (1966) Address in American English in Dell Hymes (Ed.), Language
in Culture and Society, New York: Harper & Row, Ltd., 234 – 244.
Kalthum Ibrahim & Sabariah Mohd Ghani (2016) Kata Panggilan Kekeluargaan oleh Mahasiswa dari Pantai Timur Universiti Kebangsaan Malaysia; Satu Kajian Sosiolinguistik. Jurnal Lingusitik. Vol. 20(1) Jun.2016 (001-009)
Marlyna Maros, Aslinda John, & Mohd Baharim Mydin (2010) Pola Sapaan Pelajar Lelaki dan Perempuan di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Sosiopragmatik. Gema Online Journal of Language Studies. Jil. 10:2, 201
Mohammad Syawal Narawi & Nuraini Yusof (2014) Pengkategorian Kata Panggilan dalam Masyarakat Kelabit : Perspektif Sosiolinguistik. Jurnal Linguistik. Vol. 18(2) Disember.2014 (079-89)
Noriah Mohd Ishak (2019). Memupuk Kepintaran Pelajar Pintar dan Berbakat Peranan dan Cabaran Kaunselor. Penerbit UKM: Bangi
Norliza Jamaluddin (2003) Sistem Panggilan Masyarakat Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi, Maslida Yusof, Raja Masittah Raja Ariffin dan Sa’adiah Ma’alip. (2005) Sistem Panggilan dalam Keluarga Melayu: Satu Dokumentasi, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Teo Kok Seong. (2015). Linguistik Melayu. Bab dalam Sosiolinguistik. Bab dalam buku. Penerbit UKM Press: Bangi
Published
2023-03-01
How to Cite
MOKHTAR, Mariati; LANI, Nur Nadiah; MOHTAR, Mazliza. Kata Panggilan Ibu dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat. International Journal of Advanced Research in Education and Society, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 29-34, mar. 2023. ISSN 2682-8138. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares/article/view/21662>. Date accessed: 08 june 2023.
Section
Articles