Welding Plate Cleaning Machine (WPCM)

  • Rahmat Nor Mohd Sharif
  • Marlina Mohamad
  • Zamri Mat Yusoff

Abstract

Pelbagai kemudahan disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi umumnya dan Jabatan Pendidikan Politeknik terutamanya dalam menyediakan pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar khusus dalam bidang kejuruteraan. Namun begitu, masalah membersih bahan kerja kimpalan dalam Amalan Bengkel Kejuruteraan secara manual masih lagi berlaku di mana ia memerlukan tenaga dan masa yang banyak di samping kedudukan postur badan yang tidak ergonomik boleh menyebabkan seseorang cepat merasa letih dalam melakukan sesuatu kerja. Bersesuaian dengan keadaan itu, projek inovasi iaitu Welding Plate Cleaning Machine telah dihasilkan bagi membantu para pelajar kejuruteraan untuk membersihkan bahan kerja. Mesin ini dikuasakan dengan motor elektrik berkuasa ¼ hp, single-phase motor, 1400 rpm, dengan voltan 230v dan 2.4A. Dengan berat mesin 20kg berukuran 65.8cm x 45.0cm x 106cm untuk kerangka. Pemerhatian keberkesanan penggunaan mesin ini telah dibuat terhadap pelajar kejuruteraan mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu (PSMZA). Didapati mesin ini mampu membersihkan bahan kerja yang dengan purata masa 2 minit pada ketebalan 2mm berbanding 5 minit membersih secara manual. Manakala purata masa membersih menggunakan mesin bagi plat berketebalan 5 mm ialah 5minit berbanding purata masa 10 minit dengan menggunakan kaedah manual. Dalam penghasilan inovasi ini,maklumat berkaitan dengan minat dan keyakinan pelajar dalam mengoperasikan Welding Plate Cleaning Machine dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik dan diedarkan kepada 243 orang pelajar semester 1,2 dan 3 kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal Am dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan di PSMZA. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 23 dan menggunakan skala Likert 4 mata bagi setiap pilihan soalan yang dikemukakan. Analisis data menunjukkan pelajar lebih minat dan berkeyakinan menggunakan inovasi ini. Selain itu, risiko kecederaan akibat kedudukan yang tidak ergonomik dapat dielakkan dan kerja dilakukan dengan lebih teratur dalam keadaan yang selamat. Oleh yang demikian penggunaan mesin ini seharusnya diperluaskan dan digunapakai di politeknik khususnya dan institusi-institusi yang lain amnya.


 

References

Richard Lofting, (2013) “ Welding”
2. Cery. Howard B., Scott C. HeIzer (2005) “Modern WeIding Technology. Upper SaddIe” River, New Jersey; Pearson Education. . pp. 30-35.
3. Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2011). Research Methods in Education (7th ed., Vol.55). New York
4. Materials Research Program Begins Rust Remover Study, 2010 )
5. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ergonomik
6. Nasmith, Joseph. 1996. The Students Metal Cleaning (Third ed.), Deansgate, Manchester: John Heywood.
7. Gerhardus H. Koch, Michiel P.H.Brongers, Neil G. Thompson, Y. Paul Virmani and Joe H. Payer. 2001. Corrosion Costs And Preventive Strategies In The United States
8. Grandjean E. 1982. Fitting the Task to the Man: An Ergonomic Approach. London: Taylor & Francis Ltd .
9. Binnie, Nancy.(1992)Commercial Rust Converters: Surface Protection for Rusted Iron. Canadian Conservation Institute.
10. Rabiatul Adawiyah Abu Bakar, Salina Mohammed Rashid, G. M. A. (2014). Budaya Berkongsi Pengetahuan Dalam Kalangan Pelajar Pekak: Satu Kajian Penerokaan. Proceeding of the 1st International Conference on Management and Muamalah 2014, 2014(November), 1–6.
Published
2021-03-01
How to Cite
MOHD SHARIF, Rahmat Nor; MOHAMAD, Marlina; MAT YUSOFF, Zamri. Welding Plate Cleaning Machine (WPCM). International Journal of Advanced Research in Engineering Innovation, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 53-62, mar. 2021. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijarei/article/view/12449>. Date accessed: 14 sep. 2024.
Section
Articles